7 // Kisah Ting. 6

3.4K 106 2
                                    

"Guys, I need your attention please," jerit Aqash sewaktu berdiri di hadapan kawan-kawan sekelasnya. Spontan, pelajar-pelajar tingkatan 6 Anggun itu memandang tepat ke arah Aqash. Aqash tersenyum simpul melihat rakan-rakannya. Adlina yang pada mulanya memandang ke arah Aqash mengalihkan pandangannya ke arah padang sekolah.

Daripada tengok muka kambing, baik tengok padang sekolah, kutuknya geram.

​Aqash melihat setiap wajah di hadapannya sebelum pandangannya terhenti ke arah wajah Adlina. Dia perasan Adlina seorang sahaja yang tidak memandangnya.

​"Adlina Haziqah Ahmad Saifullah, may I get your attention please?" pinta Aqash kepada Adlina. Adlina menoleh ke arah Aqash yang tersenyum manis.

Manis bagi mereka yang lain, buruk baginya! Hoish!

​"Thank you," kata Aqash sambil mengeyitkan matanya. Adlina mencebikkan bibirnya. Nasib kau memang baik. Memandangkan budak-budak aku tengah jalankan plan aku, so terpaksalah aku berbaik dengan kau. Lepas ni, kau tahulah nasib kau. Adlina tersenyum memikirkan rancangan jahatnya untuk mengenakan Aqash. Terserlah kedua-dua lesung pipit di kedua-dua belah pipi gadis itu. Aqash terpaku seketika.

​"Kau nak apa weh?" tanya Hazim, ketua tingkatan 6 Anggun. Mereka yang lain mengangguk sahaja. Aqash tersenyum penuh makna.

​"Korang tahukan hari ni cikgu baru kita yang ganti tempat Cikgu Jenab mula mengajar?" soalnya pada kelas. Serentak, mereka semua mengangguk lagi.

​"So?" tanya Afifah yang tidak dapat menangkap maksud soalan Aqash.

​"Aku perlukan pertolongan korang semua," kata Aqash yang masih tersenyum. Diperhatikan muka kawan-kawannya yang jelas tampak hairan dengan perangainya. Ada yang menjungkit bahu, ada yang mula tidak berpuas hati dan ada juga yang mula tidak mempedulikannya.

​Afiq Hazlami Lee, kau akan menyesal lepas masuk kelas ni, bisik hatinya.

*****

Afiq tersenyum manis ketika berjumpa dengan pengetua sekolah, Encik Hafiz. Mereka bersalaman sambil berbual ringkas. Encik Hafiz meminta Afiq mengikutnya ke pejabat sekolah. Sepanjang perjalanan, Afiq sedar banyak mata yang memandangnya. Kebanyakan pelajar perempuan tersenyum ketika melihatnya. Ada jugak yang mula bersikap tergedik-gedik. Afiq membalasnya bersahaja.

Relaks, Fiq. Relaks. Bebudak je semua ni.

​"Hai cikgu. Baru hari pertama kat sekolah, dah ada mata-mata yang memandang," usik Encik Hafiz. Afiq ketawa kecil. Ahh, dia ni. Memandai je.

​"Entahlah cikgu. Saya tak tahulah mereka tengok saya ke, tengok cikgu," ujar Afiq berbasa-basi. Ketika sampai di pejabat, Encik Hafiz mempersilakannya duduk.

​"Jadi, macam mana? Apa pandangan cikgu mengenai sekolah ini?" soal Encik Hafiz.

​Afiq tersenyum. "Bagi saya, okaylah. Lagipun nama Gillian High School memang popular sejak dari dahulu hingga sekarang. Saya ada juga mengikuti perkembangan sekolah ni dari semasa ke semasa. Saya juga tahu sekolah ni terkenal dengan para pelajar yang selalu mendapat keputusan cemerlang dan kehebatan murid dalam kokurikulum," jawab Afiq tersenyum. Encik Hafiz tersenyum bangga. Dia merasakan bahawa dia telah berjaya mengharumkan nama sekolahnya. Tidak sia-sia usahanya selama ini.

​"Cikgu terlalu memuji," Encik Hafiz merendah diri. Pantas Afiq menggelengkan kepalanya.

​"Tidak cikgu. Apa yang saya cakap ni memang ikhlas daripada hati saya,"

​Encik Hafiz mengangguk. Suasana menjadi hening seketika. Encik Hafiz khusyuk membaca resume dan borang pengenalan diri yang diisi oleh Afiq sebentar tadi. Afiq pula mengambil peluang dengan melihat keadaan pejabat pengetua itu.

Me vs YouWhere stories live. Discover now