44 // Geram

1.1K 42 3
                                    

3 tahun kemudian.


Adlina menghempaskan punggungnya di atas katil bujang dengan muka masam. Buku-buku dan beg tangan dicampak juga di atas katil. Bibirnya sengaja dimuncungkan agar lelaki di hadapannya tahu yang dia benar-benar marah pada kali ini. Peluh yang membasahi dahinya gara-gara bergegas pulang ke rumah selepas mendapat berita ketibaan lelaki itu di sini tidak dipedulikannya. Dibiarkan saja peluh itu menitis, menuruni pipi mulusnya sehingga kering sendiri.

Ah. Kalau lelaki itu pula yang merajuk melihat sikapnya sebegini dingin sewaktu menyambut dirinya, biar saja. Adlina takkan mengalah pada kali ini!

Suka-suka hati je datang tak bagitahu. Datang lepas tu senyum kemain lebar ingat orang suka? Haa? Ingat handsome senyum macam tu?! Even handsome pun, ingat nak mengaku ke? Bebelnya geram di dalam hati.

"Hey. Seriously you're gonna ignore me like that?" soal lelaki itu sambil tertawa kecil menampakkan lesung pipit di pipinya. Adlina menjeling geram ke arahnya sebelum melemparkan semula pandangannya ke arah luar tingkap biliknya. Ringan sahaja tangannya ikut memeluk tubuhnya dan membiarkan sahaja soalan lelaki itu sepi tanpa jawapan.

Lelaki di hadapannya berterusan ketawa melihat tingkah laku Adlina. Comel betul. Dahlah tengah merajuk. Memang automatik semua jadi makin comel ke kalau tarik muncung?

Namun, tidak pula kata-kata itu terlepas dari bibirnya. Ini kalau cakap, mahu lagi ke depan muncung akak sorang ni, fikirnya geli hati.

"Oh hi, Lin. You're here. And... that's pretty fast. I thought you're going to the library this evening?" sapa Nina mesra sekali gus memecahkan kesunyian bilik itu sejak dari tadi. Entah dari mana gadis yang juga berasal dari Malaysia itu muncul dan memberi segelas air kepada lelaki tu.

Eh? Air?

"Kau dah jumpa dia ke?" soal Adlina dungu. Nina sekadar ketawa kecil. Diperhatikan lelaki kacak yang sedang minum air kosong yang diberinya dengan sekali teguk. Manis. Sejak berjumpa dari tadi, matanya tidak lekang daripada melihat wajah tenang lelaki itu. Tertanya-tanya hubungan sebenarnya dan Adlina. Seingatnya, tidak pernah pula dia mendengar perihal lelaki ini dari mulut Adlina.

Ah lupa. Adlina sememangnya terlalu berahsia dengan kisah hidupnya. Dibandingkan dengan dia, Adlina lebih gemar mendengar celoteh Nina berbanding bercerita tentang kisah hidupnya. Yang dia tahu cumalah Adlina hidup sebatang kara dan ibu bapanya meninggal gara-gara langgar lari. Selebihnya, Adlina memilih untuk mengunci mulutnya rapi. Enggan membuka cerita lama, katanya setiap kali Nina cuba mengorek kisah tentangnya. Dan dia pun akhirnya mengalah dan akur dengan keputusan Adlina yang memintanya tidak memaksanya untuk bercerita tentang apa-apa melainkan Adlina sendiri yang rela hati untuk membuka mulut.

"Mestilah dah. Aku jumpa dia kat depan pintu hall kita lepas balik tadi. Nampak macam blur semacam tu aku tegur nak cari siapa. Sekali dia kata nak cari kau. Eloklah aku bawa terus dia datang bilik kita ni,"

"Yang kau bagi dia naik sini buat apalah gila? Tinggal jelah kat dining room ke, apa ke," getus Adlina geram. Masih memilih untuk tidak melayan lelaki itu dan merajuk.

"Punyalah handsome macam ni kau nak biar aku tinggalkan dekat dining room? Buatnya minah salleh semua kerumun dia, sexual harass dia ke, tak ke kesian?" Nina mula membebel dan seperti biasa, Adlina cuma mendengar awal-awal bebelannya sahaja. Yang lain, ke lautlah.

"Oh that's interesting, young lady. Wait. You nak cakap I handsome ke ni?" soal lelaki itu kepada Nina sambil tersenyum penuh makna.

Serta-merta Nina jadi pendiam tatkala mendengar soalan itu. Mukanya juga turut merah padam menahan malu gara-gara lantang bersuara memuji lelaki itu begitu bersahaja.

Me vs YouOnde histórias criam vida. Descubra agora