Space elevator (New update)

Start from the beginning
                                    

"S-sorry."

Kereta itu kemudian meluncur laju menuju destinasi. Salji turun makin lebat meliputi seluruh tanaman dan perumahan di bandar kecil manusia itu.

"Cantik." Desis Laura perlahan.

🌼🌼🌼

"Kau takut tinggi?" Soal lelaki di hadapannya. Pintu solar car tertutup dengan sendiri.

"Tak sangat. Asalkan saya tak pandang bawah. Awak nak bawa saya ke mana ni?" Soalnya pelik.

Rasa gerunnya masih tak hilang. Muka Venus masih lagi kelihatan garang.

Dia ni memang tak reti senyum ke?

Heh.

Di hadapannya tersergam bangunan berbentuk bulat. Uniknya bangunan ni. Kerlipan lampu yang boleh dilihat dari luar memeriahkan lagi suasana tempat itu.

Terdapat sign terapung tertulis

Elevator station

Mereka memasuki bangunan bulat itu setelah scan pengenalan diri di pintu masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mereka memasuki bangunan bulat itu setelah scan pengenalan diri di pintu masuk.

Tidak jauh dari situ kelihatan beberapa lift kaca yang terbuka menunggu waktu pelepasan.

"Berapa orang boleh masuk dalam satu- satu masa?" Soal gadis itu. Dia ralit melihat sebuah lift yang bergerak naik perlahan.

"2 hingga 6 orang." Lelaki itu menjawab pendek.

Dia menekan butang biru di skrin. Kemudian dia memilih Oberon sebagai destinasi mereka.

"Letak tangan kau di sini."

Gadis itu meletakkan pergelangan tangannya pada skrin kecil dan cahaya biru memancar.

Kemudian dia bergegas mengikuti langkah lelaki itu ke garisan hijau. Mungkin ini baris untuk beratur naik lift angkasa.

⭐⭐⭐⭐

Laura dan Vens kini berada di 35,000 kilometer tinggi dari planet Pearl. Laura menahan getar dalam dada. Dia tidak berani bergerak walau seinci. Sudahlah lift ini semuanya diperbuat dari kaca. Sungguh menggerunkan!

'Kita akan berhenti di bulan Pearl yang dikenali sebagai Diamond dalam masa 45 minit lagi'

Suara robot bergema dalam lif kaca itu.

Langit ungu pada malam itu bercahaya ditambah lagi dengan kerlipan bintang. Ada orang buat rumah terapung tinggi kat sini tak?

Heh, jangan mengarut Laura. Dia tersengih sendiri.

"Tinggi betul lift ni boleh pergi ya." Laura bersuara memecah kesunyian.

"Lif ini dibuat daripada teknologi baru planet ini iaitu Karbon Nanotube, iaitu bahan baru yang dikatakan lebih kuat dari berlian dan lebih ringan daripada keluli."

Lelaki kacak itu menerangkan serba sedikit. Wajahnya seperti biasa, tegang tanpa secalit senyuman.

"Oh...ok." Laura memberi respon.

Gadis itu menjeling lelaki berwajah beku itu. Biasanya dia saja yang bercakap banyak.

Sengaja dia malas bersuara hari ni. Sakit hati dengan perangai beku lelaki ni.

Lift meluncur naik perlahan membelah langit ungu. Pemandangan yang sukar ditafsirkan kini.

Sangat cantik!

Keadaan dalam lift kaca itu sunyi. Masing-masing leka melayan perasaan. Gadis itu mati akal.

Lelaki beku disisinya ini bukan macam Don atau Pluto yang mesra alam. Sepatah ditanya, sepatah juga jawapannya. Akhirnya dia membiarkan mereka tenggelam dalam dunia masing-masing.

Destinasi oberon. Sila masa anda berada di sini.

Venus menaip sesuatu di skrin.

Tiga jam diaktifkan untuk Venus dan Laura. Lift akan tiba selepas tiga jam untuk mengambil anda turun.

Sila pakai Alectro dan minum pil yang disediakan. Terima kasih.

Lift berhenti secara automatik apabila tiba di destinasinya. Pintu kaca terbuka dan dia terpaku dengan pemandangan yang menakjubkan itu.

 Pintu kaca terbuka dan dia terpaku dengan pemandangan yang menakjubkan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kelihatan air jernih turun dari atas seperti air terjun. Kelihatan banyak haiwan terbang berbentuk rama-rama berterbangan sekitar mereka. Mereka seolah berada di syurga!

"Eat this. Pil ini akan memberi badan kau graviti. Sebab graviti di Diamond tak sama di Pearl. Taklah kau terapung nanti."

"Pil ni juga menguatkan antibodi kau dari sebarang bendasing atau penyakit aneh di sini. Faham?"

Laura menjungkit kening. Dia hanya mengangguk. Eh, ringan pulak lelaki ni bercerita tentang pil yang ada di tangannya tu.

Selalunya sepatah je keluar dari bibir dia tu.

"Tak bahaya ya pil ni? Selamat untuk saya telan?" Mukanya keruh.

Sedikit curiga dengan pil di tapak tangannya.

Lelaki itu tersenyum senget. Mungkin geli hati dengan reaksi gadis itu.

Laura terkesima. Wah, lelaki itu senyumlah! Sebulan dia di dunia asing, baru sekarang dia lihat lelaki itu senyum!

"Makan jelah. Aku tak bagi kau racun. Kalau tak nak makan, aku ok je. Cuma kau akan terapunglah nanti. Aku taknak tolong."

Senyuman gadis itu mati apabila mendengar ayat kejam lelaki itu.

Huh. Kejam betul. Dia hanya menjeling langkah lelaki itu yang berjalan perlahan menikmati pemandangan.

Dia menelan pil itu dan perlahan melangkah ke depan. Dia nak melihat kawasan sekeliling.

"Eh awak, tengok tu!" Tiba-tiba gadis itu terjerit cemas.

"Hmm?" Lelaki itu menjungkit kening. Apahal pulak ni?

"Budak tu main lari-lari kat situ, tak jatuh kebawah ke? Tak ada penghadang pun tu?"

Lelaki itu tidak membalas cuma dia menapak ke depan. Serentak dengan itu, Laura menarik belakang baju lelaki itu.

Takut dia jatuh!

Eh?

Dia melopong melihat lelaki itu dengan selamba memijak kawasan lopong itu.

Macam mana?

"Inilah keajaiban tempat ni. Selain air terjun yang cantik, teknologi lantai halimunan juga dipraktikkan di sini."

Gadis itu ralit bermain dengan haiwan kecil berterbangan di sekitarnya. Comelnya haiwan ni!

Dalam dia tidak sedar, Vens tersenyum menatapnya tajam.

Kau baik Laura. Sanggup bantu Katerina untuk sembuh semula. Boleh saja kau menolak dan balik semula ke bumi.

Namun hati kau murni. Kau tahu tak pada masa yang sama kau diburu oleh Kenkove?

Lelaki itu menghela nafas.

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now