BAB 39

7.2K 216 0
                                    

BOTAK kepala Ethan kalau begini selamanya. Hannah minta itu minta ini sampai rasa nak muntah Ethan mendengarnya. Mengidam macam-macam. Bukan-bukan pulak tu. Ada ke mengidam nak tengok Marchmellow ada girlfriend. Dahnya terpaksa Ethan beli kucing betina untuk digandingkan dengan Marchmellow. Creamo nama kucing betina tu.

Kegilaan Hannah tidak berhenti disitu saja. Dia mengidam nak makan durian. Eh tak pelik? Ah memanglah tak pelik. Tertinggal perkataan kulit. Hannah mengidam nak makan kulit durian! Seharian Ethan pengsan dengar permintaan Hannah.

Ethan mengeluh. Dan harini dia buat lagi.

Boleh pulak Hannah mengidam nak makan bubur McD. Nasib baik bubur McD je. Kalau Hannah megidam nak makan muntah jin macam mana? Tak ke naya jadi Badang anak dia nanti.

Plastik berisi bubur McD dijinjit Ethan. Hannah sudah berlari-lari mengejar Ethan. Macam budak-budak tunggu mak bapak balik bawak aiskirim saja gayanya. Sabar sajalah Ethan. Bukannya lama pun. Dalam tujuh bulan saja lagi. Ya, sememangnya tujuh bulan tu tak lama. Juling mata keatas.

Takkanlah sikit macam ni pun nak mengeluh? Isteri tu tengah bawa benih awak sendiri juga. Takkanlah hantu yang buat sampai bini kau mengandung tu Ethan. Masa nak, dikelek saja isteri tu kemana-mana. Ni dah sibuk mengidam, kau mengeluh pulak?

Ethan menampar pipinya. Kata hati tak guna. Dia tahulah cara nak layan isterinya. Kalau tak sayang takdelah Ethan sanggup pergi cari bubur McD ni.

"Bie, ada tak buburnya?" soal Hannah gopoh. Plastik ditangan Ethan sudah direbut. Isinya dibongkar. Tergeleng-geleng kepala Ethan. Hailah isteri. Apalah comel sangat perangai. Kepala Hannah diusap penuh kasih sayang. Sungguh Ethan cintakan isterinya ini.

Adam? Lama tidak dengar cerita jejaka itu. Dah move onlah tu mungkin. Tak pun dia jumpa gay partner lain. Ethan dah pencen jadi gay. Sekali-sekala ada juga terbit dihatinya rasa rindu. Mungkin sebab sudah sebati dalam dirinya. Namun bila melihat Hannah, Ethan terus lupa siapa dirinya sebelum ini. Dia ibarat bukan Ethan Harraz yang sebelum ini. Ethan kuatkan semangat untuk berubah demi Hannah.

Berbalik kepada yang Maha Mencipta. Kenangkan kembali dosa-dosa yang telah dibuat.

Mengenal Hannah adalah perkara terindah dalam hidupnya. Bukan Hannah yang membuatnya memilih jalan untuk berubah. Hannah hanya pembuka jalan. Allah memberi cahaya petunjuk kepadanya melalui Hannah. Cintanya kepada Hannah yang mendorongnya berubah. Kesudian Amirul membantunya juga merupakan kurniaan Allah.

Walaupun dia banyak membuat dosa. Allah masih sayangkannya. Buktinya, Allah beri yang terbaik buatnya. Orang sekeliling yang menyayanginya apa adanya. Orang sekeliling yang tidak akan menghukum masa silamnya. Dia juga bakal dikurniakan anak. Terima kasih ya Allah.

"Mengelamun pulak bie ni. Jika ku berikan oreo betul bie ni kan. Dah jom masuk." Tangan Ethan ditarik Hannah. Kalau layankan lamunan terhenti Ethan tu, sampai malam pun dia tak termakan punyalah bubur McD ni. Lamunkan apa pun Hannah tidak tahulah.

"Cupcake. Tunggu kejap." Ethan menghentikan langkahnya lalu sebuah senyuman indah dihadiahkan buat Hannah. "I have something for you." Ethan berdehem membetulkan suaranya. Mata galak Hannah yang asyik memandangnya membuatkan Ethan gugup. Berdebar semacam. Dari kerana mata~

"TAPOPS mengembara satu galaksi. Mencari power sphere untuk dilindungi. Power sphere tak boleh salah guna. Oleh si alien, si alien, si alien... Durjana! TAPOPS mengembara satu galaksi. Mencari power sphere untuk dilindungi. TAPOPS memgembara satu galaksi." Ethan menamatkan tariannya dengan flying kiss.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now