37 | Bab 37

899 80 3
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku




AULIA menggenggam cadar katil itu dengan erat. Jiwanya kental dengan segala ujian yang diterima sekarang. Air mata yang terkumpul, habis pecah mengalir di pipinya. Berita buruk yang disampaikan oleh doktor tadi, sungguh kejam bagi dirinya ditambah lagi dengan berita tv3.

"Ya Allah!"

Aku menyembamkan mukaku ke lutut. Naufal cuba menenangkanku di sebelah dengan mengusap belakang badanku. Memang nampak tak elok tapi, aku suka.

"..heele..na-" seruku perlahan. Naufal menepuk bajuku perlahan sambil memberikan kata-kata motivasi buatku.

"Maafkan saya. Saya dan pihak hospital sudah berdaya upaya membantu kawan awak tapi, Tuhan lebih sayangkan dia. Maafkan kami. Saya harap awak tak tertekan dengan berita ini disebabkan dengan keadaan awak sekarang ni. Saya tidak mahu ambil risiko kedua" kata doktor tersebut.

Aku menghamburkan tangisan kuat. Doktor tersebut pasti berasa serba salah dengan keadaan aku sekarang. Lagi-lagi aku tiada saudara mara untuk tinggal.

"Takpe doktor. Saya akan cuba pujuk dia. Terima kasih sebab bantu kami"

Doktor itu mengangguk lalu keluar dari wad. Naufal bangun dari katil untuk mengambil sesuatu.

"Jom makan"

Aku menggeleng kepala.

"Jomlah makan, untuk tambah tenaga awak juga. Helena tak suka tau kalau awak tak nak makan. Nanti dia sedih"

Aku angkat kepala lalu memberikan jelingan tajam kepada Naufal sebelum sempat aku menjerit "KAU KELUAR! SIAPA BAGI HAK DEKAT KAU CAKAP MACAM TU! DIA DAH TAK ADA!" Tanganku terus mencampak bantal empuk hospital ke pintu. Nak lempar dekat dia, ada bubur pula di tangannya.

Naufal akur langsung membawa langkah keluar dari bilik.

Beberapa minit berlalu, aku melepaskan tangis perlahan berbanding yang tadi. Suara doktor dan pemberita terngiang-ngiang di mindaku.

"Maafkan kami, tetapi cik Helena tidak dapat diselamatkan akibat kehilangan darah yang begitu banyak ketika kejadian berlaku. Tubuhnya juga meninggalkan kesan parut yang banyak akibat tikaman di beberapa tempat.

Walau bagaimanapun, saya bersimpati dengan cik Helena apabila saya dapat tahu yang tangan kanan dan kaki kirinya tiada. Sebabnya saya tak pasti. Nak kata tertinggal, pihak polis dan ambulans sudah membuat pemeriksaan, tapi masih tidak dijumpai"

Itu berita dari doktor. Seram bukan?.

"Berikutan dengan kejadian yang menimpa di sebuah rumah, 2 mangsa telah dicederakan oleh 2 figura yang menyerang mereka. Walaupun demikian, apabila saksi cuba untuk menyelamatkan mereka, figura ini lebih tangkas apabila mereka mengambil tindakan membakar tong gas di dapur sehingga rumah ini meletup. Akan tetapi, seorang mangsa selamat manakala seorang lagi masih dalam keadaan tidak sedar. Berita dari Suliza Hashim, TV3"

Itu pula berita tv3. Teruk bunyinya di hati penonton, tetapi mereka tidak tahu kesedihan, ketabahan yang aku alami sekarang.

Blind Girl Where stories live. Discover now