09 | Bab 9

1.2K 106 22
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

PULANG sahaja dari kem unit beruniform, aku lebih banyak mendiamkan diri. Dalam bas diam. Orang lain sibuk rancak berbual, aku membisu.

Seminggu aku tak hadir ke sekolah kerana jiwaku terasa hancur akibat dengan lebam di muka, gastrik dan tak sangka aku demam panas.

Esok merupakan isnin, aku mula mengemas buku-buku lalu masukkan ke dalam beg. Tak banyak pun. Buku latihan je aku bawak. Kalau tak bawa buku teks, pinjam budak kelas lain.

"Siap!" beg aku letak atas kerusi. Katil single bilikku dituju. Aku membaringkan badan, selimut ditarik bagi melindungi tubuhku daripada kesejukan hujan waktu malam.

"Moga esok, hari yang indah!"

°°°


LANGKAHKU mula memasuki ke perkarangan sekolah. Tiada seorang pun ketika itu. Semut pun tak ada. Bunyi? Tak ada langsung. Jam ditanganku dikerling.

7:20 am.

Yes! Aku lewat! Kisah apa. Aku baru lepas demam kan? Homework kejadahnya pun aku tak buat. Saja off telefon tak mahu tengok kerja sekolah.

"Kau! Kenapa lewat?" laung ketua pengawas itu dari jauh. Hanif memandangku dengan sinis dari jauh. Di tangannya terdapat buku nota. Nak catat nama akulah tu.

"Kau? Pehal?" cabarku. Aku menjeling mataku. Sakit tu tak terkira. Sepatutnya aku berehat lagi di rumah kerana lebam masih terang bersuluh di muka.

"Kau? Beraninya kau sekarang. Lepas assembly jumpa aku. Faham!" tegasnya.

"For what?" kening kananku diangkat. Aku mula bercekak pinggang.

"Jumpa cikgu disiplin sebab datang lewat plus melawan KP!"

"Fine! Hm" aku melepasi tubuhnya begitu sahaja. Malas mahu cari pasal.

Kakiku dihentakkan di atas tanah menandakan aku bengang. Hanif masih tidak bersuara. Akhirnya, aku tinggalkan dia.

°°°

HABIS sahaja sesi perhimpunan, aku terus ke kelasku. Suasana hingar bingar apabila ada diantara mereka sedang bergosip pasal seseorang.

Aziz?

Who's that?

"Aulia. Miss you! Nak dengar satu cerita tak?" tegur Naim dengan nada yang sayu. Pelukan yang diberikan tadi terus dilepaskan.

"Cerita apa?" Aku memandangnya hairan. Sejak aku cuti ni, makin kemarut Naim ni.

"Jangan terkejut tau. Ini semua ketentuan Illahi"

"Ketentuan? Cerita apa ni!" Hatiku mula berdebar-debar.

"Hasan. Dia dah tak ada" wajah Naim mula berubah. Jantungku mula berdegup laju.

Blind Girl Where stories live. Discover now