18 | Bab 18

965 80 2
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku


22 Ramadhan

Saat yang dinantikan telah tiba. Tak sabar rasanya aku. Jantung aku tak henti-henti berdebar laju. Aku yakin, kalau aku tiba di sana nanti, pasti tangan aku ni gatal-gatal nak sentuh itu ini.

Saat itu maksud aku ialah, beli baju raya. Ahak. Dub dab je dengar.

Hari Sabtu macam ni, memang dah biasa ramai remaja main lepak-lepak dekat sini terutamanya instafamous dan budak wicet. Aku tak fahamlah kenapa dengan diorang. Asal weekend je terus lepak mall.

Budak-budak wattpaders, kau duduk diam-diam je lah kat rumah. Jadi suri rumah sikit. InshaAllah menantu solehah.

Uhuk.. Tersembur air liur.

Aku mengenakan dress hitam bercorakkan bunga-bunga kecil. Kepala aku pula dilitupi dengan shawl merah jambu lembut. Jam jenama Daniel Wellington dipakai kemas pada pergelangan tangan kiri.

Usai memarkingkan kereta di tempat yang tersedia, langkah kami dibawa menuju ke tingkat tiga tempat terletaknya 'First Lady'

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Usai memarkingkan kereta di tempat yang tersedia, langkah kami dibawa menuju ke tingkat tiga tempat terletaknya 'First Lady'

Ladies's world.

Kaki mula menginjak masuk. Uishh.. Bersinar-sinar mata aku apabila melihat keindahan pancaindera di hadapan aku ketika ini. Haduih haiii, mahu boros jugak aku kali ini.

Cari letak cari letak, ibu mencadangkan aku mencuba satu baju kurung moden kembang berwarna hijau muda. Aku pun tak reti nak tafsir macam mana warna dia, nanti kat chapter lain aku tunjukkan gambar keii.

Bilik persalinan yang kosong aku masuki. Baju kurung moden tadi disangkut pada penyangkut yang tersedia. Terketar-ketar jugak aku ingin memakai baju itu ke badan aku.

Langsir merah gelap yang tertutup diselak sedikit. Mana tahu ibu dah pergi ke. Apabila melihat ibu masih memilih baju di rak berhadapan bilik persalinan, aku terus tarik nafas lega. Fuh, nasib ada lagi.

Zip tepi pada kain ditarik dan cangkuk dikaut pada penyangkut. Alah, yang belajar dalam KH tu. Maaflah bab-bab menyangkuk, menampal aku tak berapa reti sangat.

Kemudian, aku menyelak langsir sebesar yang mungkin seraya memperbetulkan baju dan kain. Shawl masih dipakai. Apabila melihat ibu masih khusyuk membelek pakaian, aku terus memekik memanggil namanya.

"Ibu!"

"Haa.. Aulia? Kamu ke tu?" dia mendekati diriku. Matanya tidak melepas memandang badanku yang dilitupi denga baju kurung moden.

"Ha'ah lah. Inilah anak ibu. Okay ke tak ibu baju ni?"

Ibu menyentuh sedikit fabrik baju itu. Haih, pikir apa lagi? Fikir nanti nak basuh macam mana ke? Rileklah. Aku baju raya rendam angkat jemur je. Pakai je kan. Tak kotorlah punyaii.

Blind Girl Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz