BAB 4

10.7K 371 20
                                    

BAB 4

PINTU rumah dihempas kasar oleh Ethan. Adam yang sedang menonton televisyen terperanjat besar hingga mendaki dan mencangkung di atas sofa yang didudukinya. Ethan yang terlihat aksi spontan Adam, ketawa besar. Macamlah nak runtuh rumah ni dia hempas pintu tadi. Gempak je Adam ni. Konon terperanjat sangat.

"You ni kenapa sayang? Mengamuk tak tentu pasal. You jumpa Bandi Amuk ke dekat pasar tadi sampai mengamuk duk hempas pintu?"

"Bandi Amuk ke Bandi Gemuk ke, I tak kisah. Tapi yang penting sekarang ni I rasa macam nak hempuk kepala I dekat bantal. Geram sangat."

Adam berjalan mendekati Ethan yang meramas-ramas kepalanya sendiri. Tekanan perasaan. Kesian, kurang kasih sayang.

"Kenapa ni sayang? Siapa yang buat you geram sangat ni? Bagi je tahu I, nanti I sedekah dia dekat zoo buat bagi makan buaya. Okey?" Belakang tubuh Ethan diusap penuh kelembutan. Sesuci kasih ibu, bak kata iklan sabun tu. Entah lupa sabun apa. Erm sabun ke? Entahlah labu.

"Someone dekat pasar tadi. Mulut dia tu, kalau boleh tanggal dah lama I tanggalkan. She is just like a creepy monster." Ethan dan Adam beriringan menuju ke sofa. Tubuh mereka dihempas disitu.

"She?" soal Adam. Ethan menarik nafas panjang. Dah ada bunyi macam jealous dah suara Adam tu. Nak jealous dengan perempuan? Buat apa? Buang karan je. Dahlah takrif elektrik naik, GST lagi. Apalah nasib.

"Aha, she. I rasa macam nak carik-carik je mulut suwei dia tu." Ethan menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Sofa yang didudukinya ditumbuk-tumbuk kuat, membayangkan sofa itu adalah gadis yang ditemuinya di pasar tadi.

Adam menarik senyuman senget. Dia tidak perlu risau perihal gadis itu kerana nampak sangat yang Ethan benci tahap nak letup belon guna gigi bila cakap pasal gadis yang ditemuinya di pasar tadi. Gadis kepochi mungkin. Ethan bukannya boleh sangat jumpa dengan orang yang terlampau mesra alam. Rasa macam nak menyelam dekat dekat tab mandi je.

"You senyum pulak. I tengah marah ni baby." Bahu Adam dihempuk Ethan. "Kalau macam ni cancellah candle light dinner dengan you. Kalau you nak, you bercandle light dinner dengan Bik Surti sajalah." Ha, sudah. Ethan merajuk. Siapa nak pujuk?

Ethan mencebik. Menyampah.

Adam menggaru kepalanya yang langsung tiada kutu. Pusing, macam mana cara nak pujuk orang tua merajuk ni? Bagi gula-gula? Dia gigit kau takpun dia telan kau hidup-hidup. Bagi bunga? Kau ingat dia apa? Budak perempuan manja yang tergedik-gedik tu ke? Memang sahlah tidak. Ethan lelaki tulen namun bernafsu songsang. Biseksual? Tak, gay sepenuhnya.

Dah tu, nak buat apa?

"Sayang, you tahu tak muka you so ugly kalau buat macam tu. Rasa macam nak gigit-gigit je bibir you tu. Takmo sedih-sedih lagi ya. I nak tengok you senyum, sebab senyuman you boleh buatkan hari-hari I ceria bak gula-gula. You're my soul. My soulmate. You're my love. My only one. You're everything for me Ethan Harraz. Only for me. Taknak sedih ya. Lupakan je minah tiga suku masak tu. Okey sayang?" Adam berbisik romantis ditepi telinga Ethan. Perlahan-lahan bibir Ethan mencorak senyuman indah.

"Merajuk lagi?" soal Adam nakal. Merajuk? Memang tak. Kalau masih lagi merajuk kenapa senyum meleret. Saja je tu nak bermanja kasih. Kalau dah Ethan namanya memang lagak orang tak akil baligh lagi.

Dia, Limited Edition! [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant