Chapter 19

1.4K 50 0
                                    


Nur Mawar Aini POV

" YaAllah budak ni. Dia tengok tv ke. Tv tengok dia."
Bebel Nur Lili Aina perlahan sambil mencapai remote tv lalu menutup televisyen yang ternyata syok sendiri tanpa ada yang melihat.

Nur Mawar Aini dilihat sedang tidur lena dengan kaki sebelah kanan di bawah. Kaki sebelah kiri pula terletak elok di atas sofa.
Buas!

Dari kecil sehingga besar tabiat tidur yang buas sukar untuk dikikis dari dirinya.

" Dik, bangun. Nak tidur gi masuk bilik. Kaki terjuntai juntai kat lantai. Anggerik tidur pun tak macam kau tau. Sopan je dia." bebel Nur Lili Aina semula. Pagi pagi sudah membebel. Lagaknya seperti nenek yang memarahi cucunya.

Anggerik adalah kucing kesayangan Nur Mawar Aini. Berbulu hitam campur oren. Dan sudah pasti jantinanya adalah betina.

Nur Mawar Aini yang terjaga lantas bangun dan melangkah longkai menuju ke bilik tidurnya. Biarpun demam sudah reda, namun ternyata pening masih terasa di urat kepalanya.

Sampai sahaja di depan katil, Nur Mawar Aini merebahkan tubuhnya. Terasa mengantuk yang  teramat ditambah hujan yang renyai renyai membasahi bumi.

Handphone dicapai lalu dibaca chat yang masuk.

                                   Hana🦋

Waalaikumsalam awak. Hye too. Saya baring je ni. Baru bangun tidur. Awak pula buat ape?😁
07:48


Nur Mawar Aini tersenyum sendirian. Lalu membalas.

Sorry late. Saya tertidur tadi.hee. Ngantuk sangat.  Erm awak kalau saya ajak keluar awak sudi tak?🙈

Ok sent!

Nur Mawar Aini kembali memejamkan matanya, namun baru sahaja hendak memejamkan mata yang terasa agak berat, Dia terbayang akan wajah seseorang yang terlintas dan bermain difikiran nya tika itu.

Naluri kuat mengatakan seseorang yang bermain difikiran nya itu adalah orang yang sama.
Handphone yang berada di sisi lantas dicapai lalu dibuka ruangan facebook.

'yes! Aku yakin dia adalah Hana yang aku kenal tempoh hari. Yang selalu terserempak dan terlanggar tu.'
getus hati Nur Mawar Aini sendirian lalu membuka profile dan membaca status status yang ada untuk yang ke berapa kali.
Dari status juga lah dia yakin bahawa wanita itu juga kurang 'normal' seperti dirinya.

Nur Mawar Aini memiliki naluri dimana dia menyukai perempuan.
Walaupun ramai yang datang cuba memasuki ke ruang hatinya, Namun tiada siapa yang berjaya. Baginya, bukan lah sesuatu perkara yang amat mudah untuk menambat hatinya yang teramat keras.

Dalam usia 19 tahun lagi, Nur Mawar Aini sudahpun merasa kelainan pada hatinya.
Tidak suka akan insan yang bernama lelaki. Baginya mereka hanya suka mempermainkan perasaan perempuan. Sejak dari itu, dia mula terjebak dalam cinta sonsang. Namun hubungan yang dibina tidak dapat bertahan lama kerana berlakunya salah faham yang sekaligus meranapkan sebuah hubungan yang terjalin hampir dua tahun.

Hampir bertahun lama Nur Mawar Aini menyepikan diri. Tiada seorang pun yang berjaya membuatkan hati nya kembali berdebar dalam mengenal erti cinta. Namun saat mengenali seorang wanita yang tanpa sengaja dilanggarnya di majlis ulangtahun anak sepupunya tempoh hari, hatinya mula meronta dan terbayang akan panahan mata dan suara yang membuatkan hatinya terpaut.
cinta pandang pertama.
Ya.
Mungkin!

Sejak kejadian itu, Nur Mawar Aini yakin hatinya sudah mulai dilanda panahan asmara.

"Aku harap dia sudi keluar dengan aku.." 
bisik Nur Mawar Aini perlahan sambil menutup mata.





HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now