25 // Permulaan

2.2K 69 6
                                    

Afiq memandang tenang wajah Datuk Amrizi yang kelihatan terkejut dengan keputusannya. Begitu juga dengan Datin Arisah.

Biarlah. Dia sudah nekad.

Dia tahu Datuk Amrizi tidak akan menolak permintaannya. Malah, papanya akan menyokong keputusannya 100%. Lagipun, bukankah selama ini Datuk Amrizi sendiri yang meminta dia berbuat sebegitu? Justeru itu, tidak ada sebab untuk lelaki itu marah dengan tindakan drastiknya.

​Datuk Amrizi bertukar pandangan dengan isterinya yang duduk di sebelah. Ternyata, Datin Arisah turut terkejut selepas mendengar kata-kata anak sulungnya. Akhirnya, dia mengeluh kecil selepas lama mendiamkan diri.

Pandangannya beralih pada Afiq semula. Perlahan-lahan, bibirnya menguntumkan senyuman.

​"Betul ni? Afiq tak menyesal?" Datuk Amrizi bertanya. Cuba untuk menguji keputusan Afiq. Afiq menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

​"Taklah papa. Fiq lagi rasa menyesal sebab sekarang baru Fiq ada kesedaran nak buat semua ni. Patutnya dari dulu lagi Fiq dengar cakap papa," jawabnya.

​Lega hati Datuk Amrizi mendengarnya. Dikerling sekilas wajah isterinya yang masih lagi kaku. Dia menepuk lembut bahu Datin Arisah. Bergetar sedikit tubuh badan wanita itu. Terkejut dengan sergahannya barangkali. Berkerut dahinya melihat sikap Datin Arisah itu.

​"Awak ni kenapa? Senyap je dari tadi," soalnya pelik. Datin Arisah mengeluh kecil.

​"Fiq dah fikir masak-masak?" Datin Arisah memandang tepat wajah anaknya itu. Afiq tersenyum lalu mengangguk yakin.

Sedikit sebanyak renungan mummynya membuatkan hati kecilnya mula berdegup kencang.

​"Awak tak suka ke dengan keputusan anak kita?" kendur suara Datuk Amrizi kedengaran. Datin Arisah yang terkesan dengan perubahan nada suara suaminya itu pantas menjawab.

​"Eh, taklah. Risah terkejut ke bang. Tiba-tiba je anak kita buat keputusan macam ni. Sekejap betul rasanya dia jadi cikgu. Tapi, saya sokong apa je keputusan dia kalau dia rasa ni yang terbaik," ujarnya sambil tersenyum.

Hambar.

Datuk Amrizi mengangguk. ​"Bila nak start masuk office? Tak sabar rasanya papa nak terima orang baru," Datuk Amrizi berwajah ceria.

​Sudah lama dia begitu menginginkan Afiq turut serta membantunya menguruskan syarikat yang dibina olehnya sejak 15 tahun lepas. Impian yang ditanam sejak Afiq memulakan pengajiannya di Universiti Malaya terkubur selepas mendapat tahu anaknya menukarkan kos perniagaan yang diperolehinya dengan kos pendidikan. Luluh hatinya apabila mendengar pengakuan Afiq pada ketika itu.

​Walau bagaimanapun, keputusan Afiq tetap dia hormati. Dia menerima seadanya. Tambahan pula, Afiq pernah berkata ini cuma untuk sementara waktu, bukan untuk selama-lamanya. Katanya hanya ingin sekadar mencuba nasib. Sampai satu saat nanti, pasti dia akan menerajui syarikat milik papanya juga.

​Dan kini, dia akui dia sebenarnya sedikit terkejut apabila mendengar keputusan Afiq walaupun seharusnya dia bergembira. Hairan juga dia. Afiq yang memulakan kariernya sebagai guru Pengajian Perniagaan di Gillian High School akan meletakkan jawatannya tidak lama lagi. Walhal, dia baru mengajar dalam tempoh kurang dua bulan. Dia cuba membuang rasa aneh yang bertamu di dalam hatinya.

​"Start awal tahun depan nanti la pa. Bagi Fiq rest dulu. Penat. Layan karenah budak-budak kat sekolah tu. Tension jugak," jawabnya sambil ketawa kecil.

​"Baguslah kalau macam tu. Terpulanglah dekat Fiq nak masuk bila. Pintu office tu sentiasa terbuka untuk Fiq," lembut suara Datuk Amrizi berkata.

Me vs YouWhere stories live. Discover now