42 | Bab 42

1.2K 59 24
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

AKU sedarkan diri beberapa minit kemudian. Aku tidur sebentar di suatu lorong. Hidungku tercium bau tong sampah. Mungkin aku tertidur berhampiran dengannya.

Rambutku yang serabai aku cuba untuk kusutkan dengan rapi menggunakan jati jemari. Aku mengelusnya dengan lembut sehingga aku terjumpa sehelai kain lalu aku tutup kepalaku dengan tuala kecil.

Jari jemariku dibawa naik menyentuh mukaku yang dicemari dengan habuk. Apabila aku cuba untuk buka, gelap yang lama digantikan dengan kabur.

Aku tutup mata sekali lagi sebelum aku membukanya semuka. Pada mulanya kanan. Kabur. Aku buka kiri. Kabur juga.

Aku mengerdipkan mataku beberapa kali. Beberapa minit kemudian, penglihatanku mula menjadi lebih jelas. Dinding di hadapanku gelap. Aku bangun untuk pergi menyentuh.

Memang betul ini adalah sebuah dinding. Keras dan kasar dan ada mural sedikit di atasnya.

Bibirku menguntum senyuman.

"Ya Allah. Alhamdulillah" aku bawa tanganku ke mulut sambil tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Allah.

Aku dah boleh nampak.

Aku melihat sekelilingku. Terdapat beberapa ekor kucing sedang bermain-main di tepi tong sampah. Ibu kucing tersebut turut ada untuk menyusukan anaknya.

Aku tersenyum lagi. Akhirnya aku bebas dari dunia kegelapan, kekelaman. Aku percaya pada hakikatnya sekarang bahawa aku tidak buta lagi.

Kuasa Allah memang tiada tandingannya. Tiada sesiapa tahu akan kuasanya yang kuat dan yang tidak terbatas itu. Mungkin Allah kurniakan pancainderaku agar aku dapat gunakannya dengan baik kali ini.

Hatiku terdetik untuk keluar dari lorong. Beberapa orang yang lalu-lalang mengerling ke arah ku sebelum bahuku dilanggar seseorang.

Mataku tertacap pada mukanya. Matanya bundar dan mukanya amat kacak sekali. Mukanya tumbuh sedikit misai. Seinci jerawat langsung tidak kelihatan.

"M-maafkan saya, encik" ujarku perlahan. Aku mengundurkan beberapa tapak ke belakang.

"Kejap!" katanya. Aku terkejut. Sudah.

Apa salahku.

Dia menghampiriku. Tinggi tak usah aku huraikan. Tinggi macam tiang. Aku pula setaraf tinggi dengan bahunya atau tepat lagi dadanya.

Sasanya dia.

Matanya tidak lepas memandang mukaku. Dia memandang aku dari atas ke bawah sehingga membuatkan aku rasa tidak selesa.

Melihat keadaan sedemikian, dia undur setapak ke belakang.

"Kenapa?" aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Aulia Mardhiah?"

Aku angguk. Itu namaku.

"Aulia.." serunya perlahan. Aku jongket keningku dan tersengih. Mukanya nampak kaget.

"Awak siapa?. Kenapa saya macam pernah jumpa awak eh eh?" ujarku.

"S..saya tak sangka akan jumpa awak dekat sini. Saya.. saya tak sangka" katanya teruja. Mukanya mula memberikan sinar harapan.

"Saya?. Saya sapa pada awak?"



"Aku.. saya.. saya err














Farish"





TAMAT

_________

Blind Girl 1 tamat and will be continued ❤

Blind Girl Where stories live. Discover now