42 // Buku Baru

1.7K 65 10
                                    

Afiq Hazlami Lee bin Amrizi Lee.

Apa jadah mamat ni dekat sini?

Atau lebih tepat, kenapa dia boleh ada kat rumah abang Akmal?

Just why?

Afiq tersenyum simpul sambil memandang ke arah wajah resah Adlina. Muka gadis cantik itu kelihatan sedikit pucat. Ligat pula dia bermain dengan jari runcingnya, cuba untuk mententeramkan hatinya barangkali. Dia sendiri terkejut separuh mati tatkala melihat susuk tubuh gadis itu di sini, di kampung halaman arwah kawan baiknya. Dia menggosok matanya beberapa kali, cuba untuk menyakinkan bahawa gadis yang berada di hadapannya ialah orang lain, bukan Adlina yang hilang sejak beberapa bulan lepas dan hampir sahaja dia berputus asa selepas gagal mencarinya.

Dan sekarang, ternyata doanya terjawab. Adlina masih berada di sini. Risau juga dia sekiranya Adlina sudah menghilangkan dirinya ke negara orang tanpa khabar.

"Lin tak suka ke jumpa abang kat sini?" soalan Afiq memecahkan kesunyian mereka. Dengan pantas, Adlina menoleh ke arah wajah Afiq yang tampak tenang. Afiq masih kelihatan tampan meskipun dahi dan bajunya basah dek peluh. Barangkali Afiq menolong para lelaki yang sibuk memasak lauk di belakang.

"Tak. Bukan tak suka. Ish. Terkejut je," katanya separa gugup. Dia cuba tersenyum namun gagal.

Apahal rasa awkward gila ni? Baru berapa bulan tak jumpa..

Kata-kata Adlina mengundang hilai tawa dari mulut Afiq. Adlina mengerutkan dahinya. Matanya masih disajikan dengan raut wajah Afiq yang nampak gembira.

Entah apa benda yang funny sangat pun aku tak tahu. Mudah terhibur ke apa mamat ni?

"I miss you so much, Lin," luah Afiq. Dengan bersahaja, tangan kanannya bermain dengan rambut panjang Adlina. Digosok lembut rambut gadis itu beberapa kali. Adlina kaku untuk seketika tatkala Afiq berperangai sebegitu. Namun, tidak pulak dia menegahnya. Dia cuma..

Membiarkannya sebegitu buat seketika waktu.

Afiq tersenyum saat tangannya berhenti menggosok rambut Adlina sebelum mengalihkannya. Pandangan matanya yang disajikan dengan wajah Adlina sejak dari tadi dialihkan ke arah halaman rumah itu yang masih kelihatan sibuk meskipun warna langit sudah berubah sedikit demi sedikit. Kanak-kanak masih juga rancak bermain tanpa mempedulikan jeritan ibu bapa mereka yang menyuruh mereka balik terlebih dahulu.

Adlina memberanikan diri untuk bertanya kepada Afiq tentang sesuatu yang menggangu fikirannya sejak dari tadi sewaktu dia melihat Afiq pertama kali di sini.

"Abang buat apa kat sini? Abang kenal abang Akmal ke?"

Afiq menoleh terus ke arah Adlina yang nampak keliru. Dia tersenyum nipis.

"Abang mimpi Lin ada kat sini semalam. Tu yang pagi tadi, terus pecut datang Kedah cari Lin. Tak sangka betul pulak,"

"Pandai pulak mimpi abang tu teka Lin kat Kedah. Kemain siap bagi nama negeri siap-siap. Eee abang ni. Seriuslah! Main-main je kerja dia tau," Adlina menarik muncung. Ketawa kecil Afiq membuatkan muncungnya bertambah panjang.

"Haaa, muncunglah muncung. Abang suruh itik Auntie Azie kiss Lin baru tahu," seloroh Afiq.

"Abang!"

Bertambah besar ketawa Afiq selepas mendengar jeritan kecil Adlina. "Then, how bout you? What are you doing here?"

Senyap.

"Lin kenal arwah?"

Adlina mengetap lembut bibirnya sebelum mengangguk perlahan. "Abang? Abang kenal abang Akmal?"

Me vs YouWhere stories live. Discover now