BAB 27

8.9K 347 17
                                    

TUDUNG dikepala dibetulkan sedikit. Beg tangan yang ada disofa diambil. Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangan. Cermin mata dibetulkan sedikit. Hari ni dia kena masuk kerja awal sikit. Ada klien dari Jepun nak datang dan dia terlibat sekali dengan usahasama ni.

Ethan pula sedang bersiap. Bukannya mereka berdua bertolak ke pejabat sekali pun. Masing-masing naik kereta sendiri. Tak selesa sebenarnya nak naik kereta berdua. Kalau Ethan, dia okey je tapi Hannah yang rasa semacam sikit. Kekok.

Hannah meletak beg tangannya ditempat duduk penumpang. Dengan lafaz bismillah, kunci kereta dicucuk dan...

"Eh apahal tak boleh pulak ni?" Sekali lagi Hannah mencuba. Masih tidak berhasil. Hannah mengeluh. Masa orang nak cepat nilah dia nak buat halnya. Tak guna punya kereta. Hannah turun dari kereta dan acah-acah reti membuka bonet kereta. Bingung tak tahu nak buat apa, Hannah pergi tendang tayar kereta yang tak bersalah langsung. Hannah mendengus. Butir-butir peluh mula terbit didahinya. Nasib baik dia bukan jenis yang tepek bedak berkilo tu, kalau tidak banjir rumah.

"Eh you buat apa tu?" soal Ethan sambil membimbit beg kerja dan tali leher. Hannah menoleh dengan muncung yang panjang, meraih simpati.

"Kereta rosak kut," adu Hannah. Peluh mahu diseka dengan tangan tapi Ethan menghalang dengan memegang tangannya. Sapu tangan didalam kocek diambil dan lembut Ethan mengelap peluh didahi Hannah. Hannah terkesima. Muka Ethan dekat betul hingga nafas hangatnya juga dapat dirasa Hannah.

"Nanti kotor baju kalau buat lap muka." Ethan menjauhkan mukanya sedikit lalu tersenyum manis. Macam mana Hannah tak cair kalau macam ni punya prihatin. Dari benci pun boleh jadi sayang kalau inilah gayanya.

"Jom naik sekali dengan I. Nanti kereta tu I callkan mekanik suruh tengok."

"Tapi erm saya erm..." Hannah gagap kehilangan kata-kata.

"You nak cepatkan."

"Allah." Tertepuk dahi Hannah. Macam mana dia boleh lupa ni.

"Cepat naik. Lambat I tinggal."

Terkedek-kedek Hannah dengan beg tangan dan segala fail penting masuk kedalam kereta Ethan. Ethan tayang sengih sebelum mengenakan cermin mata hitam. Perlahan kereta diundur, pagar automatik terbuka dan kereta itu mengaum kuat mengejutkan penghuni lain yang mungkin masih lagi lena diulit mimpi.

ETHAN memarkirkan keretanya pada tempat yang sudah disediakan. Untunglah, orang tu pangkat ada tempat parkir sendiri. Baru saja Hannah ingin membuka pintu kereta, tangannya dipegang Ethan. Dengan sengihan Ethan tunjuk tali lehernya. Hannah mencebik. Mengada betul. Macamlah tak reti pakai sendiri.

Tali leher dirampas Hannah dan dililit dengan geram pada leher Ethan. Kalau tak mengada sehari tak boleh ke? Selamkan dalam kolam ikan kang.

Ethan pula mengambil kesempatan ini menatap setiap sudut dan inci wajah si isteri. Dari keningnya yang semulajadi elok terukir, turun ke hidungnya yang sedang-sedang comel saja. Makin turun ke bawah. Bibir merah ranum Hannah menjadi tatapan mata Ethan.

"Dah siap." Hannah menolak kasar bahu Ethan agar menjauh darinya. Ethan garu kepala lalu tersengih.

Menonong Hannah keluar. Ethan yang sedikit ketinggalan membuka langkah besar mengejar Hannah.

"Cupcake," panggil Ethan. Hannah menoleh.

Ethan menghulurkan tangannya. Hannah angkat kening. Ethan pun angkat kening. Hannah tengok tangan Ethan, Ethan pun tengok tangan dia jugak.

Dia, Limited Edition! [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin