BAB 26

9.5K 370 19
                                    

SUDAH sebulan sejak mereka pulang dari kampung Hannah. Hubungan mereka suami isteri masih seperti sebelum ini. Tiada apa yang berubah pun. Adam masih ada diantara mereka. Hish, ingatkan dah insaf dah si Adam tu. Rupanya tak juga lagi.

Skrin laptop masih kosong. Hannah hanya termenung tidak tahu sudah sampai kemana. Dia risau sebenarnya. Ethan masih belum pulang dari kerja lagi walaupun jam sudah berganjak ke jam 1 pagi. Sudahlah dekat luar sana hujan lebat. Nasib baik saja tiada guruh mahupun kilat.

Kerja apalah yang kau buat tu Ethan sampai ke pukul 1 pagi. Macamlah tak boleh buat dekat rumah.

Pintu bilik dibuka. Tak menyempat Hannah menoleh. Ethan dengan baju yang basah. Dapat juga akhirnya Hannah menarik nafas lega apabila melihat Ethan selamat berdiri dihadapannya. Tapi kenapa baju Ethan basah? Bukan dalam kereta Ethan ada payung ke?

"Tak tidur lagi cupcake?" Ethan menyoal sambil membuka kemeja dan seluar panjangnya. Tuala dililit dipinggang. Hannah menggeleng macam orang bodoh. Ethan mengangguk faham lalu meloloskan tubuhnya kedalam bilik mandi.

Sekali lagi Hannah termenung dihadapan laptop.

"Banyak kerja ke?" Hannah terkejut. Dia pandang Ethan yang menjonggetkan keningnya. Sudah siap mandi? Berapa lama dia mengelamun sebenarnya? Ethan bukan saja sudah siap mandi tapi juga sudah siap berpakaian. Ah lantaklah.

"Er takdelah banyak mana pun. Kenapa?" soal Hannah kembali. Sengaja tetikus digerakkan seperti dia sedang membuat kerja. Sebenarnya hampeh. Kosong lagi.

"Buatkan I hot chocolate."

"Kalau taknak?" Hannah sengih, nakal.

"Dosa tau lawan cakap suami."

Sudah. Encik hubby dah keluarkan ayat keramat seorang suami dah.

"Ialah." Hannah tolak kerusi kebelakang dan bangun mahu menuju ke pintu.

"Hannah." Hannah berpaling melihat Ethan yang sengih lain macam.

"Masakkan nasi goreng sekali boleh tak? Laparlah." Ethan muncung sambil mengusap perutnya, menandakan yang dia benar-benar lapar. Comel betul muncung Ethan tu. Macam nak ikat dengan tali rafia je.

"Jom."

Terkedek-kedek Ethan mengekor Hannah. Demi perutnya yang lapar.

15 MINIT Hannah berperang didapur untuk menyiapkan nasi goreng dan hot chocolate untuk orang lapar tu. Kesian, baik je dia tunggu dekat meja makan. Nampak sangat laparnya. "Nah nasi goreng dengan hot chocolate kau." Hannah meletakkan pinggan berisi nasi goreng betul-betul dihadapan muka Ethan. Berasap lagi nasi gorengnya. Hannah mahu berlalu tetapi tangannya disambar oleh Ethan.

Hannah angkat kening, bertanya dengan bahasa isyarat. Ethan tersenyum dan menarik tangan Hannah agar mendekat. Kerusi disebelah ditarikkan dan ditepuk, menyuruh Hannah duduk disebelahnya.

"Temankan I makan." Ringkas saja arahannya. Hannah garu kepalanya sebelum memutuskan untuk duduk. Ethan sengih hingga ke telinga. Laju saja nasi goreng disumbat kedalam mulutnya. Sedap.

Hannah topang dagu memerhati dengan khusyuk. Sesekali Hannah tersengih. Entah pasal apa pun tak tahulah.

"Nganga." Ethan menyua sesudu nasi goreng. Hannah terkedu pada mulanya tapi buat selamba sudah. Suapan itu berjaya juga masuk kedalam mulutnya.

"Good girl. Comel je my cupcake ni," komen Ethan.

"Uhuk uhuk." Hannah terbatuk. Dadanya ditumbuk-tumbuk. Rasa pedih pula. Ethan yang kelam kabut menyerahkan mugnya kepada Hannah. Hannah pula tanpa salam terus meneguk air didalam mug Ethan hingga habis.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now