46 | Bab 46

144 12 1
                                    

BLIND GIRL 2

Petikan suaramu masih aku ingati, namun engkau tiada di sisi.

Aku buntu. Aku buntu dengan apa yang sedang berlaku. Di mana Naufal dan kenapa dengan bilik itu? Apabila aku pergi ke sana balik, bilik itu berkunci.

Ya, pulang sahaja dari pasar, aku menukar pakaian selesa dan ke sana balik tapi hampa kerana ia berkunci. Jadi, aku hanya mendiamkan diri di dalam bilik.

Walau bagaimanapun, aku cuba memberanikan diri untuk bersuara malam ini. Di meja makan, aku duduk di sebelah ibu dan Farish di kerusi utama manakala Haidar bertentangan dengan ibu.

"Boleh Aulia tanya sesuatu?" aku bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Farish mengerling ke arah Haidar seolah-olah memberi bahasa isyarat dari mata ke mata. Ibu mendiamkan diri kemudian dia angguk kecil "Tanya je, Lia"

"Mana Naufal? Apa dah jadi sebenarnya? Apa dah jadi 6 tahun lalu?"

Pak!

Meja makan dihentuk oleh Farish secara tiba-tiba. Hati aku bagai nak pecah dan nak terkeluar tetapi aku diamkan diri. Haidar sudah mula bangun perlahan-lahan ke sinki. Ibu mendengus kecil.

"Ibu bukan orang yang terbaik untuk bagitahu Lia. Lia kena tanya Far-"

Farish sudahpun bangkit dari meja makan. Cepat benar dia makan. Mungkin hilang selera dengan cara pertanyaanku. Haih, Aulia. Kau tanyalah dia masa lain, lain kali.

"Tapi Farish nampak marah" kataku perlahan. Hanya tinggal kami berdua di meja makan.

"Farish okay saja cuma dia perlukan masa. Naufal tu bukan sesiapa bagi dia. Lia tahukan?"

"Maksud Ibu?" Aku keliru. Ya, ibu Haidar, Farish dan Naufal adalah orang yang sama. Adakah mereka adik beradik? Kalau Farish dan Haidar, aku dah dapat agak. Kalau diingatkan balik, Hasan ialah adik angkat Farish.

"Naufal itu abang Farish. Kembar tak seiras Farish"

Aku terlopong. Patutlah aku tidak dapat buat inferens, rupanya kembar tak seiras.

"Haidar ni adik Farish dan Naufal lah kan? Hasan pula macam mana?"

Kalau diikutkan, pasti ramai terlupa tentang kewujudan Hasan. Hasan ialah pembuli aku sejak kecil. Ya, dia seakan-akan Hazrul Imran tetapi lebih kejam. Malam pertama aku bersama Naufal, dia menyerang kami dan pada masa itu, aku masih buta.

"Haidar ini adik tiri je. Hasan pula adik angkat dalam keluarga ini. Tapi, dia dah lama tak ada"

"Tak ada? Maksud ibu?" Mindaku sudah memikirkan pelbagai perkara buruk namun aku diamkan diri.

"Dia, dia dihukum gantung sampai ma-" belum sempat ibu menghabiskan ayatnya, air matanya sudah jatuh. Titisan kecil air jernih itu tumpah dari ekor matanya dengan mudah.

Aku mula sebak. Gantung sampai mati. Aku memaut bahu ibu dengan lembut dan berbisik memohon maaf jika disebabkan pertanyaanku dia sedih.

"Tak apa. Ibu maafkan. Benda ni jadi pun sebab ibu. Ibu kurang beri kasih sayang dekat dia sampai ibu sanggup-"  dia berhenti sekali lagi. Aku memujuknya perlahan supaya tidak meneruskan ayatnya lagi.

Blind Girl Where stories live. Discover now