45 // Mimpi Ngeri

2.3K 71 22
                                    

"You really have no idea how much I love this, Lin. Rasa macam tak nak balik," ujar Afiq yang sedang tersenyum lebar sambil khusyuk melihat pemandangan indah Derwentwater Lake di hadapannya. Cuaca yang semakin sejuk sedikit pun tidak membuatkan Afiq patah semangat untuk terus menawan bumi Keswick itu. Malah, dia juga berkata yang dia takkan balik sama sekali selagi dia tidak puas meronda jajahan Cumbria itu.

Adlina sekadar tersenyum nipis tatkala mendengar Afiq berkata begitu. Sejujurnya, dia juga berasa begitu saat pertama kali dia menjejakkan kaki ke Cumbria. Bandar yang sememangnya terkenal dengan ketenangan dan masih mengekalkan ciri tradisionalnya tidak membuatkan Adlina mengambil masa lama untuk jatuh cinta. Oleh sebab itu, Adlina tidak pernah melepaskan peluang untuk datang ke Keswick setiap kali dia mempunyai masa lapang. Ada kalanya bersama Nina, teman sebiliknya dan kadang-kala hanya berseorangan.

"Ni abang tengok time winter. You should see this place in spring or autumn season. Romantik teruk. Orang yang takde boyfriend serta-merta boleh jadi sendu tau," kata Adlina separuh sedih. Afiq terus memandang ke arah Adlina sambil ketawa terbahak-bahak.

"Seriously sendu? Adlina Haziqah, the ice queen sendu?!"

Adlina terus menarik muncung. "Eee betullah. Orang lain datang dengan partner masing-masing, yet Lin datang sini sorang je. Nina dahlah kadang-kadang tak nak ikut Lin. Dia kata bosan and lagi pilih nak lepak dalam bilik dan tidur. Benci tau,"

"Alolo. Tu lah jual mahal lagi. Abang dah tanya banyak kali nak suruh abang datang sini ke tak, Lin jual mahal. Kata tak payah. Tengok siapa sendu sorang,"

"Ada abang buat apa? Lin nak boyfriend okay," balas Adlina selamba. Afiq ternganga mendengar jawapan Adlina. Laju terus tangannya mencubit pipi Adlina sehingga gadis itu mengaduh kesakitan. Sudahlah cuaca sejuk sudah menyebabkan pipi Adlina menjadi kemerahan. Ditambah pula dengan cubitan Afiq.

Ewah!

"Abang boleh je jadi boyfriend Lin. Memilih sangat kenapa ni?"

"Eee tak nak lah. Nak orang lain please," Adlina jual mahal sambil mengangkat kaki dan berlalu menuju bangku yang disediakan di sekitar tasik itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas bangku itu dan memasukkan tangannya ke dalam kocek baju sejuk yang berisi pek panas. Adlina sememangnya tidak gemar memakai sarung tangan. Dia lebih rela bergantung kepada pek panas jika tangannya memerlukan sedikit haba panas.

Afiq ketawa lagi sambil menuruti jejak langkah Adlina. Namun, dia tidak pula segera duduk di sebelah Adlina. Malah, dia sekadar berdiri di hadapan gadis itu sehingga mengundang tanya tanya Adlina. Afiq tersenyum nipis sebelum dia membongkokkan badannya lalu melutut di hadapan Adlina.

Wait wait wait.

Jangan kata dia nak propose.

No.

Just no.

"Abang,"

Afiq merenung tepat ke mata Adlina dengan bibirnya yang masih lagi tidak lekang dengan senyuman manisnya. Wajah Adlina yang mulai berubah bagaikan ayam berak kapur membuatkan hatinya ketawa dalam diam. Afiq mula membuat gaya seperti ingin mengeluarkan sesuatu daripada kocek winter coat. Dan tatkala Adlina bagaikan mula dapat menangkap apa yang Afiq cuba lakukan selepas ini, dia terus menjerit dan menutup mukanya.

"Abang! Stop!"

Keadaan yang menjadi hening seketika dan Afiq juga terikut membisu memaksa Adlina mengintai dari celah jarinya. Dia dapat melihat bayangan Afiq yang seperti menunduk di hadapannya. Dihambat dengan rasa ingin tahu, Adlina terus mengalihkan tangannya dan cuba melihat apa sebenarnya yang dilakukan oleh Afiq sebelum dia menjadi kaku dan serta-merta mukanya merah padam menahan marah.

Me vs YouOnde as histórias ganham vida. Descobre agora