13 // Call

2.5K 79 2
                                    

Adlina mengerutkan dahinya selepas melihat perkataan SAYANG di skrin telefon bimbitnya. 'Sayang' itu menelefonnya. Adlina berkira-kira mahu mengangkat atau sebaliknya. Dia mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 11.45 malam.

Dah lewat malam dah. Siapa ni? Arwah Akmal pun aku tak letak nama sayang kat handphone, bisik hatinya geram. Bunyi irama rancak lagu Smile nyanyian Avril Lavigne yang dijadikan sebagai nada dering mati selepas dia tidak mengangkatnya.

​Adlina melihat nombor yang disimpan dengan nama 'sayang' itu. Pelik. Dia tidak mengenali langsung nombor itu yang ternyata asing baginya. Hantu ke yang save? Tiba-tiba, telefon bimbit Nokia C7nya berdering kembali. Adlina berdehem kecil sebelum menekan butang hijau. Dia telah bersiap sedia untuk menghambur kata-kata 'cantiknya'.

Kau memang cari nahas ni.. Salah oranglah bro.

​"Sayang?" perlahan suaranya sewaktu dia menyebut nama pemanggil yang tidak dikenalinya itu. Di sebelah sana, dia dapat mendengar dengan jelas suara itu sedang galak mentertawakannya.

​"Ya sayang. Amboi, lembutnya suara. Kenal tak ni siapa?" soal suara itu. Nada mesra yang digunakan oleh pemilik suara terbabit ternyata menaikkan amarah Adlina. Wah cari pasal ni! Adlina pantas menggelengkan kepalanya. Eh Adi, orang tu tak nampak kaulah.

​"Tak. Ni siapa?" soalnya.

​"Sayang you lah," jawapan yang diberikan oleh suara itu semakin menyakitkan hatinya. Budak ni, memang nak kena.

​"Hoi setan! Kepala otak kaulah selamba ayam je cakap aku ni sayang kau. Ada share ke? Kau pun aku tak kenal, ada hati nak jadi sayang aku. Suara macam kambing. Kau ni siapa hah? Baik kau cakap cepat. Kalau tak, aku letak," ugutnya geram. Ha, nak jadi sayang aku sangat kan. Ambil sebijik!

​Tersentak Aqash mendengarnya. Mak datuk! Sentap aku dengar. Cuba kalau tok nek kat kampung dengar, mesti reject jadi menantu, hati Aqash berkata.

​"Adi...," lembut suara itu memanggilnya. Terkedu Adlina seketika. Takkanlah...

​"Ni Qash la," tambah suara itu lagi. Adlina kaget! Dia menampar kuat pipinya. Pang! Satu jeritan kecil keluar dari mulutnya. Sakitnyaa...

​"Adi, are you okay sayang?" tanya Aqash risau. Apa kena dengan dia ni, tiba-tiba menjerit je. Adlina menarik nafas panjang dan memegang lembut pipinya. Bodoh betul aku ni, katanya perlahan.

​"Jangan panggil aku sayanglah. Aku tak suka. Pergi panggil perempuan lain macam tu," katanya kasar. Aqash tersenyum.

​"Tapi aku suka,"

​"So, what? Tu masalah kaulah. Bukan masalah aku,"

​"Kau tengah buat apa? Bosanlah," ujar Aqash sambil memerhatikan bintang-bintang yang berkerlipan di langit dengan harapan Adlina mengikut rentak topik perbualannya.

Ini kalau kena maki lagi ni, ada jugak yang menangis hiba tepi dinding bilik kang.

​"Tengah cakap dengan kambing," balas Adlina selamba.

​"Kambing?" soal Aqash pelik.

​"Haah,"

​"Janganlah kejam sangat panggil aku kambing. Kau tak suka eh aku call kau? Takpelah," sayu sahaja suara Aqash berkata sebegitu. Hati Adlina mula dijentik perasaan bersalah. Hai Adi, sejak bila kau ada perasaan simpati dekat kambing ni.

​"Aku tengah tengok langit juga ni ha. Nampak macam nak hujan je. Dahlah sejuk," kata Adlina dengan harapan Aqash tidak merajuk. Gedik betul nak kena slow talk bagai. Dia sebenarnya tidak selesa untuk berbual dengan lelaki yang menganggu fikirannya sejak semalam. Dia tahu dalam diam lelaki itu menyukainya. Tetapi itu cuma firasatnya. Bagaimana pula jika Aqash hanya ingin berkawan sahaja? Aku ke yang kuat perasan?

Me vs YouWhere stories live. Discover now