BAB 13

7.8K 256 10
                                    

BUNYI kereta berhenti menarik perhatian Sofea. Dia yang tengah sakan berperang dengan manuskrip yang masih belum siap itu tercengang. Takkan Hannah dah balik kut. Baru pukul 11 pagi. Ataupun Hannah ada tertinggal barang?

"Cuai betullah Hannah ni. Pelupa," rungut Sofea perlahan. Belum tua lagi dah jadi pelupa. Tulah siapa suruh banyak sangat makan semut masa kecik. Kan dah tua sebelum usia.

Sofea langsung tidak menghiraukannya dan sambung menaip. Mug berisi kopi disebelah diangkat dan dicicip sedikit.

Tok! Tok! Tok!

Sofea mengangkat kepalanya. "Na lupa bawak kunci ke? Hish budak ni." Berat dan tidak rela Sofea bangun dari duduknya. Komputer ribanya dibiar menyala.

Tok! Tok! Tok!

"Hoi tak reti sabar ke ha?" jerit Sofea kecil, kegeraman. Sofea membuka langkah kakinya lebih besar. Tombol pintu dipulas dan... .

"Kaa..kau siii..apa?" soal Sofea terketar. Tiba-tiba saja terpacak sesusuk tubuh lelaki dihadapan pintu rumah sewanya. Lelaki itu melurut jatuh cermin mata hitam yang dipakai dari batang hidung. Tajam mata hijau biru itu merenung Sofea.

"Ethan."

Ethan mengjonggetkan keningnya tinggi pada Sofea yang ternganga seluas-luas alam indah yang permai ini. Jemput lalat masuk ke kak?

"Ehem."

Ethan berdehem keras bagi menyedarkan Sofea yang sudah tersengih-sengih tanpa mengalihkan mata barang sesaat dari menatap wajah kacak Ethan.

"Oh kucing mak engkau bertunang," latah Sofea. Pucat mukanya, kantoi usya anak teruna orang.

Ethan sembunyi senyum. Bila masa pulak kucing mama dia bertunang ni? Yang bertunang Adam. Hahaha.

"I tak kesah kucing you nak bertunang atau apapun. Ni rumah Hannah Adlina kan?" soal Ethan agak bongkak bersama senyuman sinisnya. Macam psiko pun ya jugak.

"Yup. Nak apa ya?" Sofea mengiyakan. Sempat juga dia bertanya keperluan Ethan bertandang ke rumah sewanya. Manalah tahu nak merompak ke. Tapi ada ke perompak hensem macam ni? Biasa tu tengok perompak dalam drama semua muka pecah rumah. Tapi mana nak tahu hati manusia.

"So you bukan Hannah Adlina lah ya?" soal Ethan lagi. Semalam dialah si pengintip yang mengekori dua orang gadis ini. Dia cuma tahu yang salah satunya ialah tunang Adam tapi tidak tahu pula yang mana. Rupanya yang seorang lagi tu. Boleh tahan lawa. Tapi macam pernah tengok sebelum ni. Dekat mana?

Ethan mengeluh sesaat. Rupa yang seorang lagi tu dia dah lupalah pulak. Samar-samar. Boleh pulak kau tahu yang dia tu boleh tahan lawa ya Ethan.

Tapi Ethan pasti yang dia pernah jumpa Hannah sebelum ni. Tapi dekat mana?

"Bukan encik. Hannah tu kawan saya," terang Sofea. Jujur.

"I nak jumpa dengan kawan you tu. Sekarang. Mana dia?" Tegas Ethan berbaur arahan.

"Erm Hannah dekat office sekarang encik. Petang nanti dia baliklah. Oh ya, atas urusan apa encik nak jumpa dia ya? Encik ni saudara dia ke? Ataupun erm.." Belum sempat Sofea mahu kepoh, kata-katanya sudah dipotong.

"Stop," arah Ethan. Tapak tangannya dilayangkan betul-betul dihadapan muka Sofea. Talk to my hand sangat. Sofea terkedu lantas mengunci mulutnya.

'Kerek seh mamat ni. Tak macam Adam.'

"Huh. I ada hal nak bincang dengan dia pasal Adam."

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now