BAB 8

9K 296 24
                                    

BAB 8

HANNAH menung melihat penampilannya pada hari ini. Lengkap berbaju kurung moden warna biru lembut. Batu-batuan berkilau bertaburan pada baju yang dipakainya. Terasa berat pula bila dibawa berjalan. Macam manalah mak-mak datin tu semua melangkah dengan baju seberat baju besi ni? Musykil betul.

Nasib baik takde crown macam Dato' Vida tu. Kalau tidak mahu seminggu Hannah berkurung dekat dalam bilik tidak mahu keluar. Huh, apalah nasib. Tak ubah macam heroin dalam novel. Tapi mungkinkah pengakhiran kisahnya ini seperti novel juga? Happy endingkah nanti?

Hish Hannah ni. Nilah jadinya bila terlampau banyak baca novel. Kadang-kala terpengaruh dengan kepala otak novel si Sofea.

"Amboi cantiknya bakal tunang orang ni. Dalam diam kau menggoda anak datuk erh." Nakal Sofea menggiat Hannah. Hannah hanya menayang muka kosong sahaja. Ibarat tidak terkesan langsung dengan statusnya yang bakal bertukar menjadi single but not available.

"Kau ni macam tak happy je. Aku tahulah kau terpaksa, tapi cubalah ceriakan muka tu sikit." Sofea pula yang terlebih bersemangat. Senyum sampai ke telinga.

Lupa nak bagitau. Sofea dah discharge dua hari lepas. Tu pasal dia ligan je sekarang ni. Tak reti duduk diam. Hiperaktif. Doktor haritu tersalah cucuk gula kut.

"Kau nak ganti tempat aku tak?" Otak Hannah mula ligat memikirkan rancangan gila untuk dia melepaskan diri. "Kau ni janganlah nak main-main. Kau tak kesian dekat abah kau ke kalau kau buat macam ni. Diakan ada sakit jantung." Bahu Hannah ditampar kuat. Buat perangai gila memang ada yang jadi mangsa selaman percuma kedalam kolam belakang rumah cik Memon Andalus. Sebab apa Andalus? Andalus sebab dia belum kahwin lagi daa. Ermm bahasa baiknya, anak dara lanjut usia.

Ahaks.

"Alah Fea, taknak ke? Anak orang kaya tu. Baru balik buat Masters dekat Manchester katanya." Memang patut kena tembak dengan senapang gajah si Hannah ni. Ada ke bakal tunang sendiri dia pergi promote dekat orang lain. Apa dia ingat tu anak cacing ke? Anak oranglah!

Lagi pulak, beberapa minit je lagi pihak lelaki sampai!

Tempah nama sendiri atas batu nisan namanya tu.

"Kau nak kena lesing ke? Aku lempang laju-laju satgi. Baru padan muka." Jeda. "Lagi pulak, aku dah ada abang hero aku sendiri." sambung Sofea tersipu-sipu. Pipinya memerah tanpa disuruh. Jari-jemarinya turut berkait antara satu sama lain. Bibir juga digigit perlahan.

Amboi gatalnya!

"Kau nak aku tolong garu tak?"

"Pasal apa pulak?"

"Laa dah aku tengok kau macam gatal sangat je. Mungkin kau perlukan khidmat aku nak garukan."

Pap!

Bahu Hannah ditampar kuat. Pedih ooo. Menyeringai Hannah kesakitan. Hish, apa dia ingat badan si Hannah tu span ke? Tu daginglah. Banyak lemak lagi. Hahaha.

"Sejak bila?"

"Hish kau ni. Dari tadi tanya soalan tergantung. Apa yang sejak bila ni?"

"Abang hero tulah. Tak cerita pun dekat aku. Macam nilah kawan." Hannah memeluk tubuh, lantas memanjangkan lagi muncung sedia ada. Nak panjang sangat buat apa cik Hannah oi?

"Bukan tak nak cerita, tapi aku pun tak kenal orangnya. Dia tinggalkan nota untuk aku. Your hero tulisnya. Aduh, boleh buat aku macam diawangan tahu tak. Sweetnya dia. Main tinggal-tinggal nota pulak." Sofea ketawa kecil. Alahai cover cunlah pulak. Cik abang hero kau tu takde dekat sinilah. Hannah membuat muka segaris. Lame.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now