29 // Rahsia

1.9K 69 4
                                    

Adlina membuat muka bosannya sambil menguyah bertihan jagung di dalam mangkuk yang dipegangnya. Nazihah yang sedang menangis gara-gara sedih melihat babak dalam drama Korea, Secret Garden membuatkannya dia geram.

Dia menoleh sekilas ke arah televisyen di hadapannya. Babak yang menyaksikan air mata Hyun Bin jatuh ketika menulis surat kepada wanita yang dicintainya membuatkan dia hairan.

​"Kenapa dia menangis?" soalnya sekadar berbasa basi. Nazihah tidak mempedulikannya dan mengambil sehelai tisu untuk mengelap air matanya. Drama bersiri Korea ini memang sudah acap kali ditontonnya. Tetapi entah mengapa sukar untuknya mengawal perasaan sedihnya biarpun sudah berulang kali dia menyaksikan babak tersebut.

​"Awek dia mati eh?" tanya Adlina lagi. Nazihah sekadar menggelengkan kepalanya. Sedikit sebanyak pertanyaan Adlina menganggu perhatiannya.

​Adlina mula bosan apabila pandangan Nazihah hanya tertumpu pada televisyen itu sahaja.

​Baik tak payah ajak lepak kat rumah kalau setakat nak ajak aku join dia tengok cerita ni, desis hatinya geram.

​Wajah Nazihah yang sedikit sembab itu membuatkan Adlina menarik nafas. Ah, dia betul-betul tidak mengerti. Kalau dah tahu cerita ni sedih, duk tengok apa benda lagi? Kan membazir air mata tu. Ish ish. Nasib baik aku tak cengeng, fikirnya.

​Tiba-tiba, Adlina mendapat idea. Bibirnya menguntum senyuman nakal.

​"Aku tahu!" laungnya kuat. Tersentak Nazihah dibuatnya. Berkerut dahi gadis itu melihat telatah temannya yang agak keriangan pada ketika itu.

​Buang tabiat ke minah ni? Soalnya perlahan.

​"Apa yang kau tahu?" Nazihah bertanya selepas berdehem kecil, membetulkan suaranya yang agak sedikit keserakkan. Bertambah pelik apabila dia melihat senyuman Adlina semakin melebar.

​"Mesti mamat ni menangis sebab dapat tahu girlfriend dia lesbian kan. Ish ish. Tak patut betullah perempuan tu. Dapat mamat handsome pun, nak jadi lesbo lagi," katanya sambil menggelengkan kepalanya. Wajahnya juga terikut beremosi.

​Terbeliak mata Nazihah serta merta selepas mendengar kata-kata Adlina. Dengan pantas, tangannya mencapai sebiji bantal kecil untuk dilemparkan kepada Adlina yang sudah ketawa berdekah-dekah.

​"Teruklah kau Adi!" jerkah Nazihah. Adlina menekan perutnya. Sungguh, dia tidak dapat menahan perasaan geli hatinya pada waktu ini. Hampir sahaja air matanya keluar. Nazihah yang pada mulanya bengang, akhirnya terikut ketawa juga akhirnya. Kepala Adlina memang gila-gila. Tidak mustahillah jika setiap kali dia bersama dengan gadis itu, ketawanya akan kedengaran.

​"Kaulah! Aku dapat cuti sehari seminggu je. Kalau ikutkan aku, aku bantai tidur je kat rumah tu. Tapi bila kau ajak lepak, aku sanggup datang. Tup tup, kau sibuk duk feel tengok mamat korea ni. Cis! Buang masa aku je," bebel Adlina geram.
​Nazihah tersengih busuk. Silap aku jugak, hatinya mengakui.

​"Alala, merajuk ke? Nak aku call Qash suruh pujuk kau," ejek Nazihah sambil membuat gaya mengada-ada. Adlina menjengilkan matanya. Dengan selambanya dia menolak kepala Nazihah.

​"Woi! Selamba bin badak je kau tolak kepala aku!" marah Nazihah. Adlina menjungkit bahunya sambil tersenyum.

​"Eh, result STPM keluar bila?"

​"Semalam aku check kat internet, ada yang cakap awal bulan depan. Tapi tak tahu betul ke tak. Biasalah. Internet ni bukan boleh percaya sangat. Merepek je lebih," jawab Nazihah sambil menarik muncung.

​"Kau tau Naz, bila kau buat gaya tadi, sebijik macam kambing,"

​Nazihah ketawa besar. Bukan disebabkan Adlina berkata sebegitu. Tetapi disebabkan riak wajah Adlina yang kelihatan bersungguh-sungguh sewaktu menuturkannya.

Me vs YouWhere stories live. Discover now