00 |Prolog

4.9K 261 29
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

TAHUN 2029

Angin bayu yang menyapa muka diabaikan. Bunyi burung yang berkicauan di atas pokok langsung tidak menarik perhatian. Awan yang mulai mendung meskipun ingin hujan, aku masih tidak berganjak berdiri di balkoni.

Rumah banglo dua tingkat ini aku diami 3 bulan yang lalu. Malah, banyak perkara yang telah berlaku. Pahit, manis, masam, masin aku bersamanya masih aku ingat.

Dan aku tak sangka bahawa hari ini dia akan pergi meninggalkan aku.

Aku melihat garaj di bawah. Sungguhpun ramai orang sedang menantikan kehadiran diriku untuk turun ke bawah langsung aku endahkan.

Kerana aku tak nak tengok muka dia. Aku tak nak tengok dia. Tak nak tak nak.

"Aulia, marilah kita turun bawah. Aulia tak sayang Farish ke?" bahuku ditepuk lembut oleh seorang wanita tua.

Aku memberikan senyuman nipis kepadanya. Hatiku mula tawar.

"Aulia tak nak turun. Biarlah Aulia kat sini" ujarku. Sesungguhnya, aku ingin turun namun kakiku ini tidak mahu.

"Aulia, tolonglah. Farish nak jumpa Aulia. Dia nak balik Malaysia dah. Dia nak jumpa Aulia sebelum dia pergi" pujuk wanita itu lagi.

Aku hanya mendiamkan diri. Namun, lama-kelamaan aku mula sedar bahawa aku sudah menyusahkan ramai pihak.

Akhirnya aku menggangguk.

"Baiklah"

Tangga diturun berhati-hati. Shawl aku betulkan. Stokin aku yang materialnya mudah licin membuatkan aku fobia turun tangga.

Aku memandang semua orang ketika itu.

Pada masa itu, satu jer aku nak jumpa.

Farish!

Mana dia? Dia dah pergi ke?

"Aulia" namaku diseru.

Aku memandang gerangan itu. Ya, lelaki itu yang aku cari. Dia sekarang mendekatiku perlahan-lahan sehingga aku dapat merasai nafasnya di telingaku.

Berbaju kemeja biru laut. Seluar hitam. Kulitnya tidak hitam tidak putih, kuning langsat. Ototnya tidak sebesar yang aku idamkan. Namun, hatinya yang sebenar yang aku idamkan.

Hati yang aku inginkan selama ini.

"Ustaz" aku mengalihkan mataku ke arah lain. Malu.

"Aulia, saya minta maaf kalau saya ada buat salah dekat awak. Saya tahu kita banyak kali bergaduh. Dan saya tahu saya dah banyak sakitkan hati awak" ujar Farish.

Aku menundukkan kepalaku. Sesungguhnya, sejak aku tinggal di sini, London. Aku dapat rasakan yang aku terjatuh cinta terhadapnya. Aku rasa tenang bersamanya.

"Ustaz tak ada buat salah pun dekat saya. Saya yang salah" satu senyuman aku ukirkan.

Namun, belum sempat dia membalas. Seorang lelaki menyapa kami.

"Encik, kita kena bertolak. Flight encik tinggal sejam jer lagi. Nak kena tunggu jem lagi" kata Pak Mat, driver rumah ini.

Farish menggangguk. Dia mengangkat bagasinya sebelum dia mengusap kepalaku yang dilitupi shawl yang dibelinya, warna biru laut. Suka sangat dengan warna laut.

"Jaga diri" ujarnya.

Aku mengangguk. Tiba-tiba aku merasa sesuatu di belakangnya.

"Nah, saya belikan bunga untuk awak. Harap awak suka" bunga itu dihulurkan.

 Harap awak suka" bunga itu dihulurkan

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

"Terima kasih" bunga itu aku sambut.

"Take care"

"Ustaz pun"

Pemergiannya akhirnya tiba jua. Air mataku yang ditahan tadi, akhirnya tumpah ke lantai mozek. Bunga ditanganku dipandang.

Eiw, cantik sangat! Tapi, aku alah bunga. Nak bagi sapa ni?

Bunga itu aku cium.

Hacumm!!

Satu bersin dikeluarkan. Kan aku dah kata.

Kereta BMW itu meluncur laju hilang dari kawasan perumahan. Rinduku mula menjelma. Akan aku ingat akan dirinya.

Buat selamanya.

Sebak hatiku ini. Sebak sangat. Ya Allah! Kuatkanlah hatiku ini untuk menempuh segala dugaan atas pemergiannya.

Tapi aku tahu. Aku tak mampu
Kerana dia.

Terakhir buatku .

Blind Girl حيث تعيش القصص. اكتشف الآن