BEEEP...

'DAHLAH HODOH! SUARA PULAK TAK SEDAP! MAMPUSLAH KAU ROBOT! '

Venus tersenyum sinis memandang serpihan-serpihan besi dan logam bertaburan atas jalan.
🦋🦋🦋🦋

Pejabat pentadbiran Negara Pearl kelihatan sesak dari hari biasa dengan kehadiran hampir semua saintis dan pakar robotik. Kelihatan beberapa orang berkot putih sibuk berulang alik memeriksa robot tempur dan robot pengawal.

"Bila kita nak hantar budak berdua tu ke bumi? Lama-lama kat sini diorang boleh sakit tau. Laura dah sihat ke belum agaknya. Lepas ni aku nak jenguk diorang kejap"

Venus yang menekan sesuatu di skrin menoleh. "Demam dia kebah dah. Aku jenguk dah sebelum datang makmal pagi tadi"

"Tak lama lagi. Aku tengah fikir la ni. Masalahnya ketua alien tu tak nak mengalah. Tetap nak hantar robot-robot tu serang kita! Robot tempur kita makin susut tau?" Sambungnya lagi.

"Err kau tahu ke siapa mastermind semua ni?"

"Tahu"

"Siapa?" Pluto menoleh ke arah sahabatnya sekilas.

"Hanjanam."

"Heh, nama sama macam jahanam."

Selamba Pluto membahan penjahat tersebut. Tak lawan face to face, memanglah dia berani. Kalaulah dia tahu betapa ngerinya perangai makhluk durjana itu, lari tak cukup tanah nanti!

Kukk!

"Boleh tak kalau kau serius untuk lima minit?"

Pluto tersengih. Alah, nak melawak sikit pun salah. Takkan nak jadi serius 24 jam macam kawan dia seorang ni? Bosan. Duh.

Penjahat sorang ni bukan biasa-biasa. Bukan macam Dejenoid yang dilaporkan mencuri bintang -bintang yang bertaburan di angkasa raya. Bukan juga Hemenoid yang mencuri dan menjual secara haram komet dan asteroid yang berharga.

"Okay, berlian kita dah dapat. Jadi bila kita nak balik?" Pluto mengeliat membetulkan tangannya yang lenguh.

Kemudian dia ligat menekan punat biru dan menaip sesuatu. Dia sedang setkan program robot tempur ke beberapa tempat sebagai langkah berjaga-jaga.

"Dah kenapa tak sabar nak balik? Rindu bantal busuk ke?"

"Wah, sejak bila pandai bergurau ni? Tahniah aku ucapkan. Yeah!"

"Bodohlah! Kita baru lepas dapat halau robot nokharom tu dari sini! Bagilah aku gembira satu saat boleh tak? Menganjing aku yea!?" Gerutu lelaki bermata kelabu itu sambil merengus.

Pluto hanya tergelak sambil mengaru rambut kuningnya yang kusut. Mak aih busuknya rambut aku! Tak sempat nak syampoo sebab baru nak capai troli, mamat beku ni dah bagi arahan suruh ikut naik kapal.

Heh. Sebab dialah rambut hensem aku ni kusut, busuk, hapak macam ni. Cis!

Diminta Venus dan Pluto ke blok pentadbiran sekarang. Terima kasih.

" Eh, kau gay, aku gay, semua gay!" Latah lelaki itu kuat. Hesy, robot ni pun lah pergi buat announcement dekat telinga aku dah kenapa?

Venus hanya menggeleng perlahan sebelum menapak ke dalam lift kaca.

"Kau seorang sudah. Jangan libatkan aku." Serius muka lelaki itu sambil menekan punat kecil bersimbol pelik.

"Huh? Jangan libatkan apa?" Pluto menjongket kening. Dia masih lagi terkejut dengan suara robot tak guna tadi.

"Gay!"

Pluto menggumam perlahan sambil mencekak pinggang.

"Eh dia ni. Aku melatah bongok! Tak adanya aku nak sertai golongan pelangi tu walau pelangi tu cantik je sebenarnya."

Pintu kaca terbuka dan Venus berlalu keluar. Pluto hanya menjungkit bahu. Tak terasa lansung dengan perangai kawannya yang satu itu.

🦋🦋🦋

"Thanks to both of you. Tanpa pertolongan kamu berdua, hancur bandar uncle dah rasanya."

yada yada yada. Whatever. Di planet aku pun tak settle lagi krisis air lagi. Krisis tanaman mati tiba-tiba lagi. Sampai sekarang menemui jalan buntu. Haih.

Tetiba kena hantar ke planet lain untuk menyertai misi ni. Apa ingat dia dengan Vens ni jabatan kebajikan ke? Kalau tak sebab pakcik botak ni kawan baik presiden Venom, dah lama aku buat kepala dia jadi cermin bilik aku.

Boleh jugak aku menilik muka yang hensem ni setiap hari, kan?

"Psst, pay attention please!" Tajam nada lelaki bertubuh tegap itu memberinya amaran.

"Iyalah.."

"Oleh sebab kamu berdua dah tolong uncle di sini. Uncle ada sesuatu untuk kamu."

Heh nak bagi apa? Lolipop? Coklat? Blahlah pakcik! Bagi aku balik cepat! Krisis air dekat tempat aku lagi penting dari lolipop kau tu! Pluto mengeluh perlahan.

"Uncle ada maklumat tentang krisis yang tengah berlaku di tempat kamu sekarang. Mind if you follow me to observation room right now?"

Mereka berdua terkujat dan berpandangan sesama sendiri. Habis terbang segala jenis lolipop yang ada dalam kepala. Apa maksud pakcik ni?

"B-boleh uncle."

Lagenda Kerajaan Reutus Where stories live. Discover now