Venus kelihatan lebih tenang. Lelaki bertubuh tegap itu leka merenung pergelangan tangannya. Seketika dahinya berkerut-kerut.

Tidak lama kemudian sebuah kenderaan sederhana besar berhenti di hadapan mereka. Manusia kelihatan berpusu-pusu keluar dari perut kenderaan tersebut.

"Jom" Venus terlebih dahulu melangkah menaiki kenderaan tersebut. Dia masih lagi termangu-mangu. Ini ke kenderaan yang boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa?

"Pluto cepat naik! Bas nak jalan ni" Jerit Venus di lagi. Oh nama kenderaan itu bas. Dia bergegas naik kenderaan bertayar empat itu.

Dia mengambil tempat. Keadaan bas itu agak sesak dengan manusia. Agak berhimpit-himpit. Dia mengeluh. Hatinya melonjak ingin cepat pulang ke Reutus!

Di Reutus setiap seorang penduduk Reutus mempunyai hoverboard sendiri. Hoverboard hanya boleh dinaiki oleh seorang. Ia akan bertukar menjadi kereta berkuasa cahaya sekiranya diperlukan. Had ditetapkan cuma dua orang sahaja. Lebih dari itu kereta berkuasa cahaya ini akan mencantum sesama sendiri dan akan menuju ke destinasi yang sama. Mereka tidak perlu bersesak beramai-ramai menaiki satu kenderaan yang sama. Malah mereka hanya duduk bersendirian dan bebas membaca atau tidur tampa diganggu.

Hoverboard mereka bergerak secara automatik mengikut naluri. Kenderaan itu akan menuju ke destinasi mengikut naluri dan kehendak mereka sendiri.

Tubuhnya dirempuh dari belakang. Beberapa orang kelihatan bergegas turun apabila bas berhenti. Venus juga turut bangun. "Dah sampai?" Soal Pluto yang membuntuti langkah sahabatnya.

Venus mengangguk cuma. Pergelangan tangan dibelek lagi sekali. Kelihatan hologram berbentuk peta muncul dari pergelangan tangannya. Satu titik kuning ditatap lama. Harapnya pencarian mereka berhasil dan gadis manusia itu mahu bekerjasama. Jika tidak usaha mereka ke planet ini sia-sia sahaja. Keluh venus perlahan.

Pluto mendongak membaca papan tanda tersegam di sisi jalan.

Pulau Ardel- 5 kilometer.

Jauh lagikah perjalanan mereka? Dia ingin segera pulang. Perasaan resah mula menguasai diri.

❤❤❤

"Sini ke? Tak terpencil sangat ke?" Laura menyoal sambil memicingkan mata melihat air jernih menyapa hujung kaki

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


"Sini ke? Tak terpencil sangat ke?" Laura menyoal sambil memicingkan mata melihat air jernih menyapa hujung kaki. Arissa yang memeluk tikar dengan erat hanya tersengih.

"Aku rimas ramai orang. Sini, tak ada orang. Aku boleh berenang ikut suka! Kuak lentang, kuak itik, kuak harimau boleh!" Arissa menghirup udara segar. Bau laut memang menyamankan!

"Ikut suka kaulah!"

Arissa membentang tikar di atas pasir halus. Laura meletakkan bakul berisi makanan dan minuman yang dibeli dari kafe pagi tadi.

Angin pantai berpuput lembut menyambut kedatangan mereka. Dari jauh kelihatan kanak-kanak lain riuh bermain air.

"Kau taknak mandi ke?"

Lagenda Kerajaan Reutus Donde viven las historias. Descúbrelo ahora