BAB 22

10K 377 15
                                    

TERSENYUM-SENYUM Hannah sendiri. Kerja yang bertimbun diatas mejanya bukanlah halangan untuk dia berangan. Gila kau tak berangan. Suaminya yang gayboy itu jealous. Jealous dengan pasangan gay dia sendiri pulak tu. Muahaha. Kau ada masa lagi Hannah. Baru seminggu kahwin pun dia dah jealous. Lagilah kalau dah berbulan dan bertahun.

Berpusing-pusing kerusi yang diduduki Hannah. Peristiwa semalam kembali bermain difikirannya.

Flashback~

Krik krik krik~~ Masing-masing diam. Baik Ethan ataupun Hannah. Kedua-duanya senyap tidak bersuara hanya membiarkan DJ radio berceloteh dan gelak seorang diri.

"You cakap apa dengan Adam tadi? Nampak macam serius je." Ethan menyoal memecahkan sunyi. Nampak macam rancak saja perbualan Adam dan isterinya direstoran tadi. Hannah siap senyum lagi tu. Dah berdamai ke?

"Takde apalah. Tak penting sangat pun." Hannah malas mahu memanjangkan cerita. Ni mesti takut dia apa-apakan baby dia lah tu. Fikir aku hadap ke nak belasah baby kau tu ha Ethan?

"Kalau takde apa-apa kenapa you senyum dekat Adam?" Ethan menyoal lagi. Nak ambil alih tempat Inspector Gadget ke apa ni?

iPhone yang dimain tadi disimpan Hannah. Telinganya salah dengar ke?

Apa tadi?" Hannah mengangkat keningnya.

"Sembang biasa ke menggatal tadi siap senyum segala." Ethan juling mata keatas. Hannah tertawa kecil. Melalui gaya bercakap, nada suara. Segalanya menggambarkan yang Ethan sedang cemburu sekarang ini. Cemburu? Wah heaven gilalah. Bukannya senang nak tengok gayboy jealous. Sekali dalam sejuta hari.

Hannah pandang Ethan dengan senyuman nakal mengusik.

"Jealous ke?"

Ethan tersedak. Terbatuk-batuk jejaka itu hingga memukul dadanya. Teruk batuknya. Kata-kata makan tuan ke? Smirk.

"Buat apa I nak jealous. Lawaklah you ni." Ethan pura-pura ketawa dengan kata-katanya. Nak cover lettuw. Kantoilah dah.

Hannah mengelip-ngelip matanya bersama muka nakal mintak kaki. Senyum sendiri Hannah dibuatnya. Suami jealous, isteri angau. Angau dekat suami sendiri tak salahkan.

"Ialah Ethan Harraz oi."

"HOI makcik! Sudah-sudahlah berangannya tu. Earth to Adli, earth to Adli." Lysda menghempuk bahu Hannah dan dengan selambanya dia mengambil tempat dihadapan Hannah. Duduk siap dengan kaki silang, berlagak bos. Tapi kempunan.

"Oh mak kau kaki empat belas." Fail yang ada ditangan Hannah terbang tepat kemuka Lysda.

"Mak aku kaki dua je. Woi makcik, apehal berangan dipagi hari ni? Tahulah bos baru kita tu hensem tahap petala terluar elektron valens kan. Dahlah hensem, muda lagi tu. Muda-muda dah jadi bos. Tak macam bos kita yang lain tu, tua berkedut." Hannah garu kepala. Tadi mengata dia. Ni dengan Lysda sekali ikut berangan dah kenapa? Hensem sangat ke bos baru tu? Boleh tandingi gayboy dia ke tidak?

Cakap pasal bos baru. Dia dah masuk ke? Teringat dekat Ethan lah pulak. Macam manalah first day dia dekat tempat kerja? Ada awek nak mengorat ke tidak ya? Mestilah ada, dah dia muka hensem sampai boleh buat semua perempuan mencapai takat leburkan. Tapi jangan risau Hannah. Kau yang cun melecun tahap ratu cantik dunia ni pun dia tak pandang lagilah yang hingus pun tak reti lap. Lagi tak pandang. Ecewah, terperasanlah pulak.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now