BAB 35

9.4K 298 24
                                    

ETHAN senyum sedikit pada Adam yang baru saja tiba. Memang dia sengaja mahu berjumpa dengan Adam hari ini. Hal minggu lepas belum settle lagi. Dengan Hannah pun belum settle lagi. Macam manalah dia boleh terlepas cakap. Setiap kali dia nampak Hannah saja mesti Ethan mengelak. Dia tidak cukup berani lagi untuk meluahkan rasa hatinya secara berdepan. Entah apalah kata Hannah nanti. Kena pulak Hannah tak pernah suka dekat dia. Tak ke haru jadinya nanti bertepuk sebelah tangan.

"You nak apa jumpa I? Menyesal dengan apa yang you cakap haritu?" soal Adam jengkel. Sudah ludah mahu dijilat semula. Jijik, tahu jijik.

Eleh, jangan kata kau ludah kau nak dijilat, kentut kau pun Ethan dah tak sanggup nak hidu.

Ethan membetulkan duduknya. Dia perlu jujur dengan Adam. Dia tidak mahu Adam terus berharap padanya. Mereka perlu berubah. Ya, mereka perlu berubah.

Ethan menghela nafas dahulu sebelum menyusun ayatnya. "I nak uruskan hal yang belum selesai."

"Hal apa yang belum selesai lagi? Hal you dengan your slut tu ke?"

"Watch what you said! She's my wife." Hannah isterinya, tentu sajalah Ethan berang bila ada lelaki lain menggelar isterinya sebagai slut. Dia isteri yang terbaik buat Ethan.

Adam bertepuk tangan. Sangat perfect. "Sejak bila you jadi suami mithali ni Ethan? Sejak you jatuh cinta ke? Lawak." Besar tawa yang dibuat-buat Adam. Bagaimana dia boleh kalah dengan Hannah? Ini susah untuk dipercayai. Hannah guna-gunakan Ethankah?

"Sejak I sedar yang kematian tu sentiasa mengejar kita. Kita bukannya makin muda Adam. Ada masa lagi untuk kita berubah."

"Wah, sejak bila you berubah jadi ustaz ni? Tak cukup dengan jadi suami mithali, gelaran ustaz pun you nak kebas jugak ke?" Adam ketawa mengejek. Ada hati nak mengajaknya berubah. Diri sendiri pun tidak terurus. Ethan balik cermin diri lebih bagus. Dia pun sama saja seperti Adam. Tiada kurang, tiada lebih.

"You marahkan I Adam?"

Bodoh punya soalan. Orang bodoh saja yang tidak marah.

"Marah? Tentulah I tak marah. I langsung tak marah bila orang yang I cinta sepenuh hati curang depan mata I. Puff, buat apa I marah betul tak?" Adam tertawa lagi. Penuh keplastikan. Jari-jemarinya disatukan.

"Tu bukan cinta. Tu semua cuma nafsu." Ethan sedih mengenangkan dirinya yang sentiasa mendahulukan nafsu dalam setiap tindakannya.

"Nafsu? Wah, lepas jadi ustaz you nak jadi pelawak pulak. You memang berbakat. I cintakan you sepenuh hati you boleh kata itu nafsu?" Bergema bunyi tepukan tangan Adam. Pandai betul Ethan berlakon. Lepas ni boleh jadi hero Akasia.

"Sudahlah Adam. I tak main-main sekarang ni Adam. Dah tiba masanya kita berdua berubah. Kita makin tua dan bukannya makin muda. Macam mana kalau kita tak sempat bertaubat? I sayangkan you." Sungguh Ethan sayangkan persahabatan selama sepuluh tahun yang dia dan Adam bina. Mereka bukan saja gay partner tetapi mereka sahabat selamanya.

"Sayang? Kalau you sayangkan I you takkan buat I macam ni." Adam membentak.

"I sayangkan you. You kawan yang terbaik I pernah ada."

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now