Chapter 3

2.9K 77 4
                                    


"Assalammualaikum."

Kedengaran dari luar rumah suara seseorang memberi salam.
Puan Khadijah bingkas bangun dari sofa biru muda yang tampak memberi kesan ketenangan di ruang tamu rumahnya sambil menjawab salam seraya membetulkan tudungnya.
Setiap tetamu yang datang hendaklah dilayan dan disambut dengan baik. 
Itulah yang selalu ditegaskan oleh Puan Khadijah kepada anak anak nya.

Usai sahaja pintu dibuka, kelihatan seorang pemuda tinggi lampai dan berbadan agak sado, berkulit kuning langsat dan berbaju kemeja rona mastard serta berkaca mata hitam menyalami tangan tua milik Puan Khadijah.
Puan Khadijah menyambut mesra sambil tersenyum manis.

"Masuklah Wan. Jangan segan segan. Harap sudi masuk rumah makcik."
Tutur Puan Khadijah lembut sambil memberi ruang kepada anak muda itu untuk masuk ke   ruang tetamu seterusnya mengambil tempat di sofa biru kesayangannya, sofa  peninggalan arwah suaminya juga merangkap sofa hadiah perkahwinan mereka yang pastinya menjadi kenangan abadi buat dirinya yang telah kehilangan suami tercinta hampir 11 tahun yang lalu akibat serangan jantung.

"Cantik rumah makcik. Pandai makcik kemas dan deco." puji Izzwan Miqael sambil memandang sekeliling dan setiap ceruk serta bahagian sudut ruang.

Puan Khadijah yang mendengar hanya tergelak kecil seraya bersuara.
" Eh bukan makcik lah Wan. Tu si Hana yang buatkan semua tu. Kalau nak harapkan makcik, hmmm mana laa larat nak panjat panjat deco tu semua. Kang tak pasal pasal jatuh tersembam kat lantai, sapa nak jawab."
Puan Khadijah berseloroh sambil menyambung gelaknya yang masih bersisa.

Izzwan Miqael turut tergelak kecil.
"Ehh sebut pasal Hana, Hana mana sekarang makcik? Dah besar dah dia sekarang kan. Dulu masa kecik2 , habis Wan kena buli. Tak padan dengan perempu ... "
Belum sempat Izzwan Miqael meneruskan kata kata, Hana Meddina tiba tiba saja muncul selamba melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan mamanya.

"Ma, Sorry lambat. Tadi Hana kat atas dalam bilik. Kawan Hana call ajak keluar malam ni. Ada birthday party anak saudara dia. Boleh tak ma kalau malam ni Hana nak keluar?"
Hana Meddina menggenggam erar tangan mamanya. Terpamer mimik wajah yang penuh simpati sambil mencebikkan bibir. Seolah budak kecil yang hendak dibelikan gula gula sahaja lagaknya.

 " Yela sayang tak ape. Wan pun baru je sampai. Pasal keluar nanti malam tu, okay mama izinkan tapi dengan syarat tak boleh balik lewat. Kena balik sebelum pukul 11 malam." Tegas Puan Khadijah memberi amaran dalam bentuk kasihsayang buat puterinya. Bukanlah dia mahu mengongkong anaknya. Itu semua demi keselamatan dan juga kebaikan buat puteri kesayangannya.

  
Hana Meddina tersenyum lalu terus mendakap manja tubuh puan Khadijah
tanpa menghiraukan pemuda di hadapannya yang leka memandang gelagat dua beranak itu.

" Haa sayang, lupa mama nak cakap. Ni lah dia tetamu istimewa yang mama maksudkan. Hana ingat lagi tak kat Wan? "
Tutur Puan Khadijah lembut dan mesra kepada puterinya, Hana Meddina.

Hana Meddina lantas memandang raut wajah di hadapannya seraya menggelengkan kepala dengan tanda tanya yang bermain di fikirannya tika itu.
" Sape eh ma? Hana tak kenal pun."
Sahut Hana Meddina ringkas sambil memerah otaknya untuk mengingatkan siapa pemuda itu.
Namun hampa, otaknya gagal berfungsi dengan baik saat itu. Mungkin terlebih makan garam tengah hari tadi.

Ikan bawal masak lemak cili api yang dimasaknya tengah hari tadi tanpa sedar tercedok sesudu garam membuatkan dia sendiri terkedu ibarat katak tertelan berudu. Dek kerana terlalu geram melihat si Hitam kucing jirannya yang mengeow tak henti henti di luar tingkap yang berada di dapur.
Mungkin kah akibat kemasinan itu membuatkan saluran otaknya terhalang seketika untuk mengingati siapa pemuda di depannya yang sedari tadi leka merenung ke arahnya.
Hana Meddina mula diserbu rasa kurang selesa.

 " Amboi anak mama ni. Takkan dah lupa kat Wan. Anak makcik Kalsom jiran kita masa dekat kampung dulu, yang Hana selalu sakat sampai menangis si Wan ni haa sebab jatuh basikal. Jatuh basikal satu hal. Tambah lagi masuk dalam parit terus jadi hitam dah macam orang minyak dah si Wan ni Hana kenakan dulu.  Betul tak ingat ke sayang? Tengah hari tadi tu saja mama cakap Hana tak kenal. Yela nak bagi kejutan. "
Puan Khadijah begitu asyik sekali menceritakan peristiwa dan kenangan silam yang pernah terjadi antara puterinya dengan pemuda yang setia duduk di hadapan mereka kini.

 "ohhh. Wan! Wan Bulat? Hahahaha. yes! Hana dah ingat sekarang. "
Jawab Hana Meddina dengan ceria sekali sambil menepuk kedua belah tangannya tanda berjaya mengingati pemuda berkaca mata hitam dihadapannya. Hana Meddina mula ketawa lucu. Terbayang kenangan lucu yang pernah berlaku. Dan tanpa sedar tangannya mula menampar kuat sofa biru kesayangan mamanya.
Entah apalah salah dan dosa sofa itu. Diam diam tak buat salah terus kena penampar free dari si Hana Meddina.

Begitulah Hana Meddina. kalau dah gelak bukan main lagi terus tak ingat dunia.
Habis sofa jadi mangsa tamparan wanitanya.
Hana. Hana.
Untung saja tiada rakan rakan di sebelahnya, kalau tidak habislah bahu mereka menjadi mangsa. Kerana itu juga lah rakan rakannya menggelarnya Ratu Tampar.
     

Izzwan Miqael hanya tergelak kecil sambil menundukkan wajah. Terasa segan tiba tiba menjengah ke dalam kotak fikirannya. Namun dia harus memberanikan diri untuk bersuara. Dia bukanlah Wan yang lemah suatu tika dulu. Dia kini adalah seorang lelaki yang kuat dan sado. Mana mungkin dia mahu mengalah dan tidak akan sama sekali mengaku kalah. Namun belum pun sempat Izzwan Miqael menjawab, Puan Khadijah pantas bersuara.

" Eh Hana ni. Tak baik gelak gelak macam tu. Tak manis. Lagi lagi dihadapan tetamu. Jaga kelakuan Hana sebagai wanita. Jaga kesopanan ."
Tegas Puan Khadijah mengingatkan puterinya dan dibalas dengan anggukan oleh Hana Meddina tanda faham.
Izzwan Miqael hanya mampu tersenyum.

"kejap Wan, duduk lah dulu. Saya nak buat air jap." Hana Meddina bersuara seraya meminta izin mamanya untuk segera ke dapur bagi membancuh air.
Izzwan Miqael mengganguk laju begitu juga dengan Puan Khadijah.

' Ish! Ape lah mama ni, tegur aku depan depan lelaki tu dah kenapa. Malu lah aku. Kot ye pun nak tegur, tegur lah masa lelaki tu dah balik. Err. Takpela. Sabar.  Mungkin mama tak perasan kot suara dia boleh tahan kuat tadi. Ermm sokay Hana, fikir yang baik baik. '
Omel Hana Meddina di dalam hati sambil mencari teko dan memulakan tugasnya untuk membancuh air untuk tamunya merangkap sahabat masa lampaunya.

Hana Meddina mencapai balang berisi biskut coklat almond london di dalam peti sejuk dan kemudian meletakkan beberapa bentuk biskut ke dalam piring untuk dihidangkan bersama air horlick madu seterusnya mengatur langkah ke ruang tamu. Kelihatan dari jauh mamanya, Puan Khadijah dan Izzwan Miqael begitu asyik sekali berbual mesra.

"Jemputlah minum mama, Wan. " Pelawa Hana Meddina ringkas dan menghadiahkan segaris senyuman.  Kedua mereka serentak  mengangguk dan turut tersenyum. Tidak lama kemudian Hana Meddina meminta diri untuk kembali semula ke dapur.

" Errrrkkk! Air apa masin sangat ni. "
Bisik Izzwan Miqael perlahan seraya meletakkan cawan ke atas meja namun masih sempat didengari Puan khadijah.

"Ha ah la masin. Hmm ni mesti kerja si Hana ni.
Haishhh budak ni nak kena piat telinga agaknya. "
Omel Puan khadijah sambil meletakkan cawannya semula ke atas meja.



"Haaaaaaaanaaaaaaaaa!!"

HANA MEDDINA (Completed✅)Where stories live. Discover now