36 // Air mata

2.1K 82 10
                                    

Menggigil tangan Adlina sewaktu memegang stereng keretanya. Air mata yang membasahi dan semakin mencurah keluar pantas disekanya. Kunci yang berada di tangannya sejak dari tadi diacuhkan pada tempat sepatutnya akhirnya jatuh. Adlina mengambilnya namun dia kaku seketika. Manik-manik jernih kembali membasahi pipinya.

Figura Aqash dan Adhia yang dilihatnya sebentar tadi seolah-olah melekat di kotak fikirannya. Tanpa Adlina sedari, satu jeritan kuat terluah dari bibirnya dan diiringi esak tangis yang semakin menggila. Bergema kereta Toyota Vios itu untuk seketika. Beberapa kali dia menghentak tangannya pada stereng kereta sehinggakan tangannya yang putih mulus bertukar merah. Akhirnya, dia bersandar di kerusi sambil menekup mukanya.

Tergamak Aqash memperlakukannya sebegini. Untuk apa dia memanggil Adlina ke situ jika sekadar untuk menunjukkan dosa yang dilakukan olehnya dan Adhia. Pada saat ini, Adlina mula menyalahkan dirinya. Menyalahkan dirinya kerana terlalu mempercayai setiap kata-kata Aqash di mana Aqash berjanji untuk tidak mengkhianatinya. Dia merasakan dia telah membuat satu keputusan yang paling bodoh dan salah selepas menerima lelaki itu masuk ke dalam hidupnya.

Aqash terus meluru keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Fikirannya cuma satu. Adlina! Dia perlu menjelaskan segala-galanya sebelum gadis itu pergi dan membuat tanggapan yang salah. Adlina mengangkat kaki keluar dari apartmentnya sebelum dia sempat menjelaskan apa-apa. Ternyata gadis itu terluka. Tidak. Dia perlu berjumpa dengan Adlina.

Adhia sudah mendapat hadiahnya di mana Aqash telah mengheretnya keluar dari apartment itu dan dibiarkan bersandar di dinding luar rumahnya. Penampilan Adhia yang seperti separuh bogel dan menangis teresak-esak tidak dipedulikan. Gara-gara Adhia, semuanya berentakkan. Kisah indahnya dan Adlina yang baru bermula bagaikan sudah tiba ke penghujungnya.

Tak tak. Aku kena selesaikan semua salah faham ni! Aku tak nak hilang dia.

​"Nampak perempuan menangis...," belum sempat Aqash habis berkata, Azad terus menunjukkan ke arah kereta Toyota Vios yang di parking di luar kawasan apartment itu. Aqash terus berlalu dan mendapatkan kereta Adlina meskipun hatinya sarat dengan pertanyaan.

​"Adi, bukak pintu ni sayang. Please, I need to explain all this shit things to you," rayu Aqash sambil mengetuk cermin kereta itu. Walau bagaimanapun, Adlina masih lagi diam. Bahunya kelihatan terenjut-enjut mengikut rentak tangisannya dengan kedua-dua belah tangan masih menutupi mukanya.

​"Sayang, please. It's not like what you think. I'm begging to you. So fucking begging right now. Bukak pintu kereta ni dan Qash akan terangkan semuanya," kali ini suara Aqash melirih sayu. Air matanya mula bergenang. Ah, persetankan semua ini! Dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kepercayaan Adlina kembali. Dia belum rela melepaskan gadis itu pergi.

Bagaikan suatu keajaiban telah berlaku. Adlina membuka pintu keretanya dan keluar. Matanya yang merah bertentangan dengan mata sayu Aqash. Dalam hati, Aqash sempat lagi memanjatkan rasa syukurnya kepada ILAHI kerana...

Pangggggg!

​Terkedu Aqash selepas menerima tamparan yang tidak diduga daripada Adlina. Spontan, tangannya memegang pipi kanannya yang merah. Adlina dilihat sedang mengetap bibir.

​"Adi...,"

​"Dengar apa yang aku nak cakap ni. I don't wish to say it twice, Encik Aqash Hizami Lee," lantang suara Adlina berkata. Beberapa pasang mata yang menyaksikan 'drama' mereka tidak dipedulikan.

Pergi mampos. Mereka tak rasa apa yang aku rasa, getusnya.

​"Look. I can explain. Please let me," pujuk Aqash lembut. Berharap agar Adlina sudi mendengar. Tetapi harapannya musnah. Adlina menekup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya. Aqash bungkam. Saat ini, dia sudah tidak mampu berfikir dengan baik lagi. Mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Adlina mungkin dapat melegakan hatinya. Mungkin.

Me vs YouWhere stories live. Discover now