20 // Saingan

2.1K 81 1
                                    

Afiq mengerutkan dahinya apabila melihat riak wajah Datin Arisah yang tampak resah. Ada kalanya dia berdiri di tepi tingkap dan mengintai di sebaliknya. Jika dia terdengar bunyi kenderaan yang melewati kawasan perumahan mereka, pasti Datin Arisah akan bergegas melihatnya. Walau bagaimanapun, setakat pemerhatian Afiq, wajah Datin Arisah hampa setiap kali.

​Afiq mengerling ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 4.30. Dia cuba untuk tidak mempedulikan Datin Arisah yang berjalan mundar mandir. Lantas, alat kawalan jauh Astro dicapainya. Satu demi satu saluran dibuka namun kecewa. Matanya tetap tertangkap pada mummynya yang semakin gelisah. Akhirnya, dia mengaku kalah.

​"Is something going wrong here, mummy?" soalnya pelik. Datin Arisah berhenti berjalan. Dia duduk di sebelah anak sulungnya. Afiq sempat menangkap keluhan kecil yang terluah dari mulut Datin Arisah.

Pelik, kenapa dengan mummy ni? Hatinya bertanya hairan.

​Melihatkan Datin Arisah yang membatukan diri dan termenung jauh walaupun matanya terancap pada televisyen, Afiq mengoncang lembut bahu Datin Arisah. Tersentak Datin Arisah.

​"Mummy. Are you okay?" nada suara Afiq mula kedengaran risau. Gelagat Datin Arisah merisaukannya. Kebiasaannya, Datin Arisah tidak sebegini. Selalunya juga pada waktu petang sebegini, Datin Arisah akan 'berkelah' di halaman rumah. Menyiram pokok bunga dan bersantai di meja kopi di situ sudah menjadi rutin hariannya. Tetapi tidak pada hari ini.

​"Kenapa Fiq?" Datin Arisah bertanya pula. Afiq menggelengkan kepalanya. Buntu fikirannya seketika. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan Datin Arisah.

​"Fiq tanya mummy, mummy tanya Fiq balik. Mummy tunggu sape ni? Dari tadi lagi duk ke hulu hilir. Pening dah Fiq rasanya ni," rungut Afiq tidak berpuas hati. Datin Arisah tersenyum malu. Rupa-rupanya, Afiq memerhatikan kelakuannya sejak dari tadi lagi.

​"Mummy tunggu Qash. Patutnya time macam ni dah sampai dah. Eh, Fiq tak nampak ke Qash kat sekolah tadi?" Datin Arisah memandang wajah tampan anaknya. Mustahil Afiq tidak melihat adiknya di sekolah tadi, fikirnya hairan.

​Afiq tersengih. "Tadi ada mesyuarat sampai pukul 3. Habis je meeting, Fiq terus balik. Lupa pulak pasal Qash,"

​Datin Arisah mengeluh kecil. Melihatkan riak wajah Datin Arisah yang sedikit hampa dengan kata-katanya, dia menyambung lagi. "Tapi kan mummy. Qash kan bawak kereta hari ni. Masa Fiq nak balik tu, sempat jugaklah Fiq tengok kereta-kereta kat tempat student. Tengok kereta Qash dah takde pun kat situ," katanya yakin. Sedikit sebanyak keterangan Afiq membuatkan Datin Arisah tersenyum. Jadi, betullah Aqash dan Adlina sudah lama meninggalkan perkarangan sekolah dan berhenti solat. Persoalannya, kenapa tidak sampai lagi?

​Perbualan mereka anak beranak terganggu apabila terdengar bunyi kereta di luar rumah. Serentak Datin Arisah dan Afiq berpandangan sesama sendiri. Afiq mengerutkan dahinya tatkala senyuman lebar mula terukir manis di bibir mummynya. Pantas, Datin Arisah bangun dan membuka pintu rumahnya.

​Aqash je yang balik pun. Yang mummy beriya-iya sangat kenapa, gerutunya sambil meneruskan menonton televisyen. Suara riuh rendah di hadapan pintu tidak dihiraukannya. Fikirnya, mungkin mummy sedang membebel kerana kelewatan Aqash pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, suara halus gadis yang turut kedengaran menyentak hatinya. Spontan, dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu. Termangu dia seketika tatkala melihat Datin Arisah sedang berjalan beriringan bersama Aqash dan Adlina.

​Adi? Jeritnya tiba-tiba lalu bangun dari sofa empuknya. Adlina yang baru melangkah masuk ke dalam banglo mewah Aqash terkejut. Bertambah terkejut apabila melihat Afiq yang hanya memakai seluar pendek dan tidak berbaju. Dengan cepat, Adlina menutup kedua-dua belah matanya dengan tangannya. Mukanya dirasakan merah padam.

Me vs YouWhere stories live. Discover now