BAB 36

7.7K 250 1
                                    


HANNAH diam tidak tahu mahu bercakap apa. Rasanya sudah seminggu Ethan cuba mengelak darinya. Pagi tadi Ethan keluar, tengah hari baru balik. Entah apa yang dibuatnya pun Hannah tidak tahu. Lantaklah. Yang menjadi persoalan besar sekarang ini, kenapa Ethan mengelak dari dia?

Sebab ungkapan cinta yang secara tidak sengaja itu ke? Kalau ia pun mengapa perlu mengelak? Malu ke?

Sekarang ini pun Ethan menyibukkan diri memasak. Nasiblah dapat suami yang terlebih rajin macam tu. Bukan nak merendahkan diri sendiri tapi masakan Ethan lebih sedap berbanding dirinya. Mungkin atas sebab faktor inilah ramai chef terkenal dunia lelaki.

Dekat luar sana hujan sedang turun dengan lebatnya. Sejuk malam ni. Pemangkin besar untuk Hannah menarik comforter awal. Tidur awal sebab esok dah Isnin, kerja. Huh, Hannah terasa ingin berhenti kerja. Buat apa ada suami yang kerja bagus kalau isteri tak dapat bersenang lenang goyang kaki ya tak. Hannah rasa nak tumpukan sepenuh perhatiannya pada rumahtangga yang baru terbina ini. Lagi enam bulan usia perkahwinan mereka genap setahun.

Tapi tu bukan sekaranglah. Mungkin lepas mereka punya anak. Hehehe, berangan lebihlah kau ni Hannah. Orang tu pandang pun tak sudi. Tapi dia ada lafazkan cinta bukan?

InshaAllah suatu hari nanti.

"Dinner is ready." Suara Ethan menyentak Hannah dari lamunannya. Ceria lain macam Ethan malam ini. Gembira saja Ethan dengan berapron menyusun lauk yang dimasaknya. Ethan tersenyum bahagia. Dah kenapa pulak ni senyum sampai telinga?

Hannah mengangkat sebelah keningnya tinggi sebelum teragak-agak duduk dihadapan Ethan.

Seakan ada yang tidak kena.

Kedua-dua mereka senyap saja menikmati hidangan. Namun, mata Hannah masih lagi cuba membaca air muka sang suami. Entah apalah yang Ethan fikirkan saat ini hingga waktu makan pun tersengih-sengih macam remaja baru belajar bercinta?

BULAN tidak kelihatan malam ini. Hujan tengah turun dengan lebat, manalah nak nampak bulan.

Ethan tarik sengih melihat Hannah sedang santai melihat hujan yang turun dibalkoni biliknya. Tubuh hangat itu didakap dari belakang. Dagunya direhatkan pada bahu Hannah. Kolar baju Hannah luas, terdedah hampir seluruh bahunya. Bahu yang terdedah itu dikucup Ethan sekejap.

Hannah memegang tangan Ethan yang melingkari pinggangnya. Dia rasa sungguh selamat berada didalam dakapan Ethan. Rasa seakan dilindungi. Beginikah rasanya bila berada dekat dengan suami? Selesa. Sangat selesa.

"Damaikan malam ni."

Hannah hanya mengangguk mengiyakan bersama senyuman.

"Allah turunkan rahmat pada kita hambaNya. Allah arahkan malaikat Mikael untuk turunkan hujan, membasahi tanaman dan bumi. Hujan bukan saja turun membasahi tanaman, malah memberi ketenangan kepada manusia. Macam yang you pernah cakap dulu, salah satu masa yang mustajab untuk kita berdoa adalah pada waktu hujan."

Jeda. Ethan menarik nafas panjang.

"You ingat lagi tak doa you masa hujan dulu?" soal Ethan cuba menarik tali. Hannah terdiam seketika. Mestilah dia ingat. Dia berdoa agar rumahtangga mereka akan berkekalan juga agar Ethan jatuh cinta pada dirinya.

Perlahan Hannah menganggukkan kepalanya. Kepala ditoleh menghadap Ethan.

"Doa you termakbul." Ethan senyum. Hannah bagai dipukau, diam membisu. Dia tersilap dengarkah? Doanya termakbul? Bererti...

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now