BAB 42

7.3K 190 4
                                    


ETHAN hembus nafas perlahan-lahan. Sudahlah dia tipu Hannah kononnya keluar dengan kawan, tapi dia keluar berjumpa dengan Adam. Eh, Adam tu bukan kawan kau jugak ke?

Kawan yang pernah menjadi kawan istimewa. Takutnya Hannah salah faham saja nanti. Hilang kepala Ethan kena penggal dengan Hannah. Kalau bukan sebab kerja, Ethan tak hinginnya berjumpa dengan Adam. Rindu sebagai kawan itu mungkin ada kerana Adamlah kawan terbaik yang Ethan pernah punya. Tapi rindu yang lebih-lebih tu dah takde dah.

Kalau fikir balik macam manalah dia boleh suka dekat orang yang sesama jantina. Tak habis fikir Ethan dibuatnya. Entah apa-apa nafsu dia sebelum ni. Sama jantina pun dia hentam sekali.

Pelik-pelik saja.

Lama-kelamaan Ethan tersedar. Apa yang ada pada Adam yang tiada pada Hannah? Tiada. Oh yang satu tu memanglah perempuan takde. Apelah bengongnya. Nak kata Hannah tak prihatin? Tidak. Hannah sangat prihatin. Makan minumnya semua terjaga.

Nak kata Hannah tidak menggoda? Boleh semput dibuat Ethan dibuatnya kalau Hannah menggoda. Tapi Ethan bijak pamer riak tenang. Takkanlah gay nak tergoda dengan perempuankan.

Ego! Ya, disebabkan ego dia menidakkan rasa cinta didalam hatinya terhadap Hannah. Kerana rasa egonya juga, dia tersangkut dengan Adam.

Hannah, wanita itu cukup sempurna buatnya. Layakkah manusia sepertinya dicintai oleh wanita sebaik Hannah? Baru rasa sedar diri sikit.

"Sorry buat you lama tunggu. You dah order?" Ethan hanya angguk. Malas nak cakap panjang. Dia lihat Adam dihadapan. Santai memakai baju kemeja dilipat hingga kesiku. Cermin mata hitam diselit pada kemeja. Ni kalau anak dara tengok, sepuluh kali toleh. Gay pun tentu toleh berkali-kali punya.

Ke Adam dah jumpa pengganti Ethan?

"Wow, Americano. You still ingat favourite I lagi rupanya." Teruja Adam. Langsung dia tak sangka Ethan masih ingat lagi favouritenya. Apa kau agak bila dia dah kenal kau sepuluh tahun lamanya? Ingat campurkan Vanish dalam cucian boleh hilang terus ke? Otak Ethan belum terendam dalam Klorox lagilah.

Ethan senyum sedikit. Tak ikhlas sangat. Gedik betul Adam ni. Orang orderkan air favourite macam orang ajak getback saja gayanya. Hannah tak gedik macam ni pun. Dia sempoi dan kadangkala manja. Tapi manja dia tak memualkan tekak.

Hahaha, Hannah lagi. Kau dah memang angau tahap kronik dekat bini sendiri ni Ethan oi.

"Earth to Ethan. Hello, yuhuu. Anybody home?"

"You ni kalau tak memekak tak boleh ke?"

Adam mencebik. Fail berwarna biru tua dihulur kepada Ethan. Didalam itu, ada segalanya. Gerak-geri kumpulan yang mereka intip sekarang ini pun ada didalam. Tak pernah khabar ya? Ethan dan Adam merupakan ejen satu pertubuhan rahsia yang kerajaan Malaysia tubuhkan sejak lama dulu. Mungkin sebelum merdeka lagi. Tapi skuad ini hanya diketahui oleh beberapa orang saja. Perdana menteri kesayangan semua tu pun tak tahu juga.

Perang parang panjang, perang Cina-Melayu, Tragedi Bukit Kepong dan kes Lahad Datu. Dalam diam juga skuad ini menyiasat kes 1MDB. 2.6 bilion. Semuanya dibawah seliaan skuad ini. Pangkalannya di Manchester. Disanalah Adam dan Ethan mula-mula direkrut kerana pada waktu itu mereka menyelamatkan ketua D'Pearl dari dibunuh oleh kumpulan We'sT. Skuad ini diberi nama D'Pearl.

Seram woi masa first time masuk. Macam nak terkencing dalam seluar saja dibuatnya. Tapi lama-lama mereka berdua dah biasa. Risiko bahaya memang sentiasa mereka tanggung.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now