31 // Kebenaran

2K 72 4
                                    

Adhia merenung wajah Suraya yang tampak lemah dan tidak bermaya. Pucat. Hilang seri terus pada wajah yang selama ini kononnya cantik pada pandangan papanya. Pandangannya beralih pula kepada Mak Dah yang sedang membetulkan selimut di atas katil Suraya. Wanita itulah yang banyak bersusah payah menjaga Suraya ketika berpantang. Makan minum dan kerja mengurut semua diserahkan kepada Mak Dah. Memandangkan Suraya sudah kehilangan ibu bapanya, dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan ketika ini.

Mak Dah mengambil mangkuk berisi bubur nasi untuk disuapkan kepada isteri majikannya. Ikutkan rasa hati, dia tidak mahu menolong wanita yang sedang terbaring lemah di hadapannya sekarang. Perangai Suraya yang melampau membuatkan adakalanya dia membenci tatkala dia memerhatikan wajahnya.

Harap sahaja cantik, tetapi buruk perangai. Curang pada suami.

​Namun, apakan daya. Dia sedar statusnya di rumah ini. Dia cuma seorang pembantu rumah yang makan gaji buta. Apabila disuruh melakukan sesuatu, dia perlu melaksanakannya.

​"Mak Dah, biar Dhia suap kat Mama Su ni," ujarnya sambil menghulurkan tangan, meminta mangkuk bubur nasi.

​"Takpe ke?"

​Adhia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Betul. Mak Dah pun tak masak lagi kan? Pergilah. Dhia lapar ni. Kalau tunggu Mak Dah suap perempuan ni, alamak tak makanlah Dhia tengah hari ni," selamba sahaja Adhia berkata.

​"Tapi, papa Dhia...,"

​"It's okay, Mak Dah. You may go now," pintas Adhia.

Dia tahu papanya tidak membenarkan dia mendekati Suraya lagi sejak perempuan itu keguguran. Namun Adhia tidak peduli. Lagipun, papanya bukan berada di sini pun sekarang. Papanya bekerja.

​"Baiklah. Nah, ambil ni. Lepas siap, panggil Mak Dah eh. Mak Dah nak bagi Datin makan ubat," Mak Dah menghulurkan mangkuk berisi bubur nasi kepada Adhia. Adhia sekadar mengangguk. Selepas memastikan keadaan Suraya selesa, Mak Dah keluar dari bilik tersebut dengan perasaan bercampur baur.

​Ya ALLAH, minta-mintalah si Adhia ni tak buat apa-apa dah. Kan tak pasal-pasal aku pulak yang kena, doanya perlahan. Perlahan-lahan, pintu bilik itu ditutup.

​Adhia mengacau bubur nasi itu sambil matanya asyik menatap wajah Suraya. Selepas Mak Dah mengurut wanita itu hampir sejam, Suraya terlelap seketika. Entah kenapa bila dia memandang wajah itu, hatinya merasa sakit. Seolah-olah Surayalah yang menjadi penyebab semua ini terjadi. Punca ibunya mati dan papanya berubah.

​Dengan kasar, dia mengejutkan Suraya. Terkejut besar Suraya seketika apabila tidurnya terganggu. Berang dia jadinya apabila melihat Adhia sedang duduk di tepi katilnya sambil memegang sebiji mangkuk. Senyuman sinis Adhia membuatkan dia sedikit gentar. Apa pula rancangan anak tirinya pada kali ini?

​"Kau.. Kau nak apa lagi? Keluar!" jerkah Suraya kuat. Senyuman Adhia makin lebar.

​"Dhia just nak suap Mama Su. Mama Su kan tengah sakit. Baru lepas gugur," ujarnya sinis. Suraya mengetap bibirnya geram.

​"Tak payah! Kau letak je mangkuk tu kat situ. Pandai-pandailah aku makan kejap lagi!"

​"It's okay, Mama Su. In fact, I'm so glad I can help you,"

​Suraya memandang tajam ke arah Adhia yang jelas tidak gentar. Malah, gadis itu nampak bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Gara-gara dia, Suraya kehilangan anaknya. Hancur segala harapan dan peluangnya untuk mengaut kemewahan dengan menggunakan anak itu pada masa hadapan. Tetapi, Suraya tetap bersyukur dengan apa yang terjadi. Ternyata anak yang dikandungnya itu bukan anak suaminya, tetapi anak Farid. Teman lelakinya. Perkara ini dia tahu selepas kejadian gugur itu berlaku. Kebetulan doktor yang memantau keadaannya pada saat itu merupakan kawan lamanya ketika di bangku sekolah. Pada Doktor Manisah, dia meminta tolong. Mujurlah kawan lamanya itu bersetuju tanpa bertanya lanjut. Selepas mengetahui keputusannya, Suraya langsung tidak terkejut mendengarnya kerana dia sendiri sudah pasti anak itu anaknya dan Farid.

Me vs YouNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ