02 | Bab 2

2.2K 152 16
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

Keesokannya pada jam 7:30 pagi, aku bersama pelajar yang lain berkumpul di medan perhimpunan. Sepatutnya semalam diadakan namun, cuaca tidak mengizinkan.

Aku dan Naim menuju ke belakang barisan kerana kami tinggi. Yang depan sekali 150 cm. Alah beza 10cm jer pun nak kira sekolah ni.

Selesai sahaja perhimpunan, spotcheck akan diadakan.

Setibanya giliran aku, aku diarahkan untuk menunjukkan kukuku(lawaklah)

Akak prefect itu menggangguk dan ada pula stesen seterusnya. Letih aku.

Seorang senior perempuan memeriksa stokinku. Mujurlah lepas kerana stokin aku panjang sampai lutut tambahan lagi, tebal. Bangga sis.

Aku menunggu Naim ditepi koridor kerana dia didenda atas kesalahannya yang tidak memakai lencana.

Ketika sudah lama aku menunggu Naim, aku ditegur seseorang.

"Kau buat apa kat sini lagi?. Tak reti nak masuk kelas ke?" aku ditegur oleh figura tersebut.

Berpakaian kemeja biru, bersongkok, berkaca mata, ada rupa tak ada maknanya aku akan terpikat kalau rakan di dalam dewan tak keluar lagi. Aku memandang wajah bengisnya lantas mencebik. Malas mahu mendengar bebelannya.

"Aku tunggu kawan akulah"

"Perlu ke?" sindirnya sambil menyeluk tangannya ke dalam poket blazernya.

Aku memerhatikan gelagatnya yang acah 'macho' itu. Kau ingat bila kau pakai blazer kau nampak cool?. Aku perasan yang matanya ralit memandang wajahku.

"Saja. Kan kalau aku tinggal dia, merajuk pulak"

"Tunggu tunggu mana buku nota kau?. Tak bawa ke?"

Aku memberi jelingan kepadanya. Tangan kananku mengambil sesuatu di dalam poket lantas aku menunjukkan sehelai kertas A4 yang dilipat di depan matanya.

"Ada ni haa"

"Aku kata buku nota bukannya kertas"

"Ceh, buat apa salin apa yang pengetua cakap kalau salin nota belajar lagi bagus dalam buku" sindirku sambil menjongketkan kening.

Mukanya nampak seakan-akan kemarahan. Alah, nak marah lah tu. Aku mengundurkan setapak apabila lenganku dicengkam olehnya.

"Eh eh kau ni. Nama kau Aulia kan? Meh sini aku bawak kau jumpa cikgu disiplin" ugut lelaki itu seraya menarikku bersamanya.

"Sakitlah! Kau ni sapa nak marah-marah!Kau tu bukannya ketua pengawas pun nak heret-heret aku pun" pegangannya aku lepaskan dengan kasar. Dia menghentikan langkahnya.

"Memang! Memang aku ketua pengawas pun. Eh kau tak kenal aku ke?" soalnya dengan berlagak.

Mataku bertembung dengannya. Sapa dia nih? Ketua pengawas ke? Aku rasa ketua pengawas kat sekolah ni Hanif jer. Nih depan aku budak nerd mana aku tak kenal. Tapi cool.

"Nih akulah Hanif!" bentaknya.

Aku tersengih. Boleh percaya ke dia ni.

Aku memerhatikan pin nama yang berada di blazer. 'Hanif Qayyum' dan dibawah tertulis 'ketua pengawas'. Aku tersenyum hambar.

Nerd pun nerdlah.

"Sorry sorry" kataku dengan laju seraya melarikan diri. Naim yang memanggil namaku dari jauh dihiraukan.

Blind Girl Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt