30 | Bab 30

846 57 7
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku



CAHAYA matahari yang datang dari luar tingkap mula memanaskan haba dipipi mulusku. Aku cuba menghalangnya dengan menarik hijab dan meletakkannya di pipi. Hujungnya aku tolak masuk ke dalam di bahagian kanan. Fuh,  rasa pakai niqab pulak.

"Bos, nak makan tak?"

Pertanyaan dari Helena menyentak akan diriku dan aku usap dada tanda terkejut. Mataku cuba untuk mencari dirinya namun tidak kesampaian apabila dia sudah pun berlalu ke tingkap wad untuk menarik langsir agar ia tertutup. Maseh ah tolong.

"Takpelah. Kalau bubur memang tak ah aku nak makan. Naik mual aku makan tiap-tiap hari. Kalau bagi coklat ye lah jugak" kataku sambil mencebikkan bibir.

"Ololoh. Siannya bos kita nak makan coklat. Hurm-" kepalaku diusap olehnya. Tanganku naik melepaskan tangannya tanda protes dan 'tak beradab'.  Dia melepaskan ketawa kecil.

"Bleh bleh. Kalau kau datang bawak coklat adalah faedahnya. Ni datang tiap-tiap hari makan bubur aku je. Takde benda lain ke nak buat" bebelku.

"Alah bos. Sekurang-kurangnya tak membazirkan makanan yang Allah bagikan. Takdelah kita digelar 'mengamalkan amalan syai-"

"-ton" sambungku sambil membuat wajah menjengkelkan. Helena sekali lagi melepaskan ketawa mak limah dia.

Tok tok.

"Masuk je lah. Pintu wad hospital takde maknanya nak kunci" jeritku kepada si pengetuk yang berada di luar. Dia segera masuk dan mendekati birai katil yang aku duduki.

"Awak dah makan?"

"Belum. Aku bosan makan bubur tiap-tiap hari"

"Jom makan. Saya bawakkan tomyam ayam untuk awak" ujar dia disebelah aku. Aku tersenyum manis dan menepuk-nepuk tangan tanda gembira.  Alahai,  kenapa aku makin kebudakan ni.

"Kejap, saya ambikkan mangkuk untuk awak"

Bunyi pintu rak di sebelahku kedengaran. Cuping telingaku menangkap bunyi mangkuk dan bau haruman tomyam menyinggah ke rongga nasalku. Sekali lagi aku tersenyum sumbing.

"Jom makan. Cik--" Naufal memandang ke arah Helena.

"Helena. Panggil Helena je. Bagi saya mangkuk tu"

Naufal menghulurkan mangkuk tersebut lalu disambut baik oleh Helena. Dia mengauk sudu kemudian kuah tomyam meniti di atas sudu itu.

"Bukak mulut bos.." Aku menurut.

"Sedap tak?." soal Helena. Aku mengangguk setuju kemudian beberapa suapan singgah ke mulut aku hingga habis.

Tanpa disedari, Naufal setia di sisi Aulia. Anak matanya kekal memandang wajah Aulia. Akhir sekali,  terbit satu senyuman mekar di bibirnya. 

'Moga awak kembali sihat, Aulia'

°°°

Keesokan hari.

"AULIA, esok dah nak masuk 1 Ramadhan. Aulia nak puasa ke tak?" tanya ibu sambil mengusap jari jemariku.

"Puasalah. Aulia bukannya sakit sangat. Setakat rebah, tak ada masalahnya lah ibu. Aulia kuatlah! Kalau tak, tak adalah Aulia yang sekarang ni. Hahaha" gelakku sambil mendabik dada.

Blind Girl Where stories live. Discover now