25 | Bab 25

861 62 8
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku



KOTAK berbentuk love aku letakkan di atas riba. Air mata yang keluar tadi terus diseka dengan hujung jari. Malu tak tertahan. Sedih apabila orang yang dinantikan akhirnya tidak ketemu juga.

Surat-surat berwarna pastel dibawa keluar lalu dikoyakkan satu persatu beserta tangisan yang masih bersisa. Sisa yang dikoyak dibuang ke dalam kotak.

"Bodoh. Dia tipu aku. Aku benci dia. Perbodohkan aku! Ingat aku ni kucing senang diperbodohkan? Huh. Janji tinggal janji" kataku sendirian.

Rata-rata disekelilingku penuh dengan keluarga yang sedang bergembira, ketawa riang. Aku pasrah. Aku cemburu. Aku turut merindui keluargaku. Biarlah aku anak yatim sekalipun, aku masih mempunyai ibu. Haih, aku patut tanya khabar dia sekarang.

Seketika, bangku kayu yang aku duduki menjadi berat seketika. Aigooo! Tahu benar adalah tu insan nak duduk penat berjalan maybe. Tapi ada nampak aku kisah ke. Takde kan.

Helaian terakhir. Surat terakhir dan pertama yang aku terima daripada lelaki itu. Aku capai. Srettt.. Aku cuba mengoyakkannya perlahan-lahan. Acara mengoyak dah nak tamat. Kejap lagi aku nak lari mana pulak. Orang kat kafe belum tentu semua dah balik.

"Dahlah tu koyak kertas. Takde guna"

Suara yang kudengar dari halwa telinga terus menyentapkan aku. Malu bukan kepalang. Ingat dia tak kisah apa yang aku sedang buat. Tak sangka dia nampak. Aku terus angkat kepala dan mata kami bertentang seketika.

Hensem baiii! Tapi aku benci dia ni.

Dahlah masuk kafe aku tanpa kebenaran then pecahkan cawan kaca kedai aku. Ingat murah ke hah? Mahal baii cawan tu. Aku boleh kira cawan tu RM10 satu tau! Tu pun import. Tapi, nasiblah dia pandai. Pandai apa? Pandai nak lap balik bekas yang dia tumpahkan tadi.

"Buat apa dekat sini? Pasrah?" soalnya. Satu kening dijongket. Matanya tidak lepas memandang aku. Sama ada tu sikap dia ataupun dia saja.

Zina mata gile!

"Mana ada.." kataku lembut. Aku mula bermain dengan jari.

"Yeke? Habis tu kenapa kau tolak lamaran laki tu tadi? Ikhlas kut dia cakap. Bersaksikan malaikat, Allah, manusia, bunga apatah lagi.. Kau tak terima dia? Tak kesian ke?"

Aku mula menggigit bibir bawah. Ada benar apa yang dia cakap. Tapi, adakah aku ni layak untuk digandingkan dengan lelaki kacak itu? Cukup layak atau sempurna kah aku buatnya? Mana tahu jika ciri-ciri isteri buatnya belum cukup? Layakkah aku.

Agak lama aku berdiam, sehingga tidak sedar bahawa kotak love aku tadi telah dicuri oleh orang di sebelah.

"Oitt! Jangan ambiklah" herdikku lantas merampas kotak itu secara kasar. Nasib sisa tak terbebas keluar. Kalau tak, mahu pengsan aku nak kutip.

"Alah.. Nak tengok je kut..." katanya. Bibir dicebik. Aku ketawa perlahan. Cute sangat. Cumi cumi cumi!!

"Nih aku punyalah. Mana boleh pegang. Lagipun, aku dah janji dengan orang ni takkan bagi sesiapa sentuh melainkan dia"

"Ouh. Patut kau tolak lamaran laki tu tadi? Begitu?" dia mendekatkan tubuhnya denganku. Aku mengesot ke kiri sedikit.

"Taklah. Aku keliru je lah. Kau tak payah nak sibuklah" seraya berkata aku bangkit untuk berlalu.

Belum sempat aku melangkah, lelaki tadi memaut pergelangan tanganku dengan erat. Aku terkaku dan lantas terhenti. Satu aliran perasaan mula menyelubungi jiwaku. Terdiam aku dengan dia.

Blind Girl Where stories live. Discover now