03 | Bab 3

1.9K 130 21
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku


Suasana ketika setelah selesai sahaja sesi usrah bising sekali. Heboh sana sini. Gosip kat sana. Bising sini. Aku dengan Naim membisu je. Tunggu insan yang lain tegur je. Nak juga berbual macam anda semua.

Pengetua kami, Tuan Mahmud datang naik ke atas pentas secara tiba-tiba menjadikan suasana menjadi sunyi seketika. Dia mencapai mikrofon lalu memberi salam dan memberikan sedikit taklimat.

"Baiklah. Tujuan pertama saya datang ke sini hari ini adalah ingin menerangkan kepada pelajar bahawa petang ini akan diadakan latihan unit beruniform. Dan kem akan diadakan pada bulan 4 ini. Semua pengerusi, naib pengerusi 1 dan 2, setiausaha, bendahari, ajk setiap tingkatan WAJIB hadir" katanya tegas. Ayat 'wajib' ditekankan.

"Malah, mulai tahun ini dan tahun-tahun akan datang, setiap kali kem diadakan, tingkatan 4 dan 5 WAJIB sertai kecuali yang berpenyakit 'asma' sahaja" ujarnya lagi sambil ayat perkataan 'wajib' ditekankan.

"Alah" beberapa pihak mula merungut.

Aku mengeluh kecil. Naim disebelahku sudah bersinar-sinar dan bercahaya matanya. Ada wajah bakal ketua kawad ni.

Aku melihat batch aku, ada yang sedih dan gembira. Namun, dari persekitaran, tingkatan 5 yang paling menonjol keseronokan mereka. Yelah kan, tahun terakhir sudah.

"Keputusan muktamad. Kalau kamu rasa hebat tak nak mengikuti boleh datang jumpa saya. Dialu-alukan. Sila tulis 1001 alasan dalam satu manuskrip. Dan kalau anda berjaya, saya akan terbitkan ia menjadi satu novel. Sekian dari saya. Terima kasih" pengetua berlalu.

Aku ternganga seketika. Nak buat manuskrip bukan senang weh! Nak buat pulak guna microsoft lagi. Kalau aku memang tak lah. But mana tahu kan ada manusia tak nak pergi.

"Semua pelajar boleh beransur"

°°°

Masuk sahaja ke dalam kelas, aku dapati ada sesuatu di atas mejaku. Aku memandang sekeliling.

Bunga? Bukan. Coklat? Bukan juga. Surat? Bukan. Habis tu apa? Nasi? Berbagai-bagai perkara yang aku fikirkan. Sudahlah warna koko. Macam nasi je. Besar pulak tu.

Aku mendekati mejaku lalu mengambil 'benda' itu. Beberapa keping sampah diletakkan atas meja aku. Eh eh, kurang asamnya manusia ni. Sampah kau letak. Sudahlah sampah tu gumpalan kertas minyak yang selalu guna masa tingkatan 3. Dia nak lempar kat sini pula dah.

Sesiapa yang belajar ert, tahulah kena guna kertas minyak nak buat baju. Ke aku je erk!

Tiba-tiba mataku terlihat satu sticky note ditampal pada dasarnya setelah gumpalan sampah tadi aku buang.

Kau jangan ingat yang bila aku dah bercakap, backup, senyum dekat kau, aku akan percayakan kau. Tak mungkin. Aku tak inginlah kawan dengan kau.

-your luvly enemie

Tanganku mula terasa sejuk dan kebas. Sticky note itu aku koyakkan. Dalam masa yang sama aku tergelak.

Eja lovely pun salah. Lagi-lagi enemy. Ke dia saja nak buat bunyi tu lebih menarik. Macam sama je.

Malas mahu melayan, aku perlahan-lahan ingin melabuhkan punggung di atas kerusi namun satu lagi sticky note ditampal.

Blind Girl Where stories live. Discover now