Chapter 11

1.8K 53 2
                                    

"Anak itik tokwi mandi dalam kolam, sakit apa tokwi sakit sendi tulang..ubat apa tokwi ubat lalaalallala.."

"oi Mikah! Ape la kau ni. Nyanyi lagu budak kecik. memekak je. Kalau suara sedap tak pela. Ni suara macam tertelan tulang ikan ada hati nak nyanyi."
bebel Hana Meddina geram apabila mendengar suara yang mengganggu ketenangannya tika itu.

Mikah Iqqasha yang mendengar bebelan bagai tok nenek itu, lantas berpusing dan bercekak pinggang.

"Amboi, kau mengata aku. kalau suara aku macam tertelan tulang ikan, kenapa girlfriend aku cakap suara aku sedap dan romantik. Eleh ke kau jeles tengok aku happy menyanyi ni. Hahhahahahhahaha."
Perli Mikah Iqqasha kembali sakan mentertawakan temannya, disusuli Hana Meddina yang masih asyik tertawa.

"Euuuw tak kuasa aku nak jeles."
jawab Hana Meddina ringkas, sambil membetulkan rambutnya yang terasa mengganggu pandangan.
Rimas.

Hana Meddina dan Mikah Iqqasha berjalan jalan sekitar mall itu, sambil membelek belek pakaian. Hari itu sahaja, Hana Meddina sudah memasuki enam buah kedai pakaian namun masih belum menjumpai fesyen yang dicarinya.
Malas rasanya untuk pergi ke tempat lain.

" Hana, kau dah jumpa belum apa yang kau nak cari. lenguh weh kaki aku. Jom la balik. girlfriend aku pun dah bising ni. "
Mikah Iqqasha bersuara lemah.
kedengaran nada suaranya yang begitu lemah. Hana Meddina memandang wajah temannya dan berasa sedikit simpati.

"Ok jom balik. Kesian pulak aku tengok kau ni dah macam orang nak beranak je muka. Alololo. Yela yela cakap kat girlfriend kau, kau selamat dengan aku. Tak de siapa yang nak culik kau. Abuja dalam cter munafik pun nak culik kau fikir dulu dua tiga kali. Hahahhhaa."
Sempat Hana Meddina berseloroh mengejek temannya.
Mikah Iqqasha hanya tergelak kecil.
Benarlah dia sudah kehabisan tenaga. Hendak gelak kuat pun nampak sudah tiada sisa kekuatan.

Mereka berjalan beriringan keluar dari pintu mall dan setelah membayar tiket parking,
Hana Meddina dan Mikah Iqqasha melangkah menuju ke tempat parking.

"Jap Hana. Aduhhhhh! aku nak gi toilet jap. aku lupa nak singgah tadi. Sekarang baru terasa nak kencing. Ish!" kata Mikah Iqqasha laju sambil memegang depan zip seluarnya dan menyerahkan plastik mengandungi barang barang yang dibeli kepada Hana Meddina.

" ish kau ni. Tadi tak nak pergi.okay lah aku tunggu dalam kereta. Kau jangan lama sangat. " Hana Meddina mengomel sambil menyambut lalu membimbit barang barang di dalam plastik yang diserah temannya seterusnya mengorak langkah menuju ke keretanya.

**********************************************


"Arhkk.. Arhkk, tolll........"
Hana Meddina kaget seketika.
Mulutnya ditekup oleh tangan seseorang. Hana Meddina menoleh sekilas dengan sedaya upaya dan mendapati siapa pemilik tangan itu. Rupanya tangan yang membuat kesukarannya untuk bernafas itu ialah tangan milik Diana Kamarulzaman, bekas kekasihnya.
Terasa lenguh kepalanya menahan sentapan kuat tangan kasar itu. Mungkinkah perempuan itu sudah dirasuk hantu iblis.
Mungkin.

Dengan kekuatan dan kebijaksanaan yang ada, Hana Meddina menendang kaki perempuan itu sekuat hati.
Nah rasakan!
Power rangers pink sudah merasuki tubuh Hana Meddina.

"adoiii ! sakitnya!"
Diana Kamarulzaman mengaduh keras. Terdengar jeritannya bergema di ruangan parking tingkat bawah itu.
Terasa mahu tercabut tulang lutut apabila menerima tendangan padu dari bekas kekasih yang masih didambakannya.

Hana Meddina merasakan kepuasan yang teramat apabila berjaya mengalahkan perempuan itu. Dilihatnya perempuan itu terduduk menahan sakit.

"Hana, Please hear me. i nak you dear. i nak kita bahagia macam mula mula kita kenal. i dengan Ash dah tak ada apa apa. Dia tipu i. Dia pergunakan I.  I menyesal sangat sangat sebab percayakan segala kata janji manis dia dulu. i minta maaf Hana, please. i merayu. Terima i semula."
Rayu Diana Kamarulzaman sambil memeluk erat kaki Hana Meddina.
Hana Meddina mematungkan diri. Entah mengapa perasaannya tika itu dilanda keresahan.
Seakan ada yang bermain di dalam lubuk hatinya.

Dari jauh kelihatan Mikah Iqqasha menghampiri mereka.
Dia seperti sudah dapat mengagak apa yang terjadi.
Dengan perasaan yang diulit sejuta kebingungan, 
Mikah Iqqasha menghampiri seterusmya merapati Hana Meddina dan Diana Kamarulzaman.

"what happen? " soal Mikah Iqqasha memandang wajah temannya dan kemudian wajah perempuan di hadapannya silih berganti. Penuh tanda tanya.
Hana Meddina menjongket bahu selamba.

"Dah jom balik. " ajak Hana Meddina pantas lalu menarik tangan temannya.

" HANA! NO ! i nak dengar jawapan you sekarang. i tahu you masih cintakan i.
I tahu perempuan tu bukan girlfriend you. "
Diana Kamarulzmaan cepat cepat bangun dan menghadang laluan mereka.

Hana Meddina menghentikan langkah.
Panas.
Geram!

"Kau tak faham faham kenapa, DIANA! Aku tak ada apa apa perasaan pada kau lagi! Dan satu lagi, tolong jangan ganggu aku lagi! FULLSTOP! "
Hana Meddina melontarkan suaranya dengan tegas dan keras terhadap bekas kekasihnya yang masih berdegil mahukan perhatian darinya. Hana Meddina lantas kembali mengajak temannya, Mikah Iqqasha meneruskan langkah menuju ke kereta dan berlalu cepat dari situ.

"Hana! Kalau you tak terima i . i mati sekarang !!! " Diana Kamarulzaman menjerit kuat supaya didengari jelas oleh bekas kekasih yang masih sangat didambakannya itu.

Hana Meddina menoleh sekali lagi. Mendengar perkataan mati yang keluar dari mulut perempuan itu,
Hana Meddina menjadi seram.
Gerun seketika.

"Hana, kalau ini yang you nak. i rela mati. " sambung Diana Kamarulzaman sambil meletakkan pisau sebesar dua jari di perut nya.

Keadaan semakin gawat dan mencemaskan. Suasana sunyi dan samar samar membuatkan situasi semakin membimbangkan.
Tiada seorang manusia pun yang berada disitu. Mana pergi semua pengunjung mall?
Masih sibuk membeli belah kah mereka?
Mana pergi pengawal keselamatan?
Bertugas atau tidak kah mereka?.
Berharap agar tiada apa apa yang berlaku.

Hana Meddina menelan air liur.
Hilang upaya untuk berfikir.
Mikah Iqqasha dilihat sedang ketakutan sambil menahan lengan temannya dan memandang pada jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 9:34 malam.

"Diana, dengar sini, kalau you betul betul cintakan i. Lepaskan pisau tu."

HANA MEDDINA (Completed✅)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz