BAB 16

9K 278 3
                                    

BAB 16

HANNAH menyidai telekung yang dipakainya untuk solat subuh tadi. Ethan yang terbongkang dikatil dijeling sekilas sebelum mengeluh berat. Liat betul orang tua tu nak bangun solat subuh. Teguh hati dia. Kalau Meon pun tak macam tu rasanya.

Tudung sarung yang berada didalam beg bajunya dikeluarkan lalu disarung kekepala. Bimbang pula jika Eric keluar bilik. Walaupun didalam rumah aurat tetap perlu dijaga. Kerana itulah Islam itu indah.

Teratak Khaseh memang cantik. Penggabungan dua jenis reka bentuk dalaman yang berbeza, tradisional dan moden. Unik sekali. Tangga yang digunakan didalam rumah ini ialah tangga kayu. Ukiran pada tangga menarik perhatian Hannah. Lama dia tak tengok ukiran sebegini. Tradisional sangat.

Sedang ralit Hannah memerhati sekeliling Teratak Khaseh, dia ditegur oleh seorang wanita tua.

"Anak ni isteri Ethan kan?"

"Aa ya. Mak cik ni siapa ya?"

"Makcik ni Mak Enon. Pembantu dalam rumah ni." Melalui pemerhatian Hannah, Mak Enon berumur dalam lingkungan 60 tahun. Nampak ramah orangnya.

Hannah terangguk-angguk.

"Saya Hannah." Hannah senyum manis. First perception tu penting.

"Hannah, sedap nama tu. Seindah empunya diri."

"Terima kasih. Mak cik nak masak ke? Hannah tolong ya."

"Ish, kamu tu menantu dalam rumah ni. Ada ke nak buat kerja pembantu rumah ni."

"Alah, tak salahkan kalau Hannah nak tolong Mak Enon masak. Lagi pulak, Hannah nak juga merasa memasak untuk Ethan. Ikat perut suami katakan."

Mak Enon ketawa kuat. Betul juga apa yang diberitahu oleh anak muda dihadapannya ini. Kadangkala Puan Sri Hidayu juga akan membantu memasak, katanya takut Tan Sri Emir jatuh hati bergolek-golek dekat Mak Enon. Hahaha.

"So, apa menu pagi ni?"

"Bihun goreng dengan roti bakar. Suami kamu tu tak makan makanan berat waktu pagi-pagi macam ni. Takut gemuk katanya."

"Alahai, mengadanya. Mesti cerewetkan Ethan ni Mak Enon." Hannah dan Mak Enon beriringan masuk kedalam dapur. Segala bahan memasak sudah tersedia.

"Memang pun."

"Dah agak dah. Tengok muka pun tahu. Ethan tu mesti.."

"Amboi, seronok mengumpat ya."

Terkunci tanpa suara mulut Hannah saat melihat Ethan yang sudah siap mandi berada di dapur yang sama. Wangi.

"Amboi pengantin baru ni, awalnya bangun." Puan Sri Hidayu tersenyum sinis kepada Ethan. Dia tahu yang mustahil anak menantunya ini akan menjalani malam pertama macam orang normal. Dah nak buat macam mana, anak dia tak normal. Songsang!

Kelat Ethan tersenyum. Macamlah dia tak tahu, semua ini ditujukan kepadanya. Hannah sembunyi senyum, Ethan kena fire dalam diam. Tunduk jugak dia dekat mama yang havoc tu. Mesti menuntut ni nanti. Mana tahu Ethan tunduk, tumbang dan rebah terkena penangan dia. Muahaha.

"Mama dengan Ethan tunggu dekat depan dulu ya. Hannah dengan Mak Enon nak masak dulu." Hannah menggunakan peluang ini sebaiknya. Dia perlu mencuri hati Puan Sri Hidayu terlebih dulu. Dapat jadi menantu kesayangan pun jadilah. Hehehe.

"Jom Ethan ikut mama. Kita tengok ikan ya. Jangan dikacau isteri nak masak tu." Puan Sri Hidayu mengusap kepala anak terunanya lantas ditarik tangan Ethan yang sedikit tercengang. Kut ya pun mama nak seret dia keluar, carilah idea lain. Ini, tengok ikan alasannya. Hampeh.

Dia, Limited Edition! [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora