10 | Bab 10

1.2K 96 4
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

Hari sukan sekolah

USAI aktiviti senamrobik pagi itu, semua pelajar dikehendaki ke padang sekolah. Aku, Naim dan Haidar mula berjalan beriringan untuk ke sana.

Entah macam mana aku boleh rapat dengan Haidar. Tetiba je jadi rapat. Tetiba je jadi mesra. Tetiba je jadi couple. Tetiba je nikah duk atas pelamin. Eh!

Tiba di padang sekolah, banyak khemah didirikan untuk diadakan jualan bagi setiap unit kepimpinan dan yang paling laku dapat duit RM1000.

Banyak duit. Dapat dari mana?

"Perhatian kepada semua pelajar! Kamu semua boleh duduk di tepi-tepi side padang ni. Tapi, jangan gatal pulak nak lalu-lalang depan padang kerana acara akan bermula sekejap lagi" kata Cikgu Azlina melalui mikrofon.

Kami bertiga mengambil side dekat dengan pengacara. Senang sikit nak dengar.

"Acara pertama adalah larian 200 meter. Semua peserta diminta bersedia"

Beberapa pelajar lelaki mula mengatur langkah ke padang sekolah yang luas. Masing-masing mengambil tempat permulaan setelah diarahkan oleh guru-guru yang menjaga.

Tahu tak, kat sana ada sapa?

Hanif. Hazrul? Maigod! Why him?

"Biru! You can do it!"

"Kuning!! Ning ning! Knight knight!"

"~Merah mubara semangat waja! Cepatlah menang dapat juara~"

"Green! Green! We are green! Fighting!"

Tergelak jugak aku dengar diorang punya sorakan. Tapi tak boleh gelak kuat-kuat nanti tak pasal balik dengan pipi merah.

Wakil dari pasukan biru ialah Hazrul, kuning pula Fakhrul, hijau ialah Mika dan merah Hanif.

Pecutan demi pecutan, perlawanan menjadi semakin sengit apabila dua pesaing hampir sampai di garisan penamat.

Hazrul dan Hanif.

Again.

"Abang Hanif!"

"Hazrul!!"

Akhirnya, acara larian ini dimenangi oleh Hanif. Hazrul mendapat tempat kedua.

Dari jauh, aku nampak muka Hazrul seolah-olah tidak puas hati. Yerlah, diakan pengerusi pasukan biru. Hanif pulak ajk je pasukan merah. So, sepatutnya dia dapat kalahkan.

"Acara 4x100 meter. Sila bersedia"



°°°

10.30 pagi.

GERAI jualan mula dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang kelaparan. Mereka saling berebutan takut makanan fav mereka habis.

Aku dan Naim berpisah. Haidar pula sudah melarikan diri meninggalkan kami. Katanya nak ambil karipap dalam kelas. Tak boleh tinggal karipap ayah dia.

Gerai pertama tertulis 'Prefect is Perfect' dipandang. Banner biru terbentang luas di area atas khemah. Aku menjuihkan bibir. Perfect sangat ke. Mataku meliar-liar mencari makanan yang disediakan.

Blind Girl Where stories live. Discover now