6 // Plan

3.5K 106 0
                                    

"Camne plan kau? Dah start belum?" tanya Nazihah ketika menelefon Adlina. Adlina menepuk dahinya. Terlupa pula dia tentang rancangan jahatnya terhadap Aqash. Aduh. Dia mengerling ke arah jam dindingnya. Pukul 10.30 malam. Mesti Aqash tengah tunggu call.

​Rancangannya untuk mengenakan Aqash nampak gayanya terpaksa ditangguh. Adlina sebenarnya ingin meletakkan nombor telefon Aqash di mana-mana tandas awam dan tandas sekolahnya. Kemudian, sudah pasti perempuan-perempuan yang perangai macam babun tu, konon die hard fans call, mesej Aqash.

Memikirkan tu semua, Adlina tergelak kecil. Nama pun buaya kan. Takkan nak simpan je nombor telefon tu je kot. Aqash bertuah sebab aku tolong dia. Tolong sebarkan nombor dia, bisik hatinya nakal.

​"Woi! Aku cakap sorang-sorang ke? Ke kau dah tidur? Aduh, orang tanya dia, dia boleh pulak berangan. Pastu gelak. Dahlah kredit aku nazak," rungut Nazihah. Kadang-kadang dia tidak faham dengan sikap Adlina yang suka berangan.

Berangan tu pula bukan sekejap. Ada kalanya sampai sejam!

​"Haha. Sorry beb! Plan tu ya, hmmm. Belum lagi. Aku lupalah. Balik je tadi, aku terus tidur. Bangun-bangun dah pukul 8. Tapi kau jangan risau. Plan tu aku still nak buat. Kau tolong aku ya," terang Adlina sambil tersengih. Nazihah merengus kasar.

​"Takpe ke kita buat macam ni?" Nazihah mula risau.

​"Jangan risaulah. Ni Adi. Semua pasti beres," Adlina cuba untuk menyakinkan temannya. Berbanding dirinya, Nazihah lebih takut dan tidak berani membuat perkara yang salah. Mungkin disebabkan faktor memegang jawatan ketua pengawas.

Hai Nazihah, kalau aku tahu, aku tak bagi kau jadi ketua pengawas. Ceh, macam guru disiplin pulak aku. Adlina ketawakan diri sendirinya.

​"Sure?"

​"Yelah Timah! Kau relaks je. Kalau si kambing tu nak marah lepas dia dapat tahu sape yang sebarkan nombor dia, I won't include you in this matter. Okay?" lembut suara Adlina menuturkannya. Sejuk hati Nazihah mendengarnya.

​"But be careful weh. Aku tak nak jadi apa-apa kat kau,"

​"Sayang jugak kau kat aku eh," usik Adlina.

Nazihah ketawa kecil. Gila tak sayang! Adlina kawan rapatnya yang paling terbaik kalau nak dibandingkan dengan dua ekor monyet tu lagi, Adam dan Danial. Segala masalah dia akan ceritakan pada Adlina. Walaupun ada kalanya Adlina tidak dapat membantu dan suka membuat lawak bodohnya ketika sesi 'meluahkan perasaan', namun kepercayaannya kepada Adlina takkan berubah. Adlina pendengar yang baik. Baginya, segala masalah akan hilang apabila melihat senyuman manis Adlina. Sejuk terus hatinya.

​"Perasan," Nazihah mencebikkan bibir. Enggan mengakui perkara sebenar. Adlina tersenyum nipis.

​"Eh, aku rasa kan si Aqash tu dah start ada feel kat kaulah, Adi. Ada tengok tak FB dia?" sambung Nazihah. Dia yang pada ketika itu sedang melayari internet, membuka profil Aqash. Tertera statusnya yang terbaru.

Bukan senang nak miliki hati perempuan tu. Tapi aku akan berusaha. The good 1, dia dah mintak nombor aku. Okay la kan ? xoxo

​"Halaaa si babun tu. Dia tulis apa?" soal Adlina malas.

​"Kau ni... Bukan kau pun tengah online ke? Buka jelah profile dia, tengok," jerkah Nazihah. Adlina tersengih busuk. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada komputer ribanya dan menaip 'Aqash Hizami Lee'. Setelah klik, tertera gambar dan profile Facebooknya. Melihat gambar Aqash, Adlina mencebikkan bibirnya. Kambing yang suka perasan macam ni lah gayanya, kutuknya di dalam hati apabila melihat gambar Aqash yang persis model.

Me vs YouDonde viven las historias. Descúbrelo ahora