41 // Berpisah

1.5K 65 2
                                    

"Flight pukul berapa kejap lagi?" soal Datuk Amrizi sambil menyuakan cawan berisi kopi pada mulutnya. Aqash yang sedang mengelamun panjang sedikit tersentak sebelum dia memandang ke arah papanya.

"Pukul 1,"jawabnya tenang.

"You sure you can do everything by your own? Tak nak papa dengan mummy tag along with you? I still can get last minute tickets if you want us to go with you," Datuk Amrizi menyoalnya serius. Berbanding Afiq, dia sedikit gusar apabila melibatkan hal berkaitan anak bongsunya. Sudahlah tidak pernah berpisah. Inikan pula membiarkan Aqash menguruskan perihal pendaftaran universitinya sendirian. Keputusan Aqash untuk pergi ke London seorang diri pun sudah cukup membuatkan dirinya terkejut.

Datin Arisah sekadar mendiamkan diri. Namun jauh di sudut hatinya, dia amat berharap Aqash akan berubah fikiran dan memintanya dan suaminya turut serta mengikutinya. Rasa sebak yang bertandang sejak mendapat tahu Aqash berjaya menempatkan diri sebagai pelajar di Lancaster University membuatkan dadanya rasa sesak yang teramat.

Aqash akan meninggalkan dirinya buat pertama kali.

Minggu ini dia lebih banyak mendiamkan diri dan sekadar menguruskan perihal barangan yang mahu dibawa Aqash ke sana. Itu pun sudah beberapa kali ditegah oleh anak bongsunya, cuba menyakinkannya bahawa dia boleh membuat segala-galanya. Entahlah. Dia dapat merasakan perangai Aqash berubah serta-merta selepas Adlina hilang tanpa khabar berita. Aqash yang ceria dan gemar mengusik berubah menjadi pendiam dan bercakap bila perlu sahaja. Masanya juga lebih banyak dihabiskan di dalam biliknya.

Aqash sekadar tersenyum hambar. "Nope. I won't change my mind. I'll be fine. Papa dengan mummy just stay here okay? I'll call you once Qash dah sampai. Qash dah besarlah.. Oh My God. I'm not a baby anymore. I can do this,"

"Hello? Just because you prepared everything by your own, doesn't mean you've grown up. Kat mata papa, mummy and Afiq, Qash still nampak macam budak okay," balas Datuk Amrizi bersahaja. Aqash mula menarik muncung selepas mendengar papanya berkata sebegitu. Pecah tawa Datuk Amrizi dan Datin Arisah melihatnya.

"Morning pa, mummy. And morning, kiddo. Ready for a new journey?" sapa Afiq yang baru tiba di meja makan. Beg bagasi yang ditariknya sejak dari tadi diletakkan bersebelahannya, mengundang rasa pelik ahli keluarganya.

"Where are you going?" tanya Aqash pelik.

Takkanlah dia ni follow aku...

Afiq membuat muka selamba. Tangannya lincah mengambil mangkuk besar berisi bihun goreng sebelum dia mencedokkan sedikit ke dalam pinggannya. Kemudian, dia mengambil pula mangkuk sederhana kecil berisi sambal dan meletakkan sedikit di atas bihun gorengnya. Tanpa mempedulikan soalan Aqash, dia terus menyuapkan bihun tersebut ke dalam mulutnya.

"YaALLAH orang tanya, dia boleh buat dek je. Mummy, tengok ni," ujar Aqash geram. Datin Arisah sekadar menggelengkan kepalanya dan tertawa kecil.

"Fiq jadi ikut Qash ke ni?" soalan selamba daripada Datin Arish mengejutkan Aqash.

Apa benda ni? Kena prank ke?

"What? Fiq ikut Qash?"

Jeda. Tiada yang melayan.

"Hello? For real ke ni? Kenapa takde orang bagitahu Qash?"

Afiq mengangguk kecil sebelum kembali menjamah sarapannya dengan tenang. Sedangkan Aqash sudah ternganga menunggu Afiq membuka mulutnya.

"Like for real he's going to follow me around? I told you, I'll be fine. Alaaaaaa," rengek Aqash manja. Afiq sekadar mencebikkan bibirnya tetapi masih memilih untuk mendiamkan diri. Malas bertikam lidah dengan adiknya.

Me vs YouWhere stories live. Discover now