Chapter 54

1K 45 2
                                    



"Teddy.. bangunlah saya datang ni. Saya datang dengan kakak.  awak kena kuat lawan sakit. awak kena kuat. silap saya sebab terburu buru tinggalkan awak tanpa dengar dulu apa apa penjelasan. Saya minta maaf..."
Hana Meddina gagal menahan airmata sekali lagi. Rembesan airmata berjurai mengalir di pipinya.

Digenggam erat tangan wanita kesayangannya yang terlantar di atas katil bilik ICU. Wayar wayar kelihatan di sana sini. bandage putih terbalut pada kepala. Mask terpasang pada saluran pernafasan.
Hiba hati tatkala melihat.

Dapat dirasakan kesejukan pada tangan Nur Mawar Aini. Seraut wajah yang terpejam rapat dipandang sayu.

" Saya tunggu awak bangun. Saya sayangkan awak , Mawar." Bisik Hana Meddina lembut ke cuping telinga wanita kesayangannya yang terbujur kaku.


******************************

"Lili, malam ni awak balik atau stay sini?
Tanya Hana Meddina sambil menghempaskan punggung ke atas kerusi bersebelahan Nur Lili Aina.

" Saya rasa saya nak stay. Risau nanti kalau ada apa apa info doktor nak bagitahu. Awak balik la Hana. Tak pe saya ada jaga Mawar kat sini. " Tutur Nur Lili tersenyum nipis. Tidak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaanya tika itu.
Hendak diberitahu kepada ayahnya di sarawak risau seandainya orang tua itu jadi tidak keruan. Hendak didiamkan pula bimbang akan kesihatan adik kesayangannya. Nur Lili Aina termenung seketika.

"Okay. Saya balik dulu malam ni esok saya datang lagi." Ujar Hana Meddina sambil memegang bahu Nur Lili Aina supaya bersabar dan teruskan berdoa yang baik baik.

kalau diikutkan mahu sahaja Hana Meddina tinggal di situ malam itu. Namun apakan daya mamanya Puan Khadijah berseorangan dirumah. Lagipula keadaan dirinya yang sedari tadi dibaluti kesejukan dan uzur yang pasti membuatkan dirinya berasa kurang selesa.

Hana Meddina melangkah keluar dari Hospital Ampang menuju ke tempat letak kereta.
Setelah memasuki kereta dan membuka alunan zikrullah pada pendrive nya, Hana meddina memulakan perjalanan untuk balik ke rumah.


********************************

Tok! Tok!

" Assalammualaikum ma." Laung Hana Meddina sedikit kuat. Bimbang jika mamanya Puan Khadijah tidak mendengar.

"Waalaikumsalam. Eh sayang. balik dah. macam mana keadaan Mawar nak?" Soal Puan Khadijah sambil membantu mengambil bungkusan plastik di tangan puteri kesayangannya.

"Tu Hana belikan lauk untuk mama. kot mama belum makan lagi. mama makan la. Mawar masih dalam ICU ma. Masih belum sedar dari koma. "Jawab Hana Meddina lemah. Mendatar saja kedengaran pada nada suaranya.

"Hana dah makan ke sayang? Yaallah koma ? Agaknya bila dia akan sedar?" Usul Puan Khadijah semula. Kerutan pada dahi tua nya jelas kelihatan.

"Dah ma. Hana dah makan tadi. Aah. Tak tahu lagi bila ma. Kalau dah sedar nanti doktor akan bagitahu. Kita doa supaya Mawar cepat sedar dan sembuh macam biasa ye ma. Hana sayang dia ma. Hana sayang dia macam adik Hana sendiri."
Hana Meddina menyeka air mata yang mengalir sekali lagi. Rapuh benar airmata nya hari itu. Sekali lagi terpaksa melakukan bohong sunat. Dia tidak mahu mamanya bimbang mengenai dirinya yang masih belum menjamah sebutir nasi pun dari tengah hari tidak.
Tidak langsung terasa lapar perutnya hari itu. 

" Ye sayang. mama sentiasa doakan yang terbaik. Dah dah jangan macamni. Kalau Mawar tahu Hana nangis macamni lagi dia sedih tau. Hana pergi atas mandi bersihkan diri solat dan minta Allah bagi kesihatan dan kesembuhan pada dia. Inshaallah semua akan baik baik. Yakin dan percaya pada Allah S.W.T ".

Hana Meddina mengangguk lemah. Sayu terlihat pada airmukanya tidak dapat disembunyikan.Setelah meminta izin untuk naik ke bilik yang berada di tingkat atas, Hana Meddina mengorak kaki yang dirasakan amat berat namun terpaksa dikuatkan untuk masuk ke kamar beradu.
Dia mahu menenangkan fikiran dan mahu berehat.

Pintu kamar dibuka lalu perlahan menapak lemah ke birai katil. Handbag silver diletak ke atas katil.

" adoii lupa pulak nak minta nombor telefon Lili tadi kalau tak bole aku call. Entah macam mana la Mawar sekarang. Dah sedar ke tak dia eh. " getus Hana Meddina sendirian.

Hana Meddina memandang pada cadar katil yang bercorak merah jambu berbungakan mawar putih itu. Semalam disitulah tempat Nur Mawar Aini bersama dirinya sama sama berdakapan sepanjang malam sehingga ke subuh.

" Awak janji tau jangan tinggalkan saya. Janji tau walau apa jadi sekalipun awak takkan berpaling dengan perempuan lain. saya tak nak . saya tak suka. saya boleh terima awak bersama sepupu saya . tapi saya tak boleh terima kalau awak ada perempuan lain. saya sayang awak butterfly."

" Ye Teddy.  saya janji.  saya takkan berpaling tadah. hanya awak satu satu nya wanita yang berjaya buka pintu hati saya. saya pun nak awak janji yang awak tak kan pernah jemu dan bosan bersama saya boleh? saya tak nak awak ada perempuan lain. awak milik saya. "

Hana Meddina meraup wajahnya. Terasa rindu membara pada lubuk hatinya. Janji yang sudah terpateri malam itu bergema semula dalam benak fikirannya. Terbayang akan seraut wajah ayu yang lena dalam dakapannya sepanjang malam.
Indah tenang dan nyaman sekali dirasakan.

Jam ketika itu menunjukkan pukul 11 malam. Hana Meddina merenung ke kuar jendela.
Cuaca diluar sungguh menenangkan.
Tiada sebarang bunyi dan garis rintisan hujan kelihatan.
Yang ada ialah sang rembulan menyinari langit malam.
Indahnya bumi ciptaan Tuhan.

HANA MEDDINA (Completed✅)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt