BAB 18

9.3K 354 16
                                    

HANNAH ketawa kecil melihat tali ditangannya. Kecil sikit dari tali ikat lembu itu. Dia perlu jalankan misi itu malam ini. Kalau tidak dia tidak akan punya masa lagi. Ini saja peluang yang dia ada sementara Ethan tiada dibilik itu.

Time to be wild.

Pintu yang terbuka ditolak saja dengan tangan. Adam yang sedang bergolek-golek diatas katil terperanjat besar melihat Hannah dimuka pintu dengan sengihan yang menakutkan.

"You nak apa datang bilik ni?" Getaran dikesan pada nada suara Adam yang cuba berlagak tenang. Namun Hannah tahu jejaka itu dilanda ketakutan yang maha hebat. Siapa yang tak takut tengok muka psiko Hannah. Sofea kata, boleh buat orang yang mengandung terberanak serta-merta.

Mengarut.

"Nak ikat kau." Hannah tayang tali ditangannya. Dia dapat dikaunter. Nasib baik pekerja hotel ini baik-baik belaka. Memudahkan kerja jahatnya ini.

Tapi, jahat ke?

Tak, dia nak mencegah kemungkaran tetapi dengan menggunakan cara yang sedikit kasar saja.

"In your dream crazy woman." Adam mara tanpa mengetahui siapa Hannah yang sebenarnya.

"Ha ha ha. So it will be my sweet dream." Hannah memengkes kaki Adam lalu jejaka itu tergolek kerana tidak dapat mengimbangi berat badannya. Tak membuang masa, Hannah melilit badan tegap itu dengan tali dan digolek menuju kearah bilik air. Nasib saja bilik air kamar ini tidak seperti kamarnya yang lutsinar. Kalau tidak, tak menjadilah rancangannya ini.

"Woi gila ke?"

"Yes. Gila dalam menyelamatkan kau orang berdua dari terjerumus ke lembah neraka." Elok sudah tubuh Adam didalam bilik air. Tersandar jejaka itu di dinding. Boleh tahan kuat juga Hannah ini, mampu menggolek tubuhnya yang agak berat.

"Oh ya sebelum aku terlupa." Sehelai kain dikeluarkan dari poket seluar. Hannah sengih jahat.

"Last words?"

"Siaplah you kalau Ethan tahu."

"Aku akan pastikan dia tak tahu. Hahaha." Mulut Adam diikat dengan kain itu. Mengelejat tubuh itu mahu melepaskan diri. Sorry to say, Hannah ikat baik punya.

"Errmm meheshann huu takk hunee."

Adam yang meronta tidak dihiraukan. Pintu bilik air ditutup dan dikunci.

Sejujurnya, Hannah sendiri tidak percaya yang dia akan jadi segila ini. Tapi demi masa depan yang suci, dia sanggup buat apa saja.

Aku berharap bantuan dari-MU.

Tergesa-gesa Hannah mengemas kembali kamar itu agar tiada langsung jejak perbuatannya dapat dikesan oleh Ethan. Peringatan untuk orang diluar sana, ini Hannah Adlina, apa yang menjadi miliknya jangan sekali cuba untuk sentuh kerana dia akan pertahankan dengan nyawanya sendiri.

ETHAN yang entah pergi kemana tadi dengan tangan dimasukkan kedalam kocek seluar bersiul kecil sambil cuba membuka pintu kamarnya dan Adam. Hannah hanya menyaksikan dari jauh. Sengaja dia melepak dihadapan bilik hotel.

Tak sampai beberapa minit Ethan keluar semula dengan muka berkerut.

Hannah sengih.

Pasti Ethan dah baca surat yang dia tulis tadi. Padan muka Adam. Bermain dengan api lagi, terbakarlah ceritanya.

"You ada nampak Adam tak?" soal Ethan dimuka pintu. Hannah menggeleng polos. Muka kena kekalkan tidak bersalah.

"Hish kemanalah mamat ni pergi?" gumam Ethan perlahan.

Dia, Limited Edition! [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora