4 // Nombor Telefon

4.1K 138 1
                                    

"Yang kau sebak sangat tu apahal? Cikgu Jenab pindah jelah. Bukannya mati pun. Aduh makcik ni... Sendu betul," kata Adam geram apabila melihat Nazihah yang tidak berhenti menangis selepas mendapat tahu cikgu kesayangannya akan berpindah ke Kelantan dan akan mula mengajar di sana pada hari Isnin ini. Cikgu Jenab yang mengajar mata pelajaran Pengajian Perniagaan itu memang baik orangnya. Tidak hairanlah jika ramai menangisi pemergiannya termasuk Nazihah. Sewaktu dia memberitahu mereka semua tentang berita itu pun, ramai pelajar termasuk lelaki menitiskan air matanya.

Over!

​Danial dan Adlina ketawa terbahak-bahak. Danial menambah lagi, "Entah kau ni. Lainlah kalau dia tu mak kau. Dia kena pindah kat Kelantan, kau ambil STPM kat sini. Sengal! Haha,"

​"Dahlah, tak payah nak nangis. Yang kau sedih sangat ni apahal?" soal Adlina lembut cuba menenangkan Nazihah. Si Adam dan Danial bukan nak pujuk, lagi kutuk adalah. Kang lagi meraung minah ni.

​Nazihah yang tersedu-sedu mengesat air matanya dengan belakang tapak tangannya itu.

​"Yelah. Dua tahun weh kita belajar dengan dia. Apa yang dia ajar senang je nak faham. STPM pun lagi dua bulan, baru nak tukar-tukar bagai. Bodoh betullah! Kalau aku tak dapat 4.00 untuk subjek Pengajian Peniagaan masa STPM betul-betul, aku nak buat mogok kat depan kementerian," ugut Nazihah bersungguh-sungguh.

​Adam, Danial dan Adlina yang pada mulanya khusyuk dengan cerita Nazihah, ketawa besar akhirnya. Budak kecil ni bercita-cita tinggi betullah. Badan dahlah macam budak tingkatan satu lagi. Ni nak cari gaduh pula?

​"Hoi! Rumah kau takde cermin eh? Cuba kau tengok badan kat depan cermin. Dahlah kecil! Macam budak form 1 tahu tak. Sekali dorang campak kau kat sungai, terus tak timbul kau tahu," tempelak Danial. Adam mengiyakan kata-kata Danial lalu membuat tepuk high-five dengannya.

​Nazihah mendengus geram. "Kau cakap baik-baik sikit. Kang kau tak makan nasi jap lagi kan,"

​"Oh ya? Takutnya. Mummy, I'm so scared! Nazihah wanna eat me," Danial membuat suara kendur dengan muka pura-pura takutnya. Hal ini membuatkan Nazihah bertambah bengang. Adam dan Adlina menjungkit bahu. Masak benar dengan perangai Nazihah dan Danial yang suka bergaduh.

​Walaupun kerap kali mereka bergaduh, namun tiket persahabatan yang telah mereka bina bermula 7 tahun lepas takkan terputus. Mereka berempat berkawan sejak tingkatan 1 lagi. Kebanyakan guru-guru yang mengajar juga sudah arif dengan perangai gila-gila mereka.

Adlina pelajar cemerlang yang selalu mengagumkan sekolah dengan keputusannya, Nazihah yang badannya kecil molek terkenal dengan ketegasannya sebagai ketua pengawas yang bersuara lantang dan Adam pemain bola sepak yang paling handal. Manakala Danial pula..

Entah. Macam takde bakat je mamat ni.

​Keempat-empat sahabat itu juga berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Adlina berjaya mendapat straight A's, Adam 8A 1B manakala Nazihah dan Danial hanya memperolehi 7A 2B. Mereka semua juga berjaya mendapat tempat di universiti-universiti awan namun ditolaknya. Kata mereka, diploma mengambil masa agak lama iaitu tiga tahun. Sedangkan jika mereka mengambil tingkatan 6, cuma dua tahun sahaja. Oleh itu, mereka berempat bersepakat untuk meneruskan pengajian di tingkatan 6.

Katakan tidak kepada matriks juga kerana malas nak berperang dengan otak secara berlebihan.

​"Yang kau pulak, haa. Kenapa mata kau bengkak?" soal Adam tiba-tiba.

Adlina sedikit tersentak. Aduh, buat penat je aku cover hari ni.  Ada jugak orang tanya.

​Adlina tersenyum kecil. "Aku tak cukup tidurlah. Penat. Semalam aku try baca buku Sejarah yang Asia Tenggara tu. Gila pening," ujarnya sambil ketawa kecil. Dia cuba untuk berbohong. Adam tersenyum. Cuba untuk mencari kebenaran disebalik wajah cantik Adlina namun gagal. Adlina tetap dengan muka selambanya.

Me vs YouWhere stories live. Discover now