Chapter 5

2.4K 70 5
                                    

 

" Happy birthday to you.. Happy birthday to you..
Happy birthday to Nik Qissara Amani...
Happy birthday to you.."

Semua yang berada di majlis ulangtahun kelahiran Nik Qissara Amani, sama sama menyanyikan lagu buat puteri cilik yang comel menggayakan gaun kembang rona merah jambu dihiasi riben yang juga berwarna merah jambu di atas rambutnya yang bertocang dua. Tepukan dari family dan semua yang datang menghadiri melengkapkan lagi majlis pada malam itu.

    "Baby, cepat laa tiup lilin tu." Pinta Puan Azara kepada puteri tunggalnya yang kini telah pun berusia 10 tahun.
Nik Qissara Amani mengangguk dan tersengih menampakkan barisan giginya yang putih dan cantik lalu pantas meniup lilin dan sekali lagi tepukan kedengaran dari semua yang  berada disitu memeriahkan lagi majlis.

Semua yang hadir malam itu sudahpun mengambil tempat dan menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan di atas meja buffet.
Pelbagai ragam dan telatah manusia yang hadir.
Di suatu kelompok terdapat sekumpulan kaum wanita yang berketerampilan lelaki sedang duduk sambil masing masing menikmati makanan.

"Hana, tu bukan Nick ke?" soal Mikah Iqqasha kepada Hana Meddina yang sedang asyik menikmati spaghetti di dalam pinggannya.

Hana Meddina mengangkat kepala lalu menoleh ke arah susuk tubuh yang ditunjukkan oleh teman baiknya. 
  
"Oh yang baju kemeja colour merah tu eh, memang Nick la tu. Kenapa dengan dia? Jangan pulak kau tanya aku kenapa dia boleh ada dekat sini eh. Dah memang Nick tu couple si Shasha. Tak kan kau tak tahu. ke dia tak bagitau kau, Mikah? " Jelas Hana Meddina panjang lebar sambil terus menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya. Berselera sungguh!

" What! Biar betul kau Hana? Tak kan la Shasha tu le...... "
Sengaja Mikah Iqqasha tidak menghabiskan ayatnya. Bimbang didengari tetamu di sekeliling mereka. 
Mikah Iqqasha menggaru kepalanya yang tidak gatal. Memang la tidak gatal, kalau gatal pasti ada encik kutu dan makcik kutu di atas kepalanya. Namun dia yakin, kepalanya bebas dari sebarang anasir jahat seperti encik dan makcik kutu. 'puhh! Simpang malaikat 44.' bisik hatinya sendirian.

"weh apa lak tak betul. Betul la monyet oi. Kau tak caya sudah. Ada ku kesah , bra kau basah. Hahahahhaha. "
geram Hana Meddina melihat kelakuan temannya itu yang seakan tidak mempercayai kata katanya.

Mikah Iqqasha menjeling tajam apabila digelar sebegitu rupa. Punyalah manis dan comel dirinya malam itu, sanggup Hana Meddina menggelarnya dengan panggilan monyet. Namun dia tahu temamnya itu sekadar mahu bergurau.
Mikah Iqqasha mencebik bibir dan menampar bahu teman baiknya, " kalau aku monyet,  kau pulak beruk hahahhaha amacam? "

Hana Meddina yang mendengar terus ketawa terbahak bahak apabila berjaya membuli temannya yang merangkap teman baik dan juga sahabatnya itu.
 

"Jom teman aku ambik lauk dan buah kat depan sana. Aku lapar lagi ni." Bisik Hana Meddina perlahan kepada temannya yang leka bermain facebook.
Spaghetti entah kemana, sudu entah kemana, mulut entah ke mana.
Begitulah perangai Mikah Iqqasha yang terlalu gemar dan asyik dengan media sosial.

"Ala kau gi la ambik, aku nak baca status friendlist2 aku ni jap. Ada topik hot ni."
Mikah Iqqasha menjawab sambil lewa dan menunjukkan isyarat supaya Hana Meddina pergi seorang mengambil makanan.

Hana Meddina terus melangkah laju tanpa menoleh. Malas rasanya mahu bertekak dengan temannya itu. Setelah selesai memilih makanan, Hana Meddina mengatur langkah untuk kembali ke tempat duduknya semula.
  

'PUNGGG!'

Piring yang berisi beberapa hiris buah tembikai jatuh ke lantai. Mujurlah piring itu diperbuat daripada polisterin, bukan dari kaca. Kalau tidak habislah satu rumah boleh dengar mana dia hendak letak muka. Air yang dibawa turut tersimbah terkena blouse yang tersarung pada tubuhnya.
Hana Meddina geram dan cuba untuk menahan sabar sambil mengetap bibir.

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now