47 | Bab 47

340 11 4
                                    

BLIND GIRL 2

Petikan suaramu masih aku ingati, namun engkau tiada di sisi.

Sedar tidak sedar, pagi itu aku dikejutkan dengan pancaran matahari yang agak terang dari luar tingkap. Aku mencapai bantal untuk menutupi silauan itu tetapi tiada.

Dushh..

Hanya dengan sekelip mata, pakaian aku yang elok sahaja kering habis basah dengan simbahan air sejuk oleh seseorang.

'Dasar! Sapa berani simbah air kat aku!'

"Bangun!"

Aku baru sahaja cuba untuk bangkit dari keadaan baring sehinggalah aku sedar yang semalam aku pengsan selepas melihat kelibat di pintu pagar di mana aku anggap kelibat itu Naufal.

Benarkah Naufal sudah pulang?

Tak tahu.

"Haihh" keluhku. Aku menggosok mataku perlahan-lahan untuk membuang sisa yang ada di mata sebelum memandang ke arah figura yang berani menyimbah air tadi.

"Kau-" ayatku mati dengan serta-merta.

Mata kami bertembung dan bibir aku kelu. Mukanya yang kuning langsat, hidungnya yang mancung dan bibirnya yang lembut itu masih sama. Yang berbeza hanyalah di jawline-nya, dia sudah menyimpan sedikit janggut tetapi masih tampan. Ibarat syurga daddy tetapi versi halal.

Hensemnya, hurm. Aku punya ni hehe.

Aulia..

"Kau pehal tidur sini haa? Ni bilik aku, sedap-sedap kau je nak baring sini. Sapa izinkan ka-"

"Naufal!" Ibu menyergah di muka pintu kamar bilik ini. Terkejut kami berdua ibarat didatangi malaikat maut. Muka ibu pun sudah nampak bengis namun masih terdapat kelembutan seorang ibu.

"Apa?"

"Kenapa sergah isteri kamu macam tu? Nak gerak, gerak cara lembut bukannya kasar! Bukan guna kaki! Tahulah syurga bawah tapak kaki kamu tapi eloknya guna tangan! Tangan! Jangan sampai aku lempang aaihh"

Wahh. Aku terpegun melihat kemarahan ibu. Agak pelik tetapi ada betulnya juga. Guna kaki? Biadap namanya tu wahai lelaki.

"Yelah yelah" Naufal membebel dalam diam lantas mencampak baldi yang diisi air tadi ke kakiku. Sakit jugak nyah, macam saja je dia campak.

"Naufal.."

"Yaaa"

Sekali lagi dia mencapai baldi itu lantas membawanya ke tandas. Ibu menghampiriku lantas membantu aku untuk bangkit. Sakit dan basah, dua benda berbeza namun indah untuk dibuat kenangan.

Tak gun-

Jangan. Tak baik.

"Meh ibu tolong" ibu membawaku ke tandas selepas Naufal selesai keluar. Sempat dia menjeling maut ke arah ku namun aku tidak mengendahkannya.

Usai tukar baju dan lap lantai, aku cuba untuk melarikan diri dengan berlari ke dapur namun Naufal sempat menarik rambutku dengan kasar.

What the f-

"Sakitlah!"

"Diam!" Tapak tangannya hinggap di mulutku untuk menghalang suaraku dari keluar. Bukan suara tapi jeritan.

"Kenapa ha?" soalku dengan nada bengis. Dia tersenyum bangga seolah-olah dia suka melihat aku dalam keadaan kesakitan.

"Kau nak lari eh? Jangan berangan. Kau kemaskan beg aku sekarang sebelum aku simbah air lagi sekali"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Blind Girl Where stories live. Discover now