06 | Bab 6

1.4K 113 7
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

Cahaya matahari yang terlalu terang,  menyinari mukaku yang halus ini. Aku mengangkat tangan kanan bagi mengelakkan pancaran itu terus menyinari mukaku.

Kalau aku biarkan, hitamlah aku jadinya.

"Baiklah aktiviti pemanasan akan dimulakan! Perempuan di kawasan hujung sana yang lelaki kat sini jer. Sila berpecah!" arahan Cikgu Zaidi aku turut.

Aku mula melangkah ke kawasan yang ditetapkan. Setibanya disitu, aku mengambil tempat di belakang sekali sebab aku malas bab pemanasan ni. Shafiqah pula sudah ke depan, dia ni minat gila bab-bab beratur nih.

Pemanasan dimulakan seperti biasa. Angkat itu, angkat ini. Sehingga tiba giliran kaki.

Kaki kananku perlahan-lahan aku angkat kerana ada sedikit rasa sakit disitu kerana hal malam tadi. Aku cuba bertahan sehingga kiraan kelapan dan kaki dibawa ke arah belakang pula.

Aku pegang pergelangan kakiku untuk menstabilkan kedudukan, sakit itu makin kuat sehingga aku tak dapat tahan dan aku jatuh tersungkur. Malu tuh tak tertahan.

Fokus semua pelajar adalah kearahku.

"Aduhh!!"

Semua yang fokus panaskan badan memandang wajahku dengan riak pelik. Minah ni kenapa duduk tiba-tiba.

"Kau kenapa?" soal Farah yang berada disampingku. Dia cuba membantuku bangun.

"Hah?. Oh, kaki aku sakitlah. " kaki kananku diurut sedikit namun aku cuba untuk tidak tekan.

"Meh sini, cikgu cuba sentuh" Cikgu Aini mula menghampiriku lalu bercangkung di hadapanku.

Tangannya mula menyentuh tempat sensitif sakit itu. Aku menjerit kecil. Kemudian Cikgu Aini mula menyelak sedikit dan dia sedikit terkejut. Mulutnya terlopong kecil.

"Awak ada jatuh mana-mana ke semalam?"

Kesan lebam-lebam akibat tolakan oleh Zulaikha kelmarin menyergah ke fikiranku.

"Entah" aku cuba berlagak tenang.

"Nih kenapa ada kesan nampak terseliuh je. Awak confirm ke tak jatuh mana-mana? Tersepak ke?" Dia mula bimbang.

"Entahlah. Saya tak perasan"

"Takpelah nanti larian kejap lagi, awak berehat kat bawah pondok tu" jari telunjuknya dituju pondok yang agak usang. Aku sedikit gerun. Macam berhantu je.

"Eh saya tak kisahlah cikgu. Saya boleh je lari. Tapi tak laju. Takpun saya berjalan ke? Haaa berjoging ke?" fikirku.

"Boleh ke? Kuat ke kamu ni?" keningnya diangkat sebelah.

Sebenarnya tak boleh cikgu. Haha, tapi aku nak cakap. Struggle is real!

"Boleh.. Saya kuatlah! Perempuan kenalah kuat kan cikgu!" kataku dengan bersemangat.

"Betul?"

"Ya"

"Baiklah. Semua buat dua barisan. Kita akan mulakan joging sebentar lagi di kawasan kat tepi pantai tu! " Cikgu Aini mula bangun dan berlalu ke hadapan.

Segelintir pelajar mula berbaris. Ada yang tak.

Shafiqah menuju ke arahku sambil berjalan seperti penguin.

"Meh saya jalan dengan awak. Larat tak?" tangan kanan dia hulurkan.

"Jom tak sabar dah ni saya nak tengok pantai" tangan itu aku sambut seraya mula berjalan mengikut barisan meskipun agak siput.

Blind Girl Where stories live. Discover now