Pandangan dikalihkan pada balkoni. Seketika, matanya membulat melihat Lyna yang terbaring di lantai sejuk itu. Eafy berlari anak mendapatkan adiknya. Kenapa pula adiknya tidur di sini?

    Eafy melutut. Digoyangkan sedikit tubuh Lyna supaya bangun. Walaupun gadis itu berkasar dengannya, dia tetap seorang adik.

    Terpisat-pisat Lyna bangun dari tidur. Ditenyeh mata berkali-kali sebelum tatapan dada bidang abangnya menjamu mata. Lyna berundur ke belakang sikit lantas mata mereka bertaut.

    "Kenapa Lyna tidur sini?"

    Fikiran gadis itu mula mengingati hal semalam. Wajahnya mula bertukar pucat lesi. Bibirnya menggigil sebelum dengan perlahan, ditelengkan kepala memandang balkoni di bilik sebelah. Hanis masih terbaring dengan wajah yang bertambah pucat. Hati Lyna memberontak dan menyalahkan abangnya. Ah!

   Dahi Eafy berlapis melihat adiknya yang sudah gelabah. Dia juga memandang ke arah itu. Tatkala matanya tertancap pada sebatang tubuh yang dikenali, terasa seluruh saluran pernafasannya tersangkut. Dadanya sesak.

   "Dah nampak? Buat apa lagi tercegat dekat sini? Pergilah buka pintu bilik Hanis cepat! Biar aku yang call doktor Hael. Cepat! Dia dah pengsan dari semalam sebab tak makan. Ni semua salah kau!!!" Jerit Lyna geram. Daripada semalam lagi dia hendak memaki hamun lelaki ini, akhirnya terlepas jua di pagi yang indah.

   Kelam-kelibut Eafy berlari mendapat kunci di bawah pasu bunga yang terdapat dalam biliknya. Kata-kata kesat Lyna tadi hanya diabaikan sahaja ditiup angin pagi. Tidak kisah langsung kerana dalam fikirannya hanya ada nama Hanis, Hanis dan Hanis sahaja!

   Tombol diputar. Eafy berlari mendapatkan Hanis. Dicempung tubuh itu ke arah katil dan dibaringkan dengan berhati-hati. Terasa seperti dunia berhenti berputar saat ini melihat wajah kebiruan Hanis. Tak dapat ditahan, air matanya jatuh. Dia mendaratkan bibir pada dahi Hanis sebelum dicium syahdu. Selepas itu, terus didakap tubuh kecil yang lemah itu ke dalam pelukan hangatnya. Dia tahu dia busuk, tapi dia tak kisah. Nyawa Hanis lebih penting!

    "Honey, wake up. Jangan buat aku macam ni..." Suaranya tenggelam timbul. Dadanya seakan sesak dan sukar bernafas. Dia juga lapar, tapi digagahkan jua dirinya untuk bertahan. Seketika, tiada sebarang tindak balas dari gadis itu. Hanis diam kaku tidak menyedarkan diri.

    "Kau kuat, Hanis! Lyna dah panggil doktor Hael. Nanti doktor rawat kau eh? Aku harap kau tak apa-apa." Tutur Eafy perlahan dan menjatuhkan bibir pada ubun-ubun Hanis. Titisan kedua cecair jernih itu laju meluncur lalu menimpa batang hidung Hanis.

    Eafy berharap dunianya kali ini seperti kisah dongeng. Apabila sang heroin pengsan, hero hanya menangis teresak dan air mata itu jatuh pada pipi si heroin. Maka, heroin terus bangun dari tidur panjangnya.

    Tapi Eafy sedar. Dia berada di dunia realiti dan bukan fantasi semata-mata. Dia terpaksa menelan semuanya. Sudahlah disebat ekor pari, hari ini buah hatinya pula tidak sedarkan diri. Beberapa saat kemudian, Eafy cuba menenangkan dirinya sendiri. Terbayang di kepala layanan buruknya terhadap gadis itu. Wajah diraup kasar.

   "Tahan honey. Kau tak boleh tinggalkan aku terkuntang-kanting macam ni. I need you, honey!"

    Dicium wajah pucat itu bertubi-tubi sambil tahan esakan. Kau kuat Hanis!

   "I love you, I love you and always you in my heart. I love you, honey! Please, wake up!"

*****

      LYNA semakin gelisah. Jari-jemari diramas sambil mata meliar pada parkir lot yang sunyi. Dia berjalan mundar-mandir sambil jari digigit perlahan. Dalam hatinya sudah berbakul kata kesat dilemparkan pada Hael yang kelewatan.

    Beberapa minit menunggu, kereta mewah BMW milik lelaki itu tiba di kawasan parkir lot. Tergesa-gesa Hael keluar dari perut kereta dan mendapatkan Lyna.

   "Sorry Lyna. Jalan jammed," ujar Hael dan Lyna merengus kasar. Diajak Hael untuk masuk ke perut lif sehingga Lyna membuka mulut.

   "Hanis pregnant. Kau diam je, jangan bagitahu benda ni dekat Eafy." Tutur Lyna, menasihati doktor muda itu untuk tidak membongkarkan rahsia.

   Hael diam. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.

   "Good then."

*****

T B C

Btw, aku malas la layan pasal votes. Bukan reader amik kisah pun. Taguna. Better aku habiskan cerita ni cepat. Kbye taknak kawan semua

Dendam Eafy ✔️Where stories live. Discover now