BAB 38

8K 235 1
                                    


6 bulan kemudian~

HANNAH sibuk mengatur bunga-bungaan ditaman mini rumahnya. Sejak berhenti kerja ni, inilah kerja Hannah. Tanam bunga. Sekurang-kurangnya Hannah mendapat ketenangan dengan melihat bunga-bunga ini kembang mekar.

Kenapa Hannah berhenti kerja? Sebab dia rasa nak berkhidmat sepenuhnya sebagai seorang isteri buat Ethan. Balik rumah saja ada yang sambut. Makanan dah siap tersedia. Tak ke seronok Ethan nanti.

Tak risau Ethan kena goda ke?

Nak buat apa risau kalau kita percaya. Hannah percayakan Ethan. Curiga itu umpama racun yang membunuh dalam senyap. Hannah tidak mahu bunuh kebahagian yang baru dia kecapi ni. Lagi pulak dulu bukan main susah Ethan nak jatuh cinta padanya. Takkanlah senang-senang macam tu saja cintanya akan beralih arah. Hannah tahu Ethan benar-benar memaknakan setiap kata-katanya. Lihatlah sekarang, Ethan rajin sekali bangun malam dan mengerjakan solat taubat. Katanya, dosanya terlampau banyak. Dia harus bertaubat sungguh-sungguh.

Sejuk saja mata Hannah melihatnya. Puan Sri Hidayulah orang yang paling gembira bila Hannah ceritakan hal ini padanya.

Dua minggu saja lagi anniversary pertama mereka. Sungguh Hannah tidak tahu mahu menghadiahkan Ethan apa. Sejak dari enam bulan lepas, mereka menjalani kehidupan seperti suami isteri biasa. Hannah syukur sangat Adam tidak datang mengganggu.

Yang sebenarnya, Hannah rasa terharu kerana perkahwinan yang asal bukannya indah kini bertukar berwarna-warni. Benarlah, elok berdoa ketika hujan. Makbul. Dengan izin Allah yang pastinya.

Terima kasih ya Allah.

Hannah meraba perut ratanya. Bilalah perut ini akan terisi dengan benih cinta mereka. Sudah kerap mereka berusaha. Mungkin belum rezeki lagi.

"Menung apa tu cupcake?" Tiba-tiba saja sepasang tangan memeluk Hannah dari belakang. Haih, bau ni. Bau Ethan. Bau yang sudah sebati dalam hidup Hannah. Hampir setahun mendirikan rumahtangga, Hannah sudah boleh baca segala gerak-geri Ethan. Bau kentut Ethan pun dia kenal yang mana satu.

"Tengok masa depan."

Ethan ketawa kecil.

"Masa depan dengan bie ke?" Hannah toleh Ethan yang tersenyum bangga. Waduh, perasannya. Walaupun betul, buat bodoh je Hannah. "Masa depan si Marchmellow tu. Entah apalah nak jadi. Kucing jantan kurus kering juga yang diterkamnya. Kucing jiran kita yang betina lagi cun, comel dan berbulu lebat tu taknak pulak dia. Haih." Hannah mengeluh. Kucing Ethan ni pun. Nak jadi gay macam Ethan dulu ke apa?

"Perli bie ke?" Ethan terasa hati. Bodoh apa terasa hati. Dulukan kau memang macam tu.

"Tapi bie janji." Ethan mengangkat tangan kanannya seperti berikrar. Tangan kiri masih memeluk utuh tubuh si isteri.

"Bie janji akan cintakan cupcake seumur hidup. Habiskan masa seluruh hidup ni dengan cupcake sampai ajal menjemput kita. Bie akan jaga cupcake dengan nyawa bie. Bie bukannya teman lelaki upahan cupcake. Bukan juga suami untuk cupcake sewa. Tapi Ethan Harraz suami yang mencintai Hannah Adlina sepenuh hati. Hati ni hanya untuk Hannah seorang, sebab hati Ethan Harraz tersangat limited edition. Hati ni tiada cetakan ulangan. Bukan juga print on demand. Hanya limited edition. Hanya insan yang limited seperti you, Hannah dapat menawan hati yang limited edition ni. Hanya Hannah Adlina seorang saja yang mampu."

Terharu? Gila tak terharu. Kalau boleh Hannah rasa macam nak terbang macam Superman dan announce satu dunia yang Ethan Harraz ni dia punya. Suaminya dunia akhirat. Siapa nak caras, sila tuang air rendaman cili kering kemata dulu. Lepastu bolehlah berhadapan dengan Hannah. Confirm, takde siapa yang berani nak dekat.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now