☆☆☆☆☆☆

"Berpuluh tahun aku cari kau, baru sekarang kau muncul?"

Greg bersuara memecahkan kesunyian. Kawasan lapang yang hanya dikelilingi beberapa batang pokok itu sengaja menjadi tempat pilihannya untuk berlawan dengan musuh tradisinya itu.

"Hahaha. Sabar big brother! Biarlah aku hancurkan planet kawan baik kau dulu!" Kenkove tersengih kambing. Ceeet! Kacau daunlah Greg ni. Bagilah dia can nak hancurkan planet Reutus ni dulu! Heh.

"Diamlah bedebah! Yang kau pergi serang planet Venom buat apa sengal! Jangan libatkan orang lain dalam masalah kita lah!" Greg meludah geram. Sejak lama tak jumpa, jadi mental dah adik dia ni! Dasar gila!

"Dia selalu kacau misi jahat aku, Greg! Selalu kacau line aku bila nak serang kau! Meluat aku tau tak? Sekarang best friend forever kau tu dah mati. Aku bom rumah dia. Hancur lebur tanpa abu tau. Hehe."

Greg mengangkat kening. Oh, jadi bedebah ni hancurkan rumah V? Dia menarik nafas lega. Nasib lelaki itu datang buat lawatan kerja ke planet dia, kalau tak dia takkan maafkan adik tak guna dia ni!

"Hahahahaha."

Kenkove mengerutkan dahi. Aik? Kawan sendiri mati pun boleh gelak ketawa bagai? Biar betul?

"Otak singkat! Kau ingat best friend aku tu senang mati? Dia keturunan pahlawan lagenda Adromeda lah Kenkove! Kau lupa?" Greg ketawa terbahak-bahak. Itulah, serang membuta tuli. Bukan nak buat research dulu.

"Lagenda pahlawan Adromeda? Hah..kau tipu!" Takkanlah Venom mempunyai darah keturunan pahlawan hebat sepanjang zaman itu. Muka lelaki tua itu nampak baik dan innocent je. Ohh dan lembik!

"Itulah pemalas! Dia pahlawan terulung Reutus dan terkenal pahlawan lagend di galaksi kita tau! Kau apa tau! Bongok!"

Greg menekan perutnya yang senak. Lembap betul adik dia itu. Time ayah suruh belajar dekat akademi dulu, pergi ponteng kelas. Kan dah bebal macam ni!

"Ah! Aku tak percaya! Dia dah mati!" Pedang sebesar sebiji kereta kancil dicampak ke tepi. "Abang! Jom lawan cara lama. Aku nak tengok kau larat ke tak lagi! Rambut kau pun aku tengok dah banyak gugur! Haha"

"Eh, degil betul kau ni ya Kenkove! Makin tua makin degil! Okay jom!" Dia memulakan bunga serangan. Satu cahaya kuning muncul di telapak tangannya. Kemudian cahaya itu laju menghentam Kenkove yang berada beberapa inci sahaja di hadapannya.

Lelaki itu terundur ke belakang. Heh, kuat lagi rupanya mamat ni! Greg tersenyum sinis. Heh kepala aku je botak tau! Bukan skill pertarungan aku!

Kenkove merengus geram. Darah tidak henti mengalir di bibirnya. Dia tahu dia memang akan kalah kalau bertarung dengan abangnya itu.

Tak boleh jadi ni. Aku kena jalankan plan B.

Zuuup... Sekelip mata Kenkove hilang dari pandangan. Asap berkepul-kepul menutup pandangan.

Greg bersandar di sebatang pokok sambil mengelap luka menitik di dahi. Dasar pengecut, boleh pulak dia lari time berlawan.

☆☆☆☆☆☆

"Gee, seriuslah kau dah try contact tuan?" Mata Hansel memancarkan kegalauan teramat. Jake hanya diam menatap skrin besar di hadapannya. Hatinya berdoa supaya robot mereka berjaya melawan pihak musuh.

"Dah tapi tak dapat. I'm still trying." George menilik tekun pergelangan tangannya yang mengeluarkan cahaya biru. "Damn."

"Apa dah jadi? Dapat tak?" Jake menyampuk. George menggosok belakang lehernya perlahan bagi menghilangkan resah bersarang di dada.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now