43 // Sunyi

1.1K 36 9
                                    

Aqash menghela nafas berat sejurus dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa empuk itu. Perjalanan yang memakan masa hampir 22 jam dari Kuala Lumpur ke United Kingdom cukup memenatkannya. Apatah lagi, penerbangannya ditangguhkan selama beberapa jam semasa di Malaysia. Terpaksalah dia duduk menunggu berseorangan di KLIA memandangkan dia meminta mummy dan papanya tidak mengikutinya sehingga ke sana.

Dipejamkan mata buat beberapa minit sebelum matanya dibuka kembali dan pandangannya dijamahkan dengan ruangan tamu yang sunyi itu. Sesetengah perabot yang masih ditutupi dengan kain berwarna putih tidak dipedulikannya. Untuk beberapa tahun seterusnya, rumah inilah yang akan dia diami. Dia juga sudah nekad untuk hidup seorang diri dan tidak mengundang sesiapa untuk duduk dengannya. Lebih selesa jika seperti ini, fikirnya.

Aqash mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya. Lama dia memerhatikan gambar latar belakang pada telefon bimbitnya sebelum satu lagi keluhan terluar dari bibir bersihnya.

Gambarnya bersama Adlina sewaktu majlis graduasi.

Adlina tersenyum tatkala berdiri di sebelahnya sambil melihat ke arahnya yang juga tersenyum memandang kamera. Gambar candid itulah yang dapat mengubatkan serba sedikit rasa rindunya terhadap gadis itu. Renungan Adlina yang seolah-olah penuh dengan kasih sayang terhadapnya dipandang hiba. Dengan spontan, jarinya bergerak menyentuh skrin tersebut. Menyentuh gambar wajah Adlina yang kelihatan sangat manis.

I miss you much, Lin, luahnya perlahan.

Enggan melayan perasaan yang semakin mencengkam hatinya dan menyesakkan nafasnya, dia mendail nombor telefon Datin Arisah untuk memberi khabar berita bahawa dia sudah selamat sampai di sini. Beberapa saat kemudian, suara wanita yang disayanginya mula dia dengari. Segaris senyuman nipis terhias pada bibirnya.

"Qash baru sampai? Lamanya flight delayed," rungut Datin Arisah.

"Yes, mummy. Lamakan? Naik kebas bontot Qash duk tunggu bila boleh fly. Haha. Tapi takpelah. Qash pun selamat sampai. Penatnya mummy. Dah lah lapar," Aqash menjeling sekilas ke arah jam tangan yang sudah berubah waktu sebelum gegendang telinganya disapa kembali dengan suara Datin Arisah yang mengeluh kecil.

"Mummy nak upah sorang maid kat sana, Qash tak nak. Tekak Qash tu dahlah payah nak terima makanan kat mana-mana je. Tengok dah jadi macam ni. Habis tu nak makan apa kejap lagi? Pretty sure there is nothing in your house now. Then, how...,"

"Hahaha. Mummy, relax. I'm not gonna die tonight okay even tak makan ke, apa ke," gurau Aqash sambil tergelak kecil.

"Aqash Hizami...,"

"Okay Datin Arisah. Okay. I'm sorry haha. No lah. It's okay. I got some junk foods that I bought at KLIA. Ada roti, some.. keropok, I think. Okaylah ni buat lapik perut for tonight. Penat macam ni memang taklah nak keluar lagi and get some dinner. It's almost midnight right now,"

"Nasib baik ada makanan juga. Nanti mummy cakap dekat papa yang Qash dah sampai. Dah cakap dengan Fiq ke belum?"

"Qash sempat call dia tadi before fly tapi dia macam rushing semacam je tadi.Busy kot dengan kenduri tahlil. Tapi esoklah Qash drop a text kat dia cakap dah sampai semua," terang Aqash sambil mengingati nada suara Afiq yang sedikit gugup tatkala menjawab panggilannya. Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab. Tiada langsung hilai tawa atau usikan dari abang sulungnya sewaktu mereka bercakap. Enggan melayan perasaan, Aqash memikirkan situasi Afiq yang mungkin sedang penat selepas menolong untuk kenduri tahlil. Atau juga malu untuk berbicara sebegitu di hadapan orang lain.

Kalau saja dia tahu punca Afiq menjadi sebegitu...

"Hm takpelah kalau macam tu. Esok jangan lupa kemas rumah, bersihkan habuk semua. Beli barang dapur sikit. Jangan bawa masuk perempuan dalam rumah. Tu paling penting," ujar Datin Arisah sedikit tegas. Tersenyum Aqash mendengar bebelan Datin Arisah. Hampir 100 kali juga dia mendengar pesanan sebegitu sejak dia di Malaysia lagi.

"Baiklah permaisuri hati hamba. Patik masih ingat semuanya. No worries. Just wait and see. I'm gonna bring some blonde or brunette girl as your daughter in law,"

"Banyaklah cekadak nak bawa menantu mat salleh jumpa mummy. Lin nak campak mana?"

Hati Aqash sedikit tersentak apabila Datin Arisah menyebut nama gadis itu. Haaa rasain lo. Nak sangat bergurau kan. Dengar nama Lin pun dah meroyan. Ada hati nak cari makwe lain.

Aqash tersenyum sumbing. Tanpa mempedulikan soalan Datin Arisah, cepat sahaja dia meminta diri dan mematikan panggilan dengan alasan ingin berehat. Dengan pantas jarinya menekan skrin telefon bimbitnya sebelum dia meletakkan di atas meja di hadapannya.

You're really that weak when it comes bout Adlina, Qash, bisik hatinya.

Aqash sekadar tersenyum nipis sebelum dia bingkas bangun menuju ke arah beg bagasinya. Baru sahaja dia memegang besi pada begnya, pintu rumahnya diketuk perlahan. Sangkanya, bunyi ketukan itu cuma mainan imaginasi sehinggalah dia mendengar kembali bunyi itu beberapa saat kemudian.

Siapa lagi yang tahu dia berada di sini? Takkanlah jirannya terus datang menyapa selepas melihat lampu yang menyala di hadapan rumah?

Uncle John? Auntie Nat?

Aqash berkira-kira mahu membuka pintu dan memeriksa si pengetuk ataupun tidak sebelum dirinya dikejutkan dengan bunyi ketukan yang lebih kuat. Terus sahaja dia berfikir barangkali ada hal kecemasan di luar sana yang memerlukan pertolongannya. Enggan membuang masa, dia terus menuju ke arah pintu rumahnya dan memusingkan tombol pintu tanpa berfikir panjang.

Lemah terus jantungnya melihat susuk tubuh di hadapannya. Meskipun si dia melemparkan senyuman yang paling manis pada ketika ini, tidak bagi Aqash.

"What the fuck are you doing here?" soalnya lantang memecah hening malam di kejiranan tersebut.

This is so fucked up. And you're fucked up for real now, Aqash Hizami.

p/s : issa short update only for tonight. More to come :p

Me vs YouWhere stories live. Discover now